🌷
🔻
🔻
🔻
🔻
🔻♀️
Aku takut. Sungguh!
Kebimbangan aku merajai situasi dan aku diserang anxiety selepas berkunjung ke Wisma Akhtar tempoh hari.
Sebelum Ziyad datang ke sini hari ini, ada banyak yang terjadi di hari sebelumnya.
Hari itu Ziyad nak menghantar aku ke Rosie Boutique tapi aku berkeras tak mahu. Aku ugut, dia tak akan dapat jumpa aku lagi kalau dia memaksa dan barulah dia mengalah. Tapi banyak kali dia pesan supaya mesej atau call walau apa pun yang terjadi tapi itu aku abaikan.
Hari itu sebelum sempat aku sampai ke butik, Natasya datang menahan aku. In the nice way, I guess. Dia mengajak aku ke cafe berhampiran.
"I tak judge relationship you dengan Ziyad. Not a single bit but you know Alya... I am the one who stuck with Ziyad this past 2 years. I yang ada dengan dia masa susah atau senang. We supported each other. Tapi bila dia jumpa you semula, dia buang I macam tu je. It's not fair for me." Itu luahannya. Nada yang dihambat kecewa akibat penolakan.
Jujur aku merasainya juga sebab aku dah mengalami situasi seperti itu.
"I am really disappointed. Kalau dia pilih you pun I tak boleh nak buat apa sebab you isteri dia and I am nobody. I think I'm just his flings." Gelaknya hambar memenuhi rongga telinga aku.
Aku tak tahu nak balas apa. Aku dah bayangkan kesakitan itu kalau aku di tempat Natasya sekarang.
Niat aku mahu memberi peluang untuk aku dan Ziyad sekali lagi tapi aku tak tergamak berbahagia di atas tangisan orang lain.
"Saya minta maaf. Saya tak tahu..."
"No. No. That's ok. I tahu bukan you yang minta dia kejar-kejar you. Tapi I kenal sangat Ziyad. Dia mungkin rasa bersalah dengan apa pun yang pernah jadi antara you orang. It's totally not your fault, Alya. He can do anything even without mutual feelings. It's not your fault."
Allah saja tahu betapa parahnya tangisan dalam hati aku ketika ini. Aku kasihankan Natasya dan dalam masa yang sama aku sayang hati aku sendiri. Jujurnya Ziyad adalah lelaki yang aku sayang lebih dari apa pun.
Hadir dia semula dalam hidup aku membuatkan rasa sayang yang dulunya hanya bercambah kini bertunas rimbun tanpa dapat aku halang. Sebab tu aku memutuskan untuk memberi nafas baru untuk hubungan kami yang selama ini terpisah terlalu lama.
Sekarang aku dah tak tahu apa yang terbaik bila penyatuan kami menjadi duri dalam hidup orang lain. Aku dah terluka sekali dan aku tak mahu melaluinya lagi. Aku juga tak mahu orang lain turut mengalaminya sebab sakit itu nyata. Walau tak terzahir tapi beban rasa itu wujud seperti batu yang memberat di atas kepala.
"I wish I can be as strong as you, Alya."
Wajahnya sugul, sedih, hampa dan mungkin sedang berusaha menyembunyikan kesakitan. Allah.
Natasya tinggalkan aku dengan satu persoalan dalam kepala aku. Perlukah aku teruskan niat ini? Perlukah aku mempertahankan ikatan yang dah lama terjalin ini?
YOU ARE READING
Alya Untuk Ziyad ©️
General Fiction[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan hati yang utuh. Ia bukan selalu ada tapi yang pasti ia selalu muncul setelah hujan reda. Dual POV's �...