🌷
🔻
🔻
🔻
🔻
🔻♀️
Kerutan pada dahi aku masih tak ada tanda-tanda untuk hilang. Wajah Amira dan Josh aku tatap silih berganti.
"It's your turn, babe! Josh, dah. Aku pun dah. Rahul tak boleh pergi sebab wife dia masih dalam pantang. Jadi, kau lah yang pegi." Amira yang selamba memeluk tubuh itu lantas bersandar pada tulang pintu.
Bila boss kata aku bekerja sepenuh masa di rumah maka Josh dan Amira adalah orang perantara. Orang yang bertanggungjawab menyampaikan apa-apa saja pesanan boss untuk aku. Mereka jugalah yang akan sampaikan perihal aku ke boss. Bukannya tak ada telefon tapi Puan Rosie memang tak pernah menghubungi aku melalui telefon. Hanya email sahaja dan itupun berkaitan dengan kerja.
"Kalau ya pun, jemputlah kita masuk dulu. Lenguh kaki ni berdiri lama-lama kat pintu." Josh merungut. Menolak belakang tubuh Amira untuk masuk ke dalam.
Tergelak aku. Aku luaskan bukaan pintu akhirnya. "Tak tahu pula kau ni sejenis melayan tetamu di muka pintu." Omelannya bersambung.
"Sorry. Terperanjat tadi sampai lupa nak ajak korang masuk." Gelak aku masih tak surut. Nasiblah tadi aku sempat capai tudung sarung sebelum buka pintu. Tak ada lah aku gelabah sangat.
"Berapa lama ni?" Beserta soalan, aku belek lagi flyer yang Amira bagi kat aku tadi.
"Dia macam intensive je. Kalau kursus asas memang agak lama tapi yang boss suruh kau pegi ni dua malam je. More to team building." Josh membalas yang dah selamat menghenyekkan tubuh panjangnya atas couch.
"Pergilah, babe. Best! Aku hari tu macam tak nak balik." Bicara Amira diselangi gelak-gelak lucu.
Garu kepala aku jadinya. Sebenarnya belum bersedia lagi nak tinggalkan sarang aku ni. Berminggu dah aku terperap macam pekasam tapi aku ok je. Semakin sikit interaksi maka semakin aman hidup aku. Semakin lapang dada aku dan semakin kurang sesak dalam fikiran aku.
Dari buka mata hingga tutup mata, benda pertama dan terakhir aku hadap adalah mesin jahit. Lifeless tapi aku lebih suka begini.
"Nak bawak apa ni?" Dengan lemah longlai aku menyoal. Tak kisah siapa antara mereka akan membalas tapi yang aku dapat, bunyi mengekeh selang seli dua manusia tadi.
"Bawak jiwa dan raga." Komentar Josh lebih kepada memerli dan aku hadiahkan dia jelingan paling tajam yang aku mampu buat.
"Bawak hati dan perasaan." Amira pula menambah. Dan kali ini aku baling bantal sofa yang dah berselerakan di atas karpet lantai ulah si Josh. Mengekeh Amira sambil mengelak pantas.
Dalam perangai hantu iblis dorang tu, aku diheret juga keluar dari sarang aku. Menuju ke mall dengan kepala aku penuh kekeliruan dan persoalan. Amira kata kena standby jajan. Banyak pun tak apa sebab kalau manusia yang selalu kebulur malam-malam macam aku, ada stok makanan. Tak ada nak menyusahkan orang lain.
Josh pula kata, kena ada pakaian yang sesuai. Disebabkan standard aku yang lebih suka baju kurung, dia nak aku cari jogger atau tracksuit. More to team building maksudnya lebih banyak aktiviti outdoor dan aku mungkin perlu lebih banyak t shirt berbanding baju formal.
YOU ARE READING
Alya Untuk Ziyad ©️
General Fiction[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan hati yang utuh. Ia bukan selalu ada tapi yang pasti ia selalu muncul setelah hujan reda. Dual POV's �...