~🌷Sebelas🌷~

1.5K 53 0
                                    

🌷

🔻🔻🔻🔻🔻

♀️

Tugasan pertama aku masuk dalam inbox selang 3 hari lepas aku bekerja sepenuh masa di rumah. Bilik lot kedai yang aku sewa di tingkat ketiga bangunan, hampir separuh ruangan aku guna sebagai workstation aku.

Bilik ni seperti studio. Tingkap kaca separuh dinding aku tutup dengan langsir hijau. Hanya ada satu bilik tidur beserta bilik air manakala dapur bersambung dengan ruang tamu. Selesa sangat sebab ia cukup-cukuplah luas untuk aku seorang duduk di sini.

Mujur Rahul tolong aku angkat tiga portable sewing machine tu sampai ke atas. Petangnya pula, Josh dan Amira datang untuk tolong aku set up apa yang perlu.

"Aku ingat kau ni unmarried and virgin..." Bukan main lagi si Josh tu menghentam aku. Tangan dia yang lincah mengerjakan soket dan kabel sambungan, aku perhatikan.

"Haah kan. Muka innocent macam ni, serupa anak dara." Amira pula mencelah.

"Habis, nak tampal kat dahi ke perkataan 'janda' tu?" Aku menyoal sarkastik. Berderai tawa mereka. Married tu ya dan virgin tu pun ya tapi mereka tak perlu tahu kot yang tu.

"Janda? Eh, bukan itulah yang Rahul dengar." Kali ini Josh berpaling ke aku yang hanya duduk di atas couch di samping Amira.

"Apa Rahul cerita kat korang? Aneh ya, dia tak cakap apa-apa pun kat saya. Rahul macam tak tahu menahu." Itu luahan jujur aku. Benar sebab Rahul banyak bercerita pasal wife dia atau ragam baby dia. Tak ada yang lain.

"Oh sebab boss kata kat Rahul, jangan ungkit-ungkit apa pun dekat Elly. Rahul kan pembaris..." Bicara Amira diselangi gelak-gelak halus.

"Habis Josh dengan Amira, bukan pembaris lah..." Sekali lagi nada sarkastik membuatkan kedua manusia itu makin berdekah.

"Kita kan kawan. Biasalah tu tanya-tanya. Bukan menyibuk tapi concerned. Kalau Tuan Syed tu tak datang ke butik, sampai kiamatlah kitaorang ni tak tahu apa-apa pasal Elly. Kuat eh simpan rasiah..." Josh membalas. Sedas aku kena perli.

Menyengih aku jadinya. "Benda dah lepas kan. Saya pun bukan sesiapa lagi dengan Tuan Syed tu. Dah bercerai pun. Tamat." Aku sekali lagi meluah. Tak terniat pun nak sorok apa-apa tapi bagi aku benda tu dah lama berakhir.

"Rahul cakap dia ada dengar Tuan Syed cakap... Abang nak isteri abang, Amanda Alya... Celah mana pula yang bercerainya?" Makin berminat pula si Amira mengorek cerita.

"Oklah, korang yang insist kan... Mari dengar ni. Dari awal sampai akhir. Lepastu bagitahu saya status saya ni macam mana." Aku menegakkan duduk. Josh melepaskan kerjanya tadi sebelum mendekat ke arah aku dan Amira. Dia duduk bersila di atas karpet.

"Kejap, sebelum tu aku nak ambil minuman ke jajan ke..." Amira berlalu ke dapur. Menyelongkar kabinet dan peti ais aku.

"Bawa banyak-banyak!" Laung Josh pula. Aku pula yang tepuk dahi. Nasib lah ada kawan tak tahu malu macam dorang ni.

Makanya petang itu, dengan hati yang berat, aku luahkan semuanya kepada Amira dan Josh. Dari awal aku berkahwin, pasal Abang Am, pasal parents aku meninggal, kemudian aku difitnah dan dipaksa tandatangan surat cerai sebelum dihalau keluar.

Semua aku ceritakan. Rasanya tak ada tertinggal satu pun. Kalaupun ada, itu hanya perasaan sebenar aku pada Syed Ziyad.

Diakhir cerita, Amira memeluk aku erat dengan linangan air mata. Josh hanya duduk di situ memandang aku dengan mata terkebil-kebil. Mungkin cuba menghadam apa yang baru aku luahkan.

"Sampai sekarang ke Tuan Syed tak tahu lelaki yang berpelukan dengan kau tu ialah Ahmad Nizam, abang kandung kau?" Itu soalan pertama Josh selepas sekian lama berdiam.

Aku angkat bahu tapi hanya sebelah saja yang bergerak bila yang sebelahnya memberat dengan kepala Amira. "Entahlah. Saya tak rasa dia tahu sebab Abang Am duduk Australia. Mustahil mereka terjumpa di mana-mana lagipun mereka tak kenal antara satu sama lain." Balasku tenang. Itulah yang selojiknya.

"Habis kau tak cuba nak bagitahu dia selepas tu? Maksud aku dalam tempoh 4 tahun ni..." Josh masih tak berpuas hati.

"Tak. Saya malu. Orang dah buang saya, langsung tak nak dengar penjelasan. Dia pun dah jatuhkan hukum, saya nak jelaskan apa lagi? Redha sajalah."

"Kalau betul dah bercerai tu, tak apa Elly. Macam mana kalau kau digantung tak bertali. Lepastu jatuh cinta dan berkahwin dengan orang lain... Tak boleh nak bayang lah." Josh raup wajah. "Nasiblah aku ni tak terrrr-jatuh suka dekat kau." Kemudian dia berdekah.

"Isy! Main-main tau dia ni." Satu bantal kusyen mendarat ke dahi Josh. Ulah si Amira. "Kau dengan Elly tu beza agama. Kau suka dia pun, lambat lagi Elly nak suka kau balik."

Makin berdekah pula si Josh. "Kan boleh convert. Kau ni..." Bantal kusyen yang sama dibaling semula ke Amira membuatkan perempuan itu pantas mengelak.

"Abang saya tak tahu lagi ni. Saya pun tak tahu macam mana nak bagitahu dia." Aku gigit bibir. Keributan mereka tadi serta merta terhenti.

"Lah, cakap ajelah Tuan Syed tu dah halau kau. Habis cerita." Idea bernas Amira berkumandang.

"Lepastu, kena bantai dengan Nizam. Kena bantai tak apa tapi kalau sampai cacat~ koma~ Bukan ringan tu dia buat kat Elly. Kalau aku ni Nizam, lama dah Syed Ziyad tu menjunam enam kaki ke bawah tanah!" Josh mencelah sambil putar bebola mata. Langsung tak setuju dengan cadangan Amira.

"Saya tak kisah Syed Ziyad tu kena belasah pun dengan Abang Am tapi saya takut kalau umi lebih terluka."

Masing-masing diam setelah itu. Dan kalaulah semudah seperti yang Amira cakap, lama dah aku mengadu kat Abang Am. Aku pun tak sengaja melesapkan diri macam ni kalau aku tak fikir perasaan umi dan perasaan Abang Am.

"Tapi kau kena juga jumpa Billionaire tu, Elly sebab kau sendiri tak tahu status sebenar kau." Akhirnya Amira bersuara setelah agak lama kami berdiam.

Syed Ziyad tak pernah lafaz talak di depan aku tapi aku dah tandatangan surat cerai lepastu terpisah jasad selama empat tahun. Dan sekarang, lelaki itu pun dah nak bertunang dan berkahwin dengan Cik Tasya.

"Saya dipersalahkan atas majlis yang tak jadi. Kalaulah Cik Tasya tahu saya bertemu Syed Ziyad... Saya nak bagi alasan apa? Hal kahwin cerai tu nanti akan lebih mengeruhkan keadaan. Lagipun perkahwinan saya, hanya family yang tahu kecuali Abang Am." Aku picit pangkal batang hidung.

"Eh kisah apa pasal si Natasya tu? Aku geram tau dengan perempuan tu!" Membentak Amira jadinya bila nama Natasya keluar dari mulut aku.

Aku gembira ada kawan-kawan macam Josh dan Amira. Sebelum ni aku agak kurang bercerita pasal diri aku tapi petang tu akhirnya mereka tahu siapa aku yang sebenarnya.

Kata muktamadnya hasil perbincangan dengan mereka, aku memang perlu penjelasan tentang status aku. Kalau betul aku tergantung, maka aku akan minta untuk dilepaskan. Itu yang sebaiknya.

Aku perlu jumpa Syed Ziyad!

.
.
.
.
.
🌷

Alya Untuk Ziyad ©️Where stories live. Discover now