DC 21 : Perempuan

19 2 0
                                    

"Tapi kau dah tandatangan yang kau akan berkerja dengan Hotel Y&K selama tiga tahun. Kalau kau nak berhenti juga, kau kena bayar lima belas ribu. Macam mana?" Mata Rayyan merenung tepat ke arah wajah tegang Iffa. 'Comel' Getusnya dalam hati.

"Siapa cakap macam tu?! Aku tak kira! Aku nak juga berhenti!" Bentak Iffa geram.

"Kau tak baca ke masa tandatangan? Dalam kontrak pun ada tulis kalau kau nak berhenti sebelum tiga tahun, kau kena bayar lima belas ribu. So macam mana?" Soalan yang sama diulang semula kepada Iffa.

Iffa terdiam. 'Macam mana aku nak berhenti? Aku tak nak kerja dengan dia atau hadap muka dia hari-hari!!! Eiii, bencinya!!!'

"Apa kata macam ni." Rayyan memusingkan kerusinya perlahan kemudian dia memandang semula Iffa dengan senyuman manis masih kekal di bibirnya. "Kau kerja je dekat hotel ni daripada kena bayar LIMA BELAS RIBU." Cadang Rayyan sambil menekan perkataan 'lima belas ribu' "Rugi tu." Sambung Rayyan lagi membuatkan marah Iffa semakin membara.

"Aku takkan pernah kerja dengan lelaki macam kau! Penipu!!!" Suara Iffa mulai naik dua oktaf.

"Penipu?" Senyuman manis yang tadi masih kekal menghiasi bibir Rayyan kini mati. "Kau masih ingat tentang hal lalu? Aku minta maaf. Aku bukan sengaja nak tipu kau atau tinggalkan kau. Tapi aku terpaksa." Pandangan redup dihantar pada Iffa.

"What??? Tak sengaja? Tapi kau buat juga kan? Kau bukan setakat tipu aku tapi kau mungkir janji kau pada aku! Lepastu, senang-senang je kau nak minta maaf? Habis tu, hati aku yang sakit ni macam mana? Kau ni memang jenis lelaki yang tak pandai bertanggungjawab kan?!" Keras suara Iffa dilontarkan pada Rayyan yang sudah pun berdiri dan berjalan menghampirinya.

"Aku TERPAKSA Iffa! Aku tak nak pun tinggalkan kau tapi aku terpaksa. Aku tak nak kau jadi lagi sakit." Dengan nada yang lembut Rayyan cuba menerangkan pada Iffa.

"Hahaha!" Iffa berpura-pura ketawa kemudian matanya dijelingkan pada Rayyan. "Terpaksa kau cakap? Kau tak nak aku jadi lagi sakit? Tapi dengan tipu aku, mungkir janji dan tinggalkan aku dah cukup buat aku benci kau Ray! Kau tau tak macam mana susahnya aku nak lupakan kau? Tapi arwah suami aku yang buat aku dapat lupakan kau walaupun muka kau orang hampir sama tapi perangai kau orang jauh beza! Dia bahagia kan aku tapi kau? Kau sakitkan hati aku, kau beri aku harapan palsu, kau tipu aku, kau mungkir janji, kau buat aku merana, AKU BENCI KAU RAY!" Hambur Iffa. Tak betah dia berdiri lama-lama di situ. Makin buat hatinya lagi sakit adalah!

"But I love you Dina."

Iffa baru sahaja ingin melangkah keluar dari pejabat Rayyan namun langkah kakinya terhenti apabila telinganya disapa dengan ucapan Rayyan.

"I used to love you and even now I still love you. I'm not strong enough to forget you and will never be strong. You are always in my heart. You never disappear from my heart and memory, Dina. Trust me." Ucap Rayyan dengan sepenuh hatinya. Tak pernah walau sesaat pun dia mampu lupakan Iffa dari fikirannya dan tak pernah walau sesaat pun dia mampu hilangkan Iffa dari hati.

"Enough Ray. Please! Jangan cakap sesuatu yang kau tak boleh tunaikan pun!" balas Iffa seraya langkah kakinya digerakkan semula untuk keluar dari pejabat Rayyan.

"Aku dah tunaikan pun, Dina. Tak pernah walau sesaat aku tak tunaikan pun yang aku cintakan kau sehingga sekarang."
























IFFA terduduk lemah di atas kerusi di pejabat. Dia tak sangka yang dia akan bertemu sekali lagi dengan Rayyan lebih-lebih lagi sekarang ini Rayyan ialah bosnya. Bos tempatnya berkerja!

"Aku nak berhenti. Aku kena fikir macam mana caranya. Tapi... macam mana? Aku mana ada lima belas ribu sekarang. Aku tak sangka pula dia bos aku! Aduh, bencinya!!!" Tangan Iffa naik menghentak-hentakkan tangannya ke atas meja.

TOK! TOK! TOK! Ketukan di pintu pejabat Iffa bergema.

Iffa mendongakkan kepalanya memandang ke arah pintu sebaik sahaja terdengar bunyi ketukan. "Masuk."

"Cik Iffa." Izara melangkah masuk ke dalam pejabat Iffa sambil di tangannya ada sejambak bunga. "Nah, bos bagi bunga ni pada Cik Iffa." Sejambak bunga itu dihulurkan pada Iffa yang masih tercengang.

"Hah? Bos bagi? Maksud awak Encik Rayyan?" tanya Iffa dengan nada terkejut.

"Haah. Sebagai penghargaan pada Cik Iffa sebab Cik Iffa sudi berkerja dengan Hotel Y&K." jawab Izara.

"Selalu ke macam ni?" tanya Iffa lagi seraya tangannya menyambut huluran sejambak bunga itu.

"Tak. Ni baru first time. Encik Rayyan tu orangnya dingin, bersifat privasi dan...dia seorang yang panas baran kadang kala. Lagi-lagi kalau melibatkan hal perempuan. Pantang ada salah sikit mesti dia akan melenting! Ini kali pertama Encik Rayyan baik dengan seorang perempuan." jawab Izara lagi. "Saya minta diri dulu." Pinta Izara seraya kakinya melangkah keluar dari pejabat Iffa.

"Melenting? Lagi-lagi kalau melibatkan hal perempuan?" Iffa mengulangi semula ayat Izara.

"BERAPA KALI AKU NAK CAKAP?! NI WAKTU KERJA BUKAN WAKTU UNTUK KAU ORANG MENGUMPAT! JANGAN JADI GEDIK BOLEH TAK?!"

Derita Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now