0 3 : 𝗹𝗲𝘁𝘁𝗲𝗿

59 8 5
                                    

TELEFON dikeluarkan dari dalam poket seluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TELEFON dikeluarkan dari dalam poket seluar. Wajah Rhysand dipandang sebelum jari menekan skrin. Satu video yang tadinya terhenti kini dimainkan semula. Rhysand pandang telefon milik William dengan penuh tekun.

Belakang tubuh seorang gadis dengan tangan yang setia menggesek violin, Rhysand lihat. Telinga disapa dengan setiap melodi indah yang turut menyebabkan dirinya terpesona.

William menyandar tubuh pada sofa. Wajah Rhysand dipandang sekilas sebelum matanya melekat pada skrin telefon. Turut menonton video itu bersama Rhysand.

Gema melodi yang berirama dan penuh merdu mengisi ruang apartment milik mereka. Mata Rhysand terpejam. Menghayati melodi yang lancar dimainkan.

Bibir melorek senyuman lebar. Makin William berasa gembira bila tengok tubuh Kakia yang bergerak ke sana sini, mengikut alunan lagu. Rambutnya yang terbuai, bunyi tapak kasut Converse menghentak lantai studio itu diselangi dengan melodi penuh lunak dan gemersik, cukup membuatkan William terpesona.

Mata ralit memandang setiap perlakuan Kakia. Jelas dapat dilihat, Kakia amat menghayati melodi ini. Di saat matanya terpejam erat apabila tiba pada klimaks lagu, gesekan yang lancar dan jari-jemari yang lincah menari pada tali violin cukup membuktikan bahawa ;

she's very passionate in playing violin.

and he loves it.

Jari William naik menekan butang pause bila video sudah berakhir. Rhysand angkat kepala sebelum pandangannya dialih ke hadapan, memandang komputer riba miliknya. William pun melakukan perkara yang sama.

Masing-masing mendiamkan diri buat beberapa minit. Mungkin cuba memproses ataupun masih terkesima setelah menonton video itu tadi.

"Beautiful, isn't it?"

William bersuara memecahkan sepi yang bertandang. Jujur dia katakan, melodi itu bukan indah namun it's beyond beautiful.

Ya, lagu itu mungkin kedengaran seperti biasa, namun ada sesuatu pada gaya Kakia bermain pada setiap anak tali violin yang menjadikannya penuh merdu dan mampu membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar terpesona.

Including him.

Mata menjeling Rhysand yang memberi anggukan sebagai jawapan. Dapat dilihat senyuman lebar yang terukir pada bibir jejaka itu.

"Who is that girl?"

Soal Rhysand dengan nada teruja. Siapa ja tak excited lepas tengok persembahan yang menarik macam tu?

"Budak yang sama kelas dengan Arfat dan Ace tak silap. She's the rumoured kid that people talked about."

Tuturnya sambil kepala dialih memandang sisi wajah Rhysand. Riak wajah Rhysand yang berubah sedikit selepas mendengar ayat 'the rumoured kid' menjadi perhatian William.

𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐓𝐄𝐀𝐑Where stories live. Discover now