Tengku Mikail & Cinta Mikayla |30

9.1K 364 52
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha

Masuk saja ke dalam ruangan pejabat Tengku Mikail, tergamam terus Cinta Mikayla. Bilik pejabat Tengku Mikail terlalu besar, bahkan bukan itu sahaja, dekorasi moden dan kontemporari membuatkan bilik pejabat ini kelihatan mewah. Pandangannya melingas ke sana sini.

"By the way, kenapa tak pakai baju-baju yang I beli?" Soal Tengku Mikail. Dia berbelanja puluhan ribu ringgit untuk pakaian Cinta Mikayla. Alih-alih wanita kesayangannya ini masih tampil dengan imej berbaju kurung.

Bukan tidak cantik, bahkan ianya nampak lebih ayu. Cuma Tengku Mikail ingin membiasakan Cinta Mikayla dengan imej korporat.

"Biarlah. Lagipun baju-baju tu mahal. Kalau rosak, saya nak ganti macam mana. Saya tak ada duit. Eloklah berbaju kurung. Manalah tahu nanti berkain kafan pula suatu hari nanti." Sinis Cinta Mikayla.

"Don't say like that sayang. I dah cakapkan I tak suka dengar you cakap macam tu. Soal baju-baju tu tak perlu ganti. I hadiahkan untuk you. Kalau rosak, I beli lagi untuk you." Katanya dalam nada lembut. Kepala Cinta Mikayla diusap lembut dengan tangan kekarnya.

"Have a seat first, my Cinta." Pelawa Tengku Mikail. Dia terus menarik tangan Cinta Mikayla untuk segera duduk disofa.

"Tunggu sekejap. I nak ambik your offer letter." Kata Tengku Mikail. Dia terus bingkas bangun menuju ke meja kerjanya. Satu fail berwarna putih yang berada diatas meja segera dicapai sebelum dia kembali duduk disofa.

"Ni offer letter you. Take your time to read it before you sign it." Arah Tengku Mikail. Cufflink dikemejanya dibutangkan. Matanya masih tertumpu pada seraut wajah cemberut Cinta Mikayla.

Dengan malas dia mencapai surat tawaran itu Matanya terus berpinar apabila melihat begitu banyak syarat-syarat yang dikenakan didalam surat tawaran itu. Terus dia campak kembali fail itu diatas meja.

"Too much. Malas nak baca." Bentak Cinta Mikayla.

"Okay tak nak baca tak apa. Biar I explain every details on it. Listen carefully. " Kata Tengku Mikail. Lalu dia mengambil fail itu.

"First! Gaji yang akan ditawarkan pada you adalah 25 ribu sebulan." Tutur Tengku Mikail bersahaja.

Terus membulat mata Cinta Mikayla.

"25k per month?" Soalnya ingin kepastian.

"Yes, darling." Balas Tengku Mikail bersama kenyitan mata.

'Banyaknya!' Getusnya didalam hati. Gaji bulanan yang dia perolehi semasa bekerja dengan Encik Ahmadi hanya suku sahaja dari gaji yang ditawarkan oleh Tengku Mikail.

"Besides that, I akan bagi satu penthouse for you, betul-betul mengadap KLCC. Senang untuk you datang ke pejabat. Tak jauh sangat. And, I akan bagi satu kereta for you, Mercedez Benz GLA 200."

Tergamam Cinta Mikayla sekali lagi. What? Bukan kaleng-kaleng tawaran Tengku Mikail. Ini jadi PA Tengku Mikail atau jadi PA anak raja ni? Mak aii! Dasyat! Termenung dia buat seketika.

Isaac's Painful Destiny (C)Where stories live. Discover now