Tengku Mikail & Cinta Mikayla |17

6.2K 302 32
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha

Bang!

Bunyi sesuatu jatuh kedengaran kuat diluar bilik. Jam sudah menginjak ke angka 3 pagi. Encik Arabath dan Puan Soffea yang baru sahaja selesai menunaikan solat tahajjud saling berpandangan antara satu sama lain. Terperanjat mereka berdua dek bunyi itu.

"Bunyi apa tu abang?" Soal Puan Soffea separuh berbisik. Dia sudah mula mendekati suaminya.

"Tak tahulah. Bunyi macam grill terhempas kan?" Soal Encik Arabath. Puan Soffea terus mengangguk laju.

"Ada perompak masuk ke?" Soal Puan Soffea. Dia sudah mula dihurung rasa takut.

"Ish awak ni, Pia. Mulut tu!" Tegur Encik Arabath. Puan Soffea terus mengemam rapat bibirnya. Tangannya tidak dilepaskan dari memegang tangan Encik Arabath.

"Abang nak keluar tengok jap!" Pinta Encik Arabath. Tangannya menepuk perlahan tangan Puan Soffea, mengisyaratkan Puan Soffea untuk melepaskan lingkaran tangannya.

"Tak yah la abang. Pia takutlah. Stay je sini!" Arah Puan Soffea sambil menggeleng laju. Makin kemas lingkaran tangannya.

"Tak apa. Abang bawa kayu golf." Pujuk Encik Arabath sambil jarinya mengunjuk ke arah kayu-kayu golf yang berada didalam beg golf disatu sudut biliknya.

"Tak payahlah abang." Puan Soffea masih berkeras. Dia tidak mahu sebarang kecelakaan menimpa suaminya. Tindakan perompak sukar diduga. Mahunya perompak itu membawa senjata, buat naya saja.

"Tak apa." Encik Arabath terus bingkas bangun. Namun sebelum itu, sempat dia mengucup dahi isterinya sebelum dia membuka perlahan pintu biliknya.

**********

"Kau ni bodohlah Bidin! Aku dah cakap jangan cetuskan sebarang bunyi. Bodoh la kalau kantoi nanti." Bisik Ramli. Dek kecuaian Bidin, grill yang sudah dipotong itu terhempas jatuh ke lantai.

Mereka bertiga mengenakan topeng untuk menutup keseluruhan wajah mereka. Kini, mereka sudah berjaya masuk ke dalam rumah agam Encik Arabath.

"Tak sabar nak merasa lauk sedap malam ni!" Kata bidin sambil menggosok tangannya yang tersarung dengan sarung tangan itu.

"Gelojoh!" Selar Nazrin.

Mereka meneruskan langkah sambil kaki terjengket-jengket. Dek kerana suasana yang gelap itu, mereka melangkah dengan berhati-hati.

Mereka terus naik menuju ke bilik Cinta Mikayla. Usah ditanya kenapa mereka seakan tahu dimana keberadaan bilik Cinta Mikayla. Ini semua hasil informasi yang diterima oleh Puteri. Siapa lagi kalau bukan dari Puteri. Dalang yang sebenar.

Pintu bilik Cinta Mikayla yang tidak berkunci itu memudahkan kerja mereka. Mereka terus menyelinap masuk ke dalam bilik itu. Lampu bilik itu segera dibuka. Sedikit hampa kerana Cinta Mikayla tiada disitu.

"Mana pergi perempuan ni? Arghh celaka!" Getus Ramli. Dia mengetap giginya, geram!

Nazrin terus membuka pintu tandas. Cinta Mikayla tiada juga disitu.

Isaac's Painful Destiny (C)Where stories live. Discover now