Chapter 27~

18 5 0
                                    

Hari demi hari berlalu, kini tiba lah masanya untuk ira semakin tersiksa dengan jawatannya sebagai PA chenle.

"Aduhhh nak kene outstation pulak, malas lah, apa lah nasib aku nanti"kata ira sambil berdiri menunggu chenle di hadapan pagar rumah mereka.

Ponn ponn

Kedengaran bunyi hon dari kereta chenle.

"Aik tunggu apa lagi? Masuklah! Kita kan dah lambat, takkan kau nak suruh aku bukak kan pintu tu untuk kau pulak"kata chenle sambil memakai kaca mata hitamnya

"Ish saya tahu lah, tapi sebelum tu boleh tak bos tolong bukak kan bonet? Mana saya nak letak bag saya ni"ira berkata dengan nada geram

"Cakap lah dari awal, ini tidak,kau tercegang je kat situ mana lah aku tahu"balas chenle selamba

Dengan perasaan yang bercampur aduk antara geram dan marah, ira pun terus mengorak langkah ke arah bonet kereta untuk meletakkan barang-barangnya.Selesai sahaja dia meletakkan barang barangnya yang berat seperti batu, dia pun membuka pintu kereta lalu masuk dan duduk bersebelahan dengan chenle.

"Ish bos ni tak gentleman langsung lah!"rungutnya sejurus masuk

"Eh excuse me! Aku ni lah lelaki paling gentle kat dunia ni tau, cuma bukan dengan kau lah.Kau tu bukannya siapa-siapa pun"balas chenle selamba

"Suka hati lah bos nak cakap apa pun, baik saya tidur daripada bergaduh dengan bos"kata ira sambil hendak memejam matanya

"Eh eh eh kau ingat aku ni driver kau? Aku bawak kereta lepastu kau tidur??? Amboi-amboi, cantik muka kau"kata chenle sambil memandang tajam ke arah ira

"Memang cantik pun!"balas ira tidak mempedulikan chenle

Rich man zhong chenleWhere stories live. Discover now