Chapter 44~

17 5 0
                                    

"Kamu ni betul ke ira, arwah pergi tak sampai setahun lagi, takkan lah kamu dah ada pengganti?"tanya mama sambil menatap wajah anak perempuannya itu

"Betul ma, ira terima pinangan dia"balas ira dengan hati yang sangat terpaksa

"Mama pelik lah dengan kamu ni. Setahu mama, arwah lah cinta mati kamu. Takkan semudah dan secepat ini kamu ubah fikiran? Kamu yakin ke pilihan kamu ni lebih baik daripada arwah?"tanya mama serius

"Kamu fikir lah baik-baik ira, yang akan hidup dengan dia nanti kamu. Kalau hati tu tak ikhlas jangan lah terima, tolak sahaja. Tak perlu nak paksa diri, kalau macamni sampai bila pun tak bahagia. Tanya hati kamu tu betul-betul"sambung wanita itu lagi menasihati anaknya

"Keputusan ira muktamat ma, tapi nikah nanti tak payah lah ajak ramai-ramai ye, ajak saudara yang terdekat je. Kenduri pun buat belaj lelaki je" balas ita sambil menahan diri daripada menangis

"Kalau dah itu yang kamu nak, mama ikut kan aja. Asalkan kamu bahagia. Mungkin dia boleh jaga kamu jauh lebih baik berbanding arwah"balas mama sayu terkenang akan arwah menantunya yang sudahpun dianggap seperti anak sendiri.

"Lebih baik apanya, lagi lunyai aku dikerjakan nanti ada lah. Betul ke apa aku buat ni YA ALLAH"kata ira di dalam hati sambil menghela nafas panjang

"Ira tak pernah lupakan arwah mama, perasaan ira dekat arwah masih sama macam dulu. Tapi mama, sampai bila? Mama pun mesti nak cucu kan? Kita perlu moveon mama"balas ira sambil memegang lembut tangan mamanya

"Mama doakan yang terbaik untuk kamu"balas mama sebelum keluar meninggalkan ira

Baru sahaja pintu ditutup, dengan serta merta air mata ira bercucuran sama seperti air terjun membasahi pipinya. Hatinya berasa sangat sakit dan jiwanya turut tersiksa. Boleh kah dia menjalani hidup bersama chenle? Berbaloi kah pengorbanan yang dilakukannya pada ketika ini? Bermacam-macam persoalan muncul di benak ira.

Flashback ~

"Assalamualaikum syurga ku"ucap ira sejurus selepas tiba di hadapan kubur arwah suaminya

"Saya akan kahwin 2 bulan lagi. Tapi awak jangan salah faham, saya terpaksa. Ini semua tanpa kerelaan saya. Saya tak sanggup untuk libatkan family dan kawan-kawan saya. Ini je jalan yang saya ada, saya buntu sayang. Saya tak tahu nak buat apa. Hidup saya takkan bahagia dengan dia. Saya tak pernah cintakan dia. Sebaliknya, perasaan sayang dan cinta saya masih berpaut pada awak, sikit pun tak pudar. Saya takkan pernah lupakan awak dalam hidup saya. Awak lelaki terbaik yang pernah saya ada"sambungnya lagi sambil bercucuran air mata memegang batu nisan milik arwau jisung

Rich man zhong chenleWhere stories live. Discover now