0 2 : 𝘃𝗶𝗼𝗹𝗶𝗻

72 7 14
                                    

"KAKIA MILLER

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAKIA MILLER. JUST CALL ME KAKIA."

Seisi kelas memandangnya tidak berkelip. Tidak lupa juga reaksi wajah terkejut, daripada setiap pelajar dalam kelas tersebut menyapa anak mata. Namun, langsung tidak diendahkan. Hanya wajahnya kekal beriak dingin dan penuh tidak berperasaan.

Wajah Cikgu Farhan yang seakan terkesima dengan kata-kata dia di sisi, Kakia hanya jeling dengan ekor mata.

"Alright then, please have a seat, Miss Miller."

Anggukan diberi seraya dirinya melangkah menuju ke arah meja kosong yang berada di tepi tingkap kelas. Begnya diletak di atas kerusi yang tidak berpenghuni di sisi. Nampaknya dia akan berseorangan lagi.

Like always.

Tidak menghiraukan pandangan daripada para pelajar di dalam kelas tersebut, buku nota Kimia dia tarik keluar. Pantas dibuka dan dirinya mula mencatat nota yang ditulis oleh Cikgu Farhan pada papan putih.

Arfat yang duduk di meja paling belakang hanya tersengih kecil sebelum pandangannya dialih memandang Ace, jejaka yang duduk berseorangan di belakang Kakia.

KREKK...

Bunyi kerusi yang ditarik memaksa Kakia mengalih pandangan ke sisi. Begnya diletakkan di bawah sebelum satu figura dengan penuh selamba melabuhkan punggungnya di situ. Seisi kelas tercenggang. Masing-masing tidak percaya dengan apa yang dilihat.

Kelihatan Ace sedang sibuk memunggah keluar buku nota sebelum mula mencatat sesuatu. Masing-masing nampak terkejut dan semestinya pelajar perempuan berasa hampa kerana sebelum ini Ace langsung tidak pernah berminat untuk duduk bersama sesiapa.

Tidak kira lelaki ataupun perempuan.

Siapa sahaja rela duduk di sisi lelaki yang dinginnya mengalahkan suhu Antartika itu?

Kalau tak dihalau cara kasar, sudah tentu makian yang akan jadi jawapannya.

Sebab itulah seisi kelas terutamanya pelajar lelaki sudah serik untuk duduk bersama Ace. Cuma, pelajar perempuan yang gediknya lain macam sahaja yang berani mencuba nasib.

Tapi di akhirnya, masih juga Ace tidak berminat.

Perasan dengan pandangan yang penuh tidak puas hati itu, Kakia hanya buat bodoh. Kehadiran Ace di sisi itu dibuat tak endah, jarinya masih setia menulis nota.

Nice handwriting.”

Pujinya mendatar namun langsung tiada balasan yang diberikan. Sebaliknya, tangan masih ralit menyalin soalan dan nota.

Start writing ladies and gentleman. We don't have all day.”

Masing-masing melepaskan pandangan saat suara Cikgu Farhan sudah mula bergema. Bisikan penuh cemburu daripada para gadis menerjah gegendang telinga namun masih tidak dihiraukan.

𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐓𝐄𝐀𝐑Where stories live. Discover now