0 6 : 𝗳𝗶𝗴𝗵𝘁

61 8 27
                                    

BUK!

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

BUK!

Satu tumbukan hinggap pada perut milik Amir menyebabkannya terundur beberapa tapak ke belakang. Kakia atur kedudukannya. Tangan naik seolah memanggil rakan Amir yang lain untuk mara.

Pelajar lelaki botak yang berada dari tepi cuba menghampiri sambil melayangkan uppercut mengharapkan ia akan mengena pada wajah Kakia, namun hampa bila ia ditepis oleh satu lengan.

Mata Kakia membulat bila melihat gerangan tersebut. Lengannya yang terasa berbisa itu diusap. Wajah Kakia di belakang ditoleh sekilas.

"Let's do this together."

Mengangguk perlahan mendengar kata-kata William, mereka berdua mara ke depan. Rakan Amir yang cuba melakukan tendangan itu cuba ditepis namun gagal bila dirinya terkena serangan hendap dari belakang.

PAK!

Kakia meringis kesakitan. Belakangnya terasa sakit. Namun, dirinya tidak mengalah. Tumbukan demi tumbukan dilepaskan kepada kedua mereka. Satu sepakan dilayang tepat pada bawah rahang menyebabkan salah seorang rakan Amir jatuh menghempap lantai.

Kakia menoleh ke belakang. Tumbukan dari pelbagai sisi dilakukan namun dirinya lebih cekap menepis. Mata tajam memerhati setiap pergerakannya.

"Seems like I was right, you fight like a girl."

Serentak itu, satu sepakan kuat dilayang tepat pada pipi menyebabkan mulutnya tersembur darah. Kakia tak berhenti, tumbukan demi tumbukan diberikan. Melemahkan pihak lawan yang sedia ada lemah.

Lelaki itu terus jatuh ke atas lantai. Perutnya dipijak beberapa kali, sebelum Amir yang cuba bangun itu dipandang. Tapaknya mara ke depan, dengan tangan yang masih setia mengepal penumbuk.

William yang masih elok berlawan dengan seorang geng Amir, dijeling sekilas. Batu kerikil yang bersaiz sedikit besar itu dicapai. Kepala itu ditarget sebelum batu itu dilontar tepat mengena pada kepala lelaki itu.

PUK!

Bunyi batu itu berlanggar dengan kepala kedengaran. William layang satu lagi tumbukan pada bawah rahang sebelum kaki bersedia untuk dilayang, menyerang bahagian pinggangnya.

Dan ya, sekelip mata sahaja lelaki itu jatuh menghempap lantai. Bibirnya yang berdarah itu Amir pandang.

Bibir diketap rapat tanda geram dan marah. Wajah William dan Kakia yang semakin mendekat memaksanya berundur ke belakang.

"Kau ingat aku takut?"

Sempat pulak menyoal walaupun dirinya sudah berasa sedikit ketakutan ketika ini. Makin-makin bila melihat wajah gadis itu yang penuh dingin dan bengis.

"Talk less and act more, Amir."

Kakia menyuruh dingin. Mata masih memanah tajam anak mata Amir. Buku limanya yang terasa perit itu tidak diendah.

𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐓𝐄𝐀𝐑Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon