DC 42 : Terngiang-ngiang

25 1 0
                                    

"Kau nak pergi mana ni?" tanya Camelia pada Iffa yang baru sahaja keluar dari bilik dengan berpakaian cantik.

"Aku nak hantar bekal ni dekat Abang Yan, aku masak makanan favorite dia." jawab Iffa bersama senyuman manis sambil tapak tangannya mengangkat sedikit bekas makanan untuk ditunjukkan pada Camelia.

"Kau nak pergi sana naik apa?" tanya Camelia lagi dengan dahi yang berkerut.

"Aku pinjam kereta kau, boleh?" jawab Iffa lagi dibalas dengan soalan.

"Ehh, tak payah! Biar aku je hantar kau. Selamat sikit. Jom!" balas Camelia seraya kakinya melangkah keluar dari rumah.

"THANK YOU Camy." Ucap Iffa pada Camelia selepas kereta Camelia berhenti di hadapan Bangunan Hotel Y&K. "Bye, aku naik atas dulu." Tangan Iffa naik membuka pintu kereta seraya kakinya dibawa melangkah keluar dari kereta. Senyuman manis masih kekal di bibirnya dan berharap Rayyan akan menerima kehadirannya sebentar lagi.


















"ASSALAMUALAIKUM hubby!" Dengan wajah yang ceria Iffa melangkah masuk ke dalam pejabat Rayyan dan menegur Rayyan.

Berubah terus riak wajah Rayyan saat melihat satu susuk tubuh milik Iffa telah duduk di hadapannya. "Love nak apa datang sini?"

"Nahh." Tangan Iffa naik meletakkan bekas makanan yang dipegangnya sejak dari tadi ke atas meja. "Hubby makan lah. Love masak makanan favorite hubby."

"Letak jelah situ." jawab Rayyan seraya kepalanya ditundukkan semula memandang komputernya dan jari-jemarinya kembali lincah bergerak menekan papan kekuncinya.

"Hubby nak love suap ke?" tanya Iffa pada Rayyan yang masih tak pedulikannya.

"Hubby?" Sekali lagi Iffa memanggil Rayyan apabila tiada sahutan dari Rayyan.

"..."

"Hubby?"

Sepi. Masih tiada sahutan dari Rayyan.

"Hubby nak love suap ke?" Soalan yang sama diulang semula pada Rayyan.

"Love ni tak faham bahasa ke? Hubby cakap LETAK JE SITU kan?" Naik seoktaf suara Rayyan menjawab soalan Iffa.

"Okey, hubby. Love minta maaf." balas Iffa pula. Air mata mulai bergenang di tubir matanya.

"Tunggu apa lagi? Keluar lah!" Keras suara Rayyan menghalau Iffa keluar dari pejabatnya.

"Love..." Air mata mula perlahan-lahan keluar dari anak mata Iffa. "Love nak tunggu hubby makan baru love keluar." Belakang tapak tangan Iffa naik menyeka air matanya sendiri.

"CAMY!" Kuat suara Rayyan memanggil Camelia yang sejak dari tadi mencuri dengar perbualan dia dan Iffa.

"Ya, Abang Yan?" Laju kaki Camelia melangkah masuk ke dalam pejabat Rayyan. 'Kantoi pula!'

"Bawa Dina keluar." Arah Rayyan pada Camelia sekali lagi seperti di rumahnya dan Iffa.

"Tak nakk!" Iffa meronta-ronta minta dilepaskan dari pegangan tangan Camelia.

"Keluar love." Tegas suara Rayyan menghalau Iffa.

"Okey." Cepat sahaja Iffa bersetuju dan dia bingkas berdiri dari kerusi di hadapan Rayyan. Kakinya dibawa melangkah keluar dari pejabat Rayyan. Hatinya sakit bagai dicucuk-cucuk dengan pisau yang tajam apabila sekali lagi Rayyan menghalaunya.

















"KAU okey ke Iffa?" tanya Camelia buat ketiga kalinya pada Iffa apabila tiada jawapan yang keluar dari bibir Iffa dan sekarang ini masih sama. Iffa tidak menyahut mahupun menoleh ke arahnya.

Iffa hanya termenung ke luar cermin kereta milik Camelia. Sampai sekarang kata-kata manis Rayyan padanya terngiang-ngiang di telinganya.

'Saya takkan sesekali tinggalkan awak buat kali kedua. Look at me, I really love you no matter what happen. I used to love you and even now I still love you. I'm not strong enough to forget you and will never be strong. You are always in my heart. You never disappear from my heart and memory, Dina. Trust me.'

'Sejak saya buat keputusan nak mulakan hidup baru dengan awak,Dina.'

'Thank you, sebab sudi terima saya buat kali kedua dan beri saya peluang kedua. Thank you very much, Dina. I love you.'

'I love you Dina and really love you no matter what happen in my life.'

'Saya akan panggil awak love dan awak akan panggil saya hubby. Thank you, sebab sudi terima hubby jadi suami dan imam love.'

'Thank you, love. Hubby janji hubby akan bahagiakan love walau dengan macam mana cara pun. I love you.'

'Love je satu-satunya pernah jadi girlfriend hubby. Hubby tak cinta dan sayangkan sesiapa selain dari love.'

'No, I love you more, more and more!'

'Sebab kalau boy, his can protect you no matter what happen and... ada copy-paste untuk love tengok wajah handsome hubby ni hari-hari.'

'And the only girl I will give happy is you.'

Kata-kata Rayyan semasa mereka berdua sedang duduk di atas bot persiaran...

'Walau kita dah berpisah sekali pun, hubby tetap sayang dan cintakan love dan hubby akan selalu ada di sisi love tak kira masa tu love susah atau senang.'

Dan kata-kata Rayyan semasa memujuknya...

'Sekali hubby lafazkan nama love dan love sah jadi milik hubby, hubby takkan pernah lepaskan love. Sekali love masuk dalam hati hubby maka selama-lamanya hubby akan kunci dan kurung love dalam hati hubby.'

'Baby tolong pujuk ibu untuk maafkan abah. Tolong pujuk ibu untuk beri abah peluang kedua. Tolong beritahu ibu hanya ibu di hati abah. Tolong beritahu pada ibu yang ibu ialah bidadari dunia dan syurga abah.'

'Hubby pandang love sebab love comel, cantik. Bukan sebab love gemuk. Kalau gemuk pun hubby tak kisah sebab yang gemuk tu ialah isteri hubby dan ibu kepada anak hubby atau lebih tepat lagi, seseorang yang berada di hati hubby. Don't worry, okey? Allah dah ukirkan nama love di hati hubby dan sampai bila-bila nama love akan kekal di hati. Hubby takkan padam nama love apatah lagi buang nama love dari hati hubby. Kan, hubby pernah cakap sebelum ni? Sekali love masuk dalam hati hubby, maka selama-lamanya hubby akan kunci dan kurung love dalam hati hubby. You're my first love dan takkan ada sesiapa yang dapat ubah hakikat tu. Datanglah, badai atau angin taufan sekalipun di hati ni hanya ada love dan kasih sayang ni takkan pernah putus untuk love. Hubby selalu ingatkan diri hubby ni yang love ialah pertama dan terakhir di hati hubby, takkan ada sesiapa yang dapat gantikan tempat love walau datang berjuta perempuan sekali pun. Sebab hanya love yang istimewa di hati hubby, selepas mama. So, kalau love gemuk sekali pun hubby tak kisah. Hubby akan jaga love selagi hubby bernafas di atas muka bumi ini.'

'No, love. Sesaat pun love tak pernah susahkan hubby dan hubby takkan pernah bosan untuk layan perangai manja love, perangai love yang macam budak-budak dan love tak pernah mengada minta kasih sayang dari hubby. Even, hubby sendiri yang akan beri kasih sayang hubby pada love walau love tak minta pun. Hubby ni suami love dan love isteri hubby. Dah jadi tanggungjawab hubby untuk beri love kasih sayang hubby dan hubby takkan pernah penat nak layan perangai love. Hanya Allah yang tahu betapa hubby sayang dan cintakan love. Allah tahu segala yang terbuku di hati hubby. Allah tahu isi hati hubby dan Allah juga tahu nama love ada dalam hati hubby.'

'I'm promise that I will always be with you and protect you no matter when you're happy or sad. Kita kan suami isteri? Suami isteri ni kena saling memahami antara satu sama lain, kena saling percaya dan jujur antara satu sama lain. Sebagai seorang suami, hubby akan selalu terima sikap love.'

'Mana pergi semua kata-kata manis hubby dan janji-janji hubby pada love?'

Derita Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now