🌷
🔻
🔻
🔻
🔻
🔻♀️
Dengan rasa yang gemuruh dan dada yang berdebar, aku gagahkan juga kaki menapak di butik pagi itu.
"Elly, breakfast!" Laungan dari pantry mengejutkan aku. Itu suara Amira. Macam tahu-tahu saja aku yang masuk.
Menjengah ke dalam, kali ini bukan hanya bertiga manusia tu tapi ada juga Puan Rosie duduk di samping Josh sambil memegang mug hitam. Perlahan dia menyisip.
"Bihun goreng, boss belanja sebab semalam dress yang paling mahal dalam butik ni dah terjual." Josh bersuara dengan mulut penuh makanan. Amira menjelingnya dengan ekor mata. Macam selalu.
"Have a seat, Elly. So, how about yesterday? Everything ok? Mira cakap, you EL?"
Aku menelan liur. Kecut sikit bila boss bersuara. Pandangannya penuh prihatin memaksa aku mengukir senyum pahit. "Ok, boss." Balasku perlahan sebelum mengambil tempat di sebelah Amira.
Aku pandang kesemuanya satu persatu. Seolah tidak ada apa-apa yang berlaku semalam. Josh sibuk borak dengan Puan Rosie dan kadang-kadang Amira mencelah. Bila mata aku bersabung dengan pandangan Rahul, lelaki itu menatap aku lama sebelum tayang senyum segaris. Aku tak faham.
Aku berdehem. Menarik satu bungkusan di depan sebelum membuka lipatannya perlahan. "Ada apa-apa yang terjadi ke semalam?" Soalku perlahan dengan harapan hanya Amira yang mendengar tapi kini empat pasang mata memandang aku. Cuak aku jadinya.
Kemudian Josh buat-buat ketawa. "Tadi aku cakap, dress mahal yang kau jahit bulan lepas... Dah terjual."
"Yeah!" Amira bertepuk tangan. "Lepasni boleh lah boss design yang lain pula." Ujarnya lagi.
Puan Rosie tergelak. "Dah ada draftnya, Elly just standby aje." Balas Puan Rosie tersenyum memandang aku. Aku turut ukir senyum. Kali ini aku pandang lagi Rahul yang duduk di head table, dia hanya angkat bahu sebelum meneguk habis kopi dalam mugnya.
Jadinya, aku follow the flow. Kejadian antara aku dan Syed Ziyad tu seolah tak pernah berlaku tapi aku tak tahu kalau mereka cuba sembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku.
Aku mengesat tangan yang baru di cuci bila boss mendekati aku. Dia pegang bahu aku sambil tersenyum. Kalibat Josh dan Amira tak kelihatan lagi di ruangan pantry, hanya Rahul yang masih berada di muka pintu~ memandangku sejenak sebelum dia juga hilang di sebalik dinding.
"Elly..."
Aku telan liur. Cuak pada wajah aku sukar nak di sembunyikan. Mungkin sekarang ni wajah aku pucat bila terasa darah terhenti dari mengalir. I think this is the consequence for my action.
"Saya... Saya ada buat~ salah... Boss." Itu suara aku. Bergetaran. Bukan pertanyaan tapi lebih kepada pengakuan.
"Elly, I anggap you dah macam adik I sendiri. You, tailor terbaik yang I ada dalam kedai ni. Tapi..."
Aku gigit bibir. Aku dah sedia sebenarnya mengosongkan workstation aku hari ini, tekad sejak dari bilik sewa lagi. Barang peribadi aku bukannya banyak. Hanya mesin jahit mini itu sahaja.
"Kalaulah suatu hari I terpaksa berhenti guna khidmat you..."
Ok. Tangan aku menggeletar. Ini saatnya aku akan dihalau.
"But, trust me Elly. That's not my will. I knew you since 3 years ago. I knew you better than anyone."
Rasa hendak menangis sekarang. "Boss, saya..." Mulut aku tertutup kemudian. Tak ada ayat yang dapat aku katakan.
"Now, go back to work, lady. Petang ni Datin Sahora datang kutip tempahan dia. So, finilize your last magic touch." Bahu kanan aku ditepuk beberapa kali sebelum dia balikkan tubuh, meninggalkan aku terkebil-kebil di situ.
Aku pasti, ada sesuatu yang terjadi petang semalam. Josh mungkin tak akan pecah rasiah. Aku perlu tanya Amira atau Rahul. Sekurang-kurangnya Rahul tak pernah rasiahkan apa-apa dari aku.
Aku henyek tubuh pada kerusi. Outfit Datin Sahora tu sebenarnya dah siap sepenuhnya. Aku pun dah letak dalam transparent garment dress yang tergantung di tepi pintu bersama dengan tempahan-tempahan yang lain. Siap tulis nama Datin Sahora besar-besar pada a4 paper yang melekat di depannya. Tinggal tunggu tuan badan saja nak collect.
Aku jeling mesin mini yang ada di kanan aku. Mesin itulah yang banyak melatih aku dalam jahit-menjahit. Dulu, aku selalu menjahit hanya untuk hobi. Jahit apron, jahit pillow cover atau yang mudah-mudah saja. Sekarang, tengoklah di mana mesin mini itu membawa aku. Pipi terasa panas bila tak disedari air mata aku mengalir.
"Elly!"
Aku tersentak. Menyeringai Rahul di muka pintu. "Tiga kali I call you tapi you termenung. Like always." Kuat gelak dia terhambur. "Ingat boyfriend?" Soalnya lagi, sengaja mengusik aku.
Aku pantas baling cebisan kain flanel ke arahnya. Sepantas itu juga dia mengelak. Kalau kena pun, bukan sakit.
"You lah, pagi-pagi mesti kacau I. Nak termenung sekejap pun ada yang kacau. Hisy!" Aku cemberutkan wajah tapi cepat-cepat aku kesat hujung mata dengan jari telunjuk. "Nak apa you troublemaker?" Soalku sarkastik.
Mengekeh Rahul jadinya. "No one can makes me laugh out loud except you, little girl." Dia datang mendekat tapi aku pandang saja dia tak beriak. Hampir meletus juga gelak ku bila bunyi mengekeh dia tu kedengaran lucu.
"Parcel mana?" Soalnya sambil angkat tangan.
Aku geleng. Semalam dia dah hantar semua. Yang tinggal hanya tempahan yang self-collect.
"Ok, I'm going now." Dan dia berura-ura untuk keluar dari workstation aku.
"Rahul!"
Langkah dia terhenti kemudian berpaling ke arahku. "Yes?" Soal Rahul dengan sebelah kening ditolak naik.
Aku nak tanya pasal apa-apa yang berlaku semalam tapi aku tak tahu apa ayat yang sesuai nak di katakan. Tak kan main terjah. Nanti dia fikir aku ni terlalu curious. Aku buka mulut tapi terkatup semula. Hanya hembus nafas yang keluar.
"I tahu. You nak pesan nasi ayam senget, kan? Ok, I got it!"
Allahu. "Penyet lah!" Aku betulkan sebutan dia. Rahul menyengih.
"Yeah, the sound is similar." Balasnya tergelak. "Bye for now, Elly."
Aku masih nak tahan dia tapi macam sengaja pula si Rahul ni menghayun langkah laju. Sekelip mata dia hilang.
Jadinya, biarkanlah. Sampai masa nanti, kalau Allah izinkan aku tahu apa perkara tu maka aku akan tahu juga nanti. Tak kisah dari mulut siapa pun.
.
.
.
.
.
🌷
YOU ARE READING
Alya Untuk Ziyad ©️
General Fiction[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan hati yang utuh. Ia bukan selalu ada tapi yang pasti ia selalu muncul setelah hujan reda. Dual POV's �...