DC 20 : Ujian

25 2 0
                                    

Iffa tersedar dari tidur apabila telinganya menangkap bunyi azan yang menandakan telah masuk waktu Zohor.

Iffa bangun dari pembaringan ke posisi duduk. Ekor matanya melirik ke arah cawan yang berisi milo yang dibancuh tadi pagi.

Keluhan berat terlepas dari mulut Iffa. Tangannya segera mencapai cawan yang berisi milo itu dan dibawa ke singki untuk dibersihkan.

Setelah membersihkan cawan tersebut kakinya menapak naik ke bilik.

Sampai sahaja di bilik sekali lagi dia terbayang seakan-akan Raykarl tersenyum memandangnya dengan senyuman yang paling manis di dunia yang selalu dihadiahkan padanya.

"Sayang Humaira, jom solat sama-sama." Bayangan Raykarl mengajaknya untuk solat bersama-sama menyapa pandangan.

Perlahan-lahan Iffa terduduk lemah di belakang pintu bilik. Badannya disandarkan ke pintu bilik. Matanya diliarkan memerharti segenap ruang biliknya dan arwah Raykarl.

Sunyi. Sepi.

Perginya, Raykarl dari dunia membuatkan hidupnya terasa kosong. Tiada apa lagi yang menarik perhatiannya ataupun menggembirakannya selepas Raykarl pergi meninggalkannya buat selamanya. Hanya bayangan dan kenangannya bersama Raykarl sahaja yang sentiasa melintasi layar benak.

'Kau kena kuat Iffa! Esok kau dah mula kerja dan esok juga kau akan mulakan hidup baru kau! Kau kena kuat Iffa! Allah takkan uji hamba-hambanya kalau hamba-hambanya tak mampu tapi sebab kau mampu lah Allah uji kau!' Hatinya memberi kata-kata semangat buat dirinya yang telah putus asa untuk terus bertahan dalam ujian hidup.'

"Sayang Humaira, rindu abang. Kenapa cepat sangat abang tinggalkan sayang? Kenapa abang buat sayang Humaira macam ni? Abang tak sayangkan, sayang Humaira lagi ke?" Air mata membanjiri seluruh wajah. Tersedu-sedan dia mengeluarkan esak tangis.

"Sayang Humaira? Jangan nangis, jangan sedih lama-lama. Sayang Humaira kena terus kuat dan sabar dalam menghadapi segala ujian yang Allah beri." Bayangan Raykarl memberinya kata-kata semangat membuatkan tangisannya semakin kuat.

"Boleh tak sayang Humaira nak peluk abang sekali je? Sekali pun jadilah abang! Please!" Pinta Iffa walau dia tahu itu hanyalah bayangan semata-mata.

Dia melihat Raykarl seperti mendepakan tangannya untuk dia masuk ke dalam pelukan hangat Raykarl.

Baru sahaja dia ingin masuk ke dalam pelukan Raykarl dengan sekelip mata sahaja bayangan itu hilang entah ke mana. Iffa yang melihat itu meraung menangis. "Abang! Abang!" Dia terbaring lemah di atas lantai.

-Sungguh pedih hati ini menanggung siksa merinduimu-

























"UMMI."

Sudah dua hari Calina menghiraukan Ridzuan. Bila Ridzuan panggil, Calina tidak menyahut mahupun menoleh. Calina hanya diam membisu.

"Baba, minta maaf. Baba tahu baba salah. Ummi janganlah buat baba macam ni. Baba tak boleh lah tengok ummi macam ni. Baba rasa macam jauh dengan ummi. Baba rindu ummi. Please, ummi talk to me. Please." Dengan nada yang perlahan dan lembut, Ridzuan cuba memujuk Calina.

"Kalau macam tu baba kena minta maaf dengan Yan juga. Ummi tak suka tengok hubungan baba dan Yan macam ni. Bukan macam hubungan ayah dan anak tapi musuh kepada musuh. Ummi harap sangat baba dapat maafkan Yan. Yan tak salah! Please, baba?" Calina sudah melutut di hadapan Ridzuan. Dia dah tak kisah nak buat apa pun asalkan hubungan suaminya dan anak sulungnya tak hancur. Dia tak nak hubungan antara mereka berdua semakin retak.

"Ummi." Ridzuan membangunkan Calina dari terus melutut di hadapannya. Calina didudukkan di sebelahnya di atas katil. "Baba tahu Yan tak salah tapi... Baba masih belum  ready nak bercakap dengan Yan macam dulu. Apa yang jadi dekat kita sekeluarga dulu teruk sangat. I'm sorry ummi." Ditariknya Calina masuk ke dalam pelukan dan Calina menghamburkan esak tangisnya di dalam pelukan Ridzuan.

Derita Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now