Chapter 51~

16 3 0
                                    

Pagi menjelang tiba namun kesakitan yang dirasainya tidak kunjung hilang dari tubuh dan hatinya yang masih meronta-ronta minta dilepaskan.

Dengan segera, dia menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan bagi seisi keluarga walaupun kakinya masih sukar untuk digerakkan namun tetap dipaksanya. Lebam akibat pukulan chenle semalam masih elok melekat dikaki dan tubuhnya. Siapa sangka, hidupnya yang dulunya indah kerana dilayan seperti seorang puteri kini bertukar menjadi tragis dan dilayan seperti seorang hamba abdi.

"Awak okay ke? Kenapa dengan kaki awak?"tanya taeyong menegur ira selepas diperhatinya ira yang berjalan agak tempang tidak seperti sedia kala.

"Semalam saya terseliuh, jatuh bilik air"kata ira memberikan alasan dan terpaksa menipu

Taeyong memandang tepat ke arah wajah ira dan ditanya nya soalan yang membuat ira terkejut "yeke terseliuh? Atau jantan tu ada pukul awak?"

Mendengar soalan taeyong, ira sekali lagi terkejut. Namun dikawalnya ekspresi nya agar tidak kantoi dengan taeyong.

"Tak ada lah, dia kan suami saya. Kenapa dia nak pukul saya tanpa sebab kan?"balas ira sambil tersenyum kelat memandang ke bawah.

"Kalau dia ada buat apa-apa dekat awak, awak bagitahu saya tau. I will help you and never leave you alone"pesan taeyong

Mendengar kata-kata taeyong, matanya mula berkaca namun masih kuat ditahannya.

"Seorang wanita yang baik seperti awak tidak sewajarnya disia-siakan oleh lelaki yang tidak tepat, atau mungkin lebih tepatnya lagi munafik"ujar taeyong sambil memandang ira yang berdiri kaku dihadapannya.

"Saya tak sempurna pun taeyong, saya banyak kekurangan"balas ira

"Itu logik, sebab awak manusia biasa. Awak bukan malaikat yang sempurna. Kekurangan awak sewajarnya disempurnakan oleh iman awak, atau lebih tepat lagi suami awak. Saya kenal dia dah lama ira, dari kecil saya dah tahu dan dah masak dah pun dengan perangai dia. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, selagi itu dia akan cari jalan untuk dapatkan sesuatu tu. Dia agak baran, namun tidak lah terlampau teruk. Dia juga agak kuat cemburu, jadi saya takut dia pukul awak lepas kejadian semalam"ujar taeyong menjelaskan kepada ira.

"Cemburu apanya? Dia tak pernah ada perasaan sayang dan cinta terhadap aku pun!! Misi dia hanya untuk menyiksa aku, jadikan aku sebagai hamba abdi dan pelepas nafsu dia, itu je!! Tak lebih!"kata ira di dalam hati

Rich man zhong chenleHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin