Chapter 82~

11 4 0
                                    

Pagi menjelang tiba, ira pun tersedar daripada tidurnya. Dia mula mencelikkan mata dan turun daripada katil. Kedengaran bunyi yang agak bising dari dapur membuatnya terus menuju ke dapur tanpa membersihkan diri terlebih dahulu. Kelihatan chenle yang sedang sibuk memasak dengan keadaan dapur yang agak bersepah.

"Kau dah sihat ke?" Tanya ira pelik

"Dah, berkat awak saya dah boleh buat semua kerja harini. Kalau tidak mesti saya terbaring je" balas chenle sambil bibirnya mengukirkan senyuman.

"Jom makan" ajak chenle namun ira terus melangkah laju menuju ke singki. Dia mula melipat lengan bajunya sebelum mula membasuh kesemua peralatan yang telah digunakan. Belum sempat air paip dibukanya, langkahnya segera dihentikan oleh chenle.

"Tak payah lah, saya boleh buat. Awak duduk je. Lagipun awak masih berpantang" arah chenle sambil menolak perlahan badan ira ke arah meja makan yang sudah terhidang beberapa jenis lauk.

"Aku ni berpantang je kan? Bukannya tangan patah pun" balas ira selamba sambil menjeling ke arah chenle.

"Memang lah, tapi awak tu perlukan banyak rehat, kalau tak macam mana luka tu nak cepat sembuh? Saya ada buatkan jus oren untuk awak. Lepastu ni sup ikan haruan. Mommy cakap ikan ni elok untuk orang yang berpantang, luka boleh sembuh dengan cepat" ujar chenle sambil menolak perlahan mangkuk sup ke arah ira.

Tanpa berlengah lagi, ira pun terus menikmati hidangan yang dimasak chenle untuknya. Mereka berdua pun makan bersama tanpa sebarang bunyi.

"Boleh tak aku nak pergi rumah mama dan papa?" Tanya ira tiba-tiba sambil memandang ke arah chenle.

"Boleh, nak pergi bila?" Soal chenle

"Lepas makan bagi aku mandi lepastu kita terus pergi" balas ira sambil menghabiskan makanannya dengan segera.

Sementara menunggu ira yang sedang bersiap, chenle pun membersihkan kawasan dapur sehingga semuanya berkilat. Dia terus mengorak langkah menuju ke arah sofa yang terletak di ruang tamu.

"Jom" kata ira sebaik sahaja menghampiri chenle.

Walaupun dia masih belum sempat untuk duduk, dia masih tersenyum ke arah isterinya sambil berkata "jom" . Dia memberikan laluan kepada ira untuk jalan terlebih dahulu. Pintu rumah dikuncinya rapat. Dia terus berlari anak ke arah ira yang hendak membuka pintu kereta. Dengan segera, dia terus bertindak untuk membuka pintu kereta buat isterinya.

Keadaan di dalam kereta agak sunyi tanpa sebarang suara. Ira hanya diam sambil melihat pemandangan di luar cermin kereta.

"Nanti kau tak payah lah masuk, kau hantar je aku. Lepastu kau dah boleh balik" arah ira tanpa memandang ke arah chenle.

"Kenapa pula? Saya kan suami awak, tak salah kan kalau saya nak jumpa mak dan ayah mertua saya?" Soal chenle pelik

"Tak payah. Kata-kata yang keluar daripada mulut aku pun dah cukup melukakan hati kau apatah lagi kalau keluar daripada mulut mama? Lagipun aku perlu berbicang dengan mereka mengenai sesuatu yang aku rasa kau tak perlu tahu pun" balas ira selamba

Chenle hanya terdiam mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh ira kepadanya. Dia hanya fokus kepada pemanduannya. Selang beberapa minit, mereka tiba di destinasi. Kelihatan kedua orang tua ira sedang menunggunya di hadapan pagar rumah.

Dengan segera, chenle keluar dan berlari membuka kan pintu untuk ira. Selepas itu, dia berjalan menuju ke arah mama dan papa bersama dengan isterinya. Tangan papa disalam dan diciumnya. Seterusnya, dia menghulurkan tangan ke arah mama namun tidak dihiraukan oleh wanita itu sebaliknya dia dianggap tiada oleh ibu mertuanya.

Chenle tersenyum kelat. Dia meminta diri terlebih dahulu sebelum beredar.

"Hati-hati bawa kereta, nanti dah on the way kesini bagitahu lah papa ye" kata papa penuh sopan santun.

Rich man zhong chenleWhere stories live. Discover now