𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟎𝟑

7.2K 424 47
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



SETELAH beberapa hari, akhirnya dia berjaya siapkan hantaran kahwin kakaknya. Dia buat sorang-sorang ye. Zahra dengan Puan Adorah cuma goyang kaki sambil melihat dia bertungkus lumus menyiapkan hantaran kak Zahra.

Sekarang dapat juga dia berehat. Walaupun rehatnya itu tidak terlalu lama tapi boleh lah.

"Hey bodoh, kau dah siap semua hantaran tu?" soal Puan Adorah dengan nada yang kasar. Dia sudah lali dengan perkataan bodoh itu. Perkataan itu bagaikan makanan hariannya.

"Dah mama," balasnya ringkas. Kang kalau tak siap lagi tak pasal-pasal kena libas dengan penyapu.

"Ouh ya, aku lupa. Nanti kau jangan keluar dari bilik sebab aku taknak bakal besan aku tau yang aku ada anak macam kau," ujarnya sambil dia menunjal-nunjal perlahan kepala Zehra. Kenapa dia tak bunuh saja Zehra semasa Zehra masih dalam kandungan dahulu.

"Baik mama," dia selalu dilayan bagai orang gaji bukannya seperti puteri. Oh Zehra, kau layak ke dilayan macam mana mama papa layan kak Zahra.

Dia sedar dia siapa. Dia hanyalah Zehra Mikayla yang banyak kekurangan. Dia bukan sempurna macam Zehra. Dia tidak mampu menjadi anak yang diimpikan oleh Puan Adorah dan Tuan Affan.

"Dah, aku nak kau buat air kat aku. Tiba-tiba rasa haus," arahnya sambil tangannya mengibas baju kerana kepanasan.

Zehra menganggukkan kepalanya kemudian dia pergi ke dapur untuk membuat air kepada Puan Adorah. Iya lah dia kan orang gaji dekat rumah tu, jadi dia kena la buat kerja.

Setelah siap air yang dibuat, dia pergi ke arah Puan Adorah lalu dia memberi air tersebut. Puan Adorah menyambutnya lalu dia minum dengan rakus.

Zehra hanya berdiri disitu sambil melihat Puan Adorah minum air itu bagaikan tiada hari esok.

Seusai dia habis minum air tersebut, dia memberi gelas yang sudah kosong itu kepada Zehra. Tanpa bantahan, Zehra mengambil gelas itu dan dia berlalu pergi dari situ.

"Kalau budak tu mati senang hati aku," ujar Puan Adorah sambil bibirnya terkumat-kamit memaki hamun Zehra.

Dia jijik ada anak macam Zehra. Zehra langsung tidak pernah menyenangkan hatinya. Tapi lagi buat dia serabut adalah.

Zehra yang mendengar apa yang dikatakan oleh Puan Adorah membuatkan hatinya menjadi sebu.

Dia tidak minta untuk melahirkan, tetapi sudah takdir Allah untuk membuat dia dilahirkan di dunia ini. Hampir saja kelopak matanya mengeluarkan air jernih tapi dia menahan.

Beberapa minit kemudian Zehra membuat keputusan untuk masuk ke dalam bilik sahaja memandangkan keluarga kekasih kakaknya itu nak datang ke rumahnya.

Dia tak sanggup nak kena marah lagi dan lagi. Sejujurnya, dia dah penat dan lali kerana dia selalu sangat kena caci, hina, marah dan semua tu lah.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now