Tengku Mikail & Cinta Mikayla |61

6.7K 361 10
                                    

"Kau ni dah cara tua, buat cara tua. Kat dalam ni aku yang ketua. Kau kutip balik daun-daun kering tu guna tangan! Sekarang!" Jerkah seseorang dari arah belakang. Seseorang yang dikenali sebagai Mail Taikong disini.

Lelaki yang mengakui dialah ketua dan raja disitu. Semuanya harus tunduk hormat pada dia dan lima orang anak buahnya.

Tiada seorang pun yang boleh terlepas dari seksaan dan bulian mereka.

Bukannya mangsa-mangsa buli ini tidak pernah mengadu pada warden penjara. Tapi itulah, semuanya tidak percaya yang Mail berkelakuan seperti itu kerana bila berhadapan dengan warden-warden, sikapnya tak ubah seperti kata pepatah, pijak semut pun tidak mati.

Mail mencerlung tajam ke arah Encik Amin. Jikalau pandangannya itu sebilah belati, mahu terbelah dua badan Encik Amin sekarang ini. Pandangannya itu jelas menunjukkan yang dia ingin melahap Encik Amin hidup-hidup sekarang ini.

Bakul rotan yang sudah penuh dengan helaian daun kering itu disepak kuat sehingga terburai kembali isi didalamnya.

Beginilah kehidupan Encik Amin dipenjara. Saban hari pasti dibuli oleh Mail dan anak-anak buahnya.

Tiga bulan disini terasa bagaikan sudah tiga tahun. Penderitaan yang dia tanggung disini tidak terluah dengan kata-kata. Sengal-sengal tulang-temulang.

Dunianya terasa gelap dalam sekelip mata. Ditambah pula dengan pemergian isterinya yang secara mengejut itu. Anak tunggalnya lansung tidak datang, menjenguknya disini.

Hidupnya benar-benar hancur dan ranap. Mungkin ini adalah kafarah yang perlu dia tanggung atas bahagia didalam kesengsaraan orang lain.

Tanpa membantah, dia jatuhkan lutut diatas tanah. Daun-daun yang berselerakan itu dikutip satu persatu. Tiada guna melawan, nanti badan separuh abadnya juga yang menjadi mangsa pelampiasan amarah Mail.

Terdengar bunyi gelak-tawa Mail dan anak-anak buahnya dari belakang. Dia memilih untuk tidak menghiraukan saja. Ini lebih selamat.

Dada yang terasa sempit itu diusap perlahan. Sejak kebelakangan ini, dia kerap mengalami sakit dada. Kadang-kadang itu, sukar untuk dia bernafas dengan baik. Mungkin ini adalah kerana perut yang masuk angin.

Masakan tidak, dia tidak dapat makan dengan tenang. Pasti makanannya akan ditumpahkan oleh Mail.

Memikirkan perut yang lapar, dia sanggup untuk mengutip balik sisa-sisa makanan yang berselerakan diatas lantai.

Tak mengapalah! Soal kotor itu, tolak ke belakang dulu. Janji perut terisi.

"Termenung pula si tua kerepot ni."

Sergahan itu menyentakkan dia kembali ke dunia realiti. Terkocoh-kocoh tangannya mengutip daun-daun kayu itu.

"Kau dengar tak apa aku cakap?" Jerkah Mail.

"Maaf! Pakcik tak dengar."

"Berangan lagi sebab tu tak dengar. Aku nak kau kutip daun-daun ni guna mulut kau."

Ya Allah!

Kaku sebentar Encik Amin disitu. Kutip guna mulut?

Isaac's Painful Destiny (C)Where stories live. Discover now