Tengku Mikail & Cinta Mikayla |2

8.5K 315 10
                                    

Meskipun berjauhan dan sudah lama tidak bersua muka, namun hubungan Cinta Mikayla dan Tengku Mikail makin hari makin rapat bak pasangan kekasih. Panggilan audio dan video menjadi medium pengantaraan mereka untuk melepaskan rindu.

Mereka berdua sudah lama hanyut didalam perasan cinta yang semakin menebal. Ungkapan rindu dan cinta bertali-temali, bahkan tidak pernah putus diluahkan oleh mereka berdua.

Setelah beberapa bulan tidak bersua kerana seorang berada di selatan dan seorang berada timur, hari ini adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh mereka berdua. Selain dapat bersua empat mata, hari ini juga merupakan hari keputusan SPM keluar.

Bahkan bukan mereka saja menantikan hari ini untuk kunjung tiba, semua pelajar tingkatan 5 yang telah menduduki SPM tahun 2010 juga turut menantikan hari ini.

Debaran didada usah diceritakan. Tidak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata dan digambar melalui tulisan. Dari semalam lagi, Cinta Mikayla mengalami kesukaran untuk tidur. Tidak berhenti dia titipkan doa pada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang agar dia memperolehi keputusan yang cemerlang pada hari ini.

"Cinta, jom gerak ke sekolah. Ayah dah tunggu tu kat bawah." Ajak Puan Soffea. Figuranya mula terjongol dari balik pintu. Mengintai anaknya yang sedang termenung resah dihadapan cermin itu.

"Okay umi." Sahut Cinta Mikayla dengan lembut.  Shawl yang berlilit dikepala dirapikan terlebih dahulu. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, barulah dia bingkas bangun. Sling bag dicapai sebelum dia melangkah keluar dari biliknya.

***********

Perkarangan luar sekolah kini dibanjiri oleh ibu bapa dan penjaga pelajar tingkatan 5. Masing-masing hadir memberi sokongan terhadap anak-anak mereka yang bakal menerima keputusan SPM beberapa jam dari sekarang.

Hanya pelajar saja yang dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Ibu bapa dan penjaga perlu menunggu anak-anak mereka diluar pagar sekolah.

"Umi, ayah... Cinta takut." Rengek Cinta Mikayla. Tangannya sudah mula sejuk seperti baru direndam di dalam baldi penuh dengan kiub-kiub ais.

"InshaAllah anak ayah ni akan lulus dengan cemerlang. Ayah dan ibu yakin pada anak ayah ni. Dan kalau keputusan pada hari ini tidak seperti apa yang diharapkan, ayah dan ibu tetap bangga dengan Cinta. Ingat tu." Kata Encik Arabath. Bahu anaknya diusap lembut.

"Cinta pergilah masuk. Umi dan ayah tunggu dekat sini tau." Ujar Puan Soffea.

Cinta Mikayla mengangguk laju sebelum dia melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.

"Cinta! Sini!" Laung Rozie. Kelihatan Rozie sedang melambai-lambai ke arahnya.

Cinta Mikayla terus berlari anak ke arah Rozie yang sedang tersenyum girang itu. Badan sahabat baiknya itu terus dipeluk erat. Terlompat-lompat mereka berdua kegirangan.

"Rindunya aku dekat kau." Kata Rozie.

"Over je. Bukan semalam kau video call dengan aku?" Soal Cinta Mikayla kehairanan. Keningnya terjungkit ke atas.

"Dalam video call lain. Kat luar lain. Dalam video call tak boleh peluk kau." Rengek Rozie manja.

Cinta Mikayla tertawa halus sambil memusingkan bola matanya ke atas. Alahai si Rozie ni. Tak pernah tak over!

Isaac's Painful Destiny (C)Where stories live. Discover now