Chapter 89~

14 4 0
                                    

Pagi menjelang tiba, sarapan pun sudah terhidang memenuhi meja makan. Berkali-kali nama chenle dipanggil dari bawah oleh mommy namun tiada sebarang sahutan.

"Bibik, boleh tolong saya panggilkan chenle?"tanya mommy sambil memandang ke arah bibiknya.

"Boleh puan" sambil menunduk bibik tersebut memberikan jawapan dan segera mengorak langkah menaiki tangga.

Tuk tuk tuk "tuan, puan panggil makan" kata bibik tersebut setelah berkali-kali dia mengetuk pintu bilik chenle namun masih sama seperti tadi, tiada sebarang sahutan yang kedengaran.

Dia segera berlari menuju ke bawah untuk mendapatkan mommy dengan wajah yang agak cemas.

"Puan, saya sudah ketuk berkali-kali tetapi tiada sebarang respon daripada tuan" kata bibik tersebut.

Mendengar kata-kata bibik tadi, mommy terus berlari menuju ke arah lift rumah. Dengan segera kakinya melangkah ke arah bilik chenle.Berkali kali pintu diketuk dan nama chenle disebutnya dengan nada yang tinggi tetapi masih tiada sebarang sahutan.

"Kenapa ni maklong?" Tanya taeyong yang baru sahaja keluar daripada biliknya.

"Chenle, berkali-kali maklong panggil tapi masih tiada respon. Maklong risau lah taeyong, takut dia buat benda yang bukan-bukan. Hati maklong rasa tak sedap je dari semalam" balas mommy sambil tangannya masih mengetuk pintu bilik chenle.

"Maklong ada kunci bilik ni?" Tanya taeyong

"Tak ada, kunci bilik chenle ni hanya dia je yang ada" balas mommy sudah mula cemas

"Kalau macamtu kena pecahkan pintu ni. Kalau tak, sampai bila-bila pun kita tak tahu macam mana keadaan dia kat dalam tu" kata taeyong sudah mula bersedia untuk menolak kuat pintu tersebut.

Pap!

Kedengaran bunyi pintu yang terhempas kuat ke arah dinding. Mereka berdua segera mengorak langkah menuju ke dalam bilik chenle. Tubuh badan chenle masih berada di atas katil kelihatan seperti sedang tidur.

Alangkah terkejutnya mommy apabila melihat wajah chenle yang terlampau pucat. Tubuh chenle juga terbaring lemah dengan kedua tangannya sedang meletakkan satu frame gambar di dadanya. Mommy mengambil frame tersebut dan sudah tentu itu adalah gambar perkahwinannya bersama ira.

"Chenle" panggil taeyong sambil menggoyangkan lengan chenle namun tiada sebarang respon.

"Dia pengsan ni maklong, call doktor peribadi cepat" arah taeyong sambil mencari nadi chenle untuk mengecek pernafasan sepupunya itu.

Tidak lama kemudian, doktor tiba di rumah keluarga Zhong. Diceknya keadaan chenle dengan teliti. Jarum air terpaksa dicucuk ke tangan chenle kerana dia kekurangan air di dalam badan.

"Dia tak makan ye semalam?" Tanya doktor tersebut

"Tak,katanya tiada selera" balas taeyong sambil memperhatikan chenle yang terlantar di atas katil.

"Bahaya kalau dibiarkan, lain kali kalau dia tak nak makan cuba untuk paksa sebab dia ada gastrik yang sangat teruk. Perut kosong and then dia ambil pain killer. Kalau tak dipantau, pengambilan ubat secara berlebihan ni boleh menggugat nyawa tau. Saya minta encik dan puan perhatikan lah keadaan pesakit, saya terpaksa beredar sebab saya ada hal lain" kata doktor tersebut sambil meminta diri meninggalkan mereka.

Beberapa jam kemudian, akhirnya chenle sedar. Dia membuka mata dengan perlahan. Badannya berasa sangat lemah dan kepalanya mula berpinar.

"Syukur lah kamu dah bangun" kata mommy sambil mengusap lembut rambut anaknya.

"Mommy, ira mana? Dia dah balik ke?" Itu merupakan soalan pertama yang diajukannya apabila dia sedar membuatkan muka mommy mula berubah.

"Ira belum balik lagi. Apa kata kamu makan dulu? Bila dah ada tenaga baru lah boleh cari ira. Kalau kamu sakit, kamu tak mampu untuk berbuat apa-apa. Takkan kamu nak biar ira hilang selama-lamanya?" Pujuk mommy.

Kata-kata daripada mommy telah memberikan impak kepada chenle. Dia mencuba untuk duduk dibantu oleh mommy. Dia memakan bubur yang disuapkan oleh mommy kepadanya.

Tiba-tiba air matanya mengalir dengan agak deras. Tangisannya kini sudah tiada suara.

"Kamu kenapa ni?" Tanya mommy terus menyekang air mata chenle.

"Biasanya ira yang masakkan bubur untuk chenle. Biasanya dia yang suap chenle tapi sekarang dia dah pergi tinggalkan chenle" kata chenle sambil tertunduk ke bawah.

Mommy hanya mampu memujuknya untuk tidak terus bersedih. Bahu chenle diusap perlahan sebelum dia keluar meninggalkan chenle seorang diri.

Kehidupan chenle pada ketika ini tersangatlah berbeza dengan dahulu. Dia hanya terus berkurung di dalam bilik dan tidak mahu untuk bergaul dengan sesiapa. Dia tidak ingin untuk mengambil tahu tentang hal pejabat membuatkan taeyong perlu mengambil alih tugasnya buat sementara waktu.

Malam menjelang tiba, chenle terus duduk di balkoni sambil melihat keindahan bulan selepas selesai membersihkan diri. Ditenung lama bulan tersebut dengan wajah yang kosong,jiwa yang meronta dan hati yang sedang merindui.

"Adakah kita menatap bulan yang sama pada malam ini? Jika iya, izinkan aku untuk memejam mata sejenak dan membiarkan sinar bulan memelukmu untukku" chenle berkata seorang diri sambil memejam mata apabila teringat akan ira yang sangat suka menatap bulan.

Dia mengambil telefonnya, satu persatu gambar mereka berdua ditatapnya walaupun kebanyakannya adalah gambar ketika majlis perkahwinan mereka. Dia menghela nafas berat.

"Saya harap awak sentiasa selamat walau dimana pun awak berada. Saya nak awak tahu, saya sentiasa menunggu awak dengan tulus walaupun jarak memisahkan kita" kata chenle sambil tertunduk mengenangkan rumah tangganya yang sepertinya tiada harapan untuk kembali pulih.

P/s: kalau nak lebih feeling, dengar lah lagu yang saya letak tu sambil baca atau lepas baca hehe 😉

Rich man zhong chenleWhere stories live. Discover now