𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟏𝟎

6.6K 332 17
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SETELAH seminggu mereka berdua berada di rumah Puan Adorah dan Tuan, mereka berdua akan berpindah ke rumah yang telah dihadiahkan oleh Puan Adorah dan Tuan Affan.

Mereka berdua sedang bersiap dan juga mengemas pakaian mereka untuk dibawa ke rumah baharu itu nanti. Zehra sedang melipat bajunya dan Dhariz manakala Dhariz sedang mandi di dalam bilik air.

Selesai Zehra siap melipat baju mereka berdua, serentak itu Dhariz juga keluar daripada bilik air dengan hanya bertuala.

Zehra terus memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia malu nak pandang suaminya dengan keadaan sebegitu. Dia buat-buat sibuk walaupun sebenarnya semua kerja telahpun dia siapkan.

Dhariz abaikan Zehra dan dia terus pakai seluar dan baju yang berada di atas katil itu. Setelah siap, dia pergi ke arah Zehra sebelum dia bersuara.

"Jom pergi makan dulu. Lepas tu nanti baru pergi rumah baru kita," ujar Dhariz. Kebetulan mereka masih belum menjamah apa-apa makanan pada pagi itu kerana sibuk mengemas barang mereka.

Kemudian mereka turun ke bawah. Puan Adorah dan Tuan Affan masih belum pulang. Mungkin mereka tidur di rumah mak mertuanya.

Zehra pergi ke dapur ingin menyiapkan sarapan buat mereka berdua. Nanti masa pergi rumah baharu, tak perlu lagi dah nak beli makan apa semua.

Lama dia berperang dengan kuali dan periuk, akhirnya dia siap juga memasak. Sarapan pada pagi itu cuma kari ikan, siakap tiga rasa dan juga air masak.

Dia nak buat air jus atau air oren, tapi bahan-bahan tak ada. Nanti la dia ajak Dhariz pergi ke pasaraya untuk membeli air sunquick dengan buah-buahan.

Dia pergi ke ruang tamu untuk mencari bayang Dhariz. Dia nampak Dhariz sedang bermain telefon pintarnya. Zehra pergi ke arah Dhariz lalu dia menepuk perlahan bahu suaminya.

"Makanan dah siap. Jom la makan," ajak Zehra. Dhariz hanya menganggukkan kepalanya dan dia mengikut langkah isterinya ke ruang makan.

Dhariz mengambil tempat dan Zehra mencedokkan nasi untuk Dhariz. Tidak dilupakan juga air masak dituangkan ke dalam cawan milik Dhariz. Kemudian dia berikan air tersebut kepada Dhariz.

Zehra melabuhkan punggungnya dan dia melakukan perkara yang sama. Dengan bacaan basmallah, mereka makan dengan senyap. Tak baik makan sambil bercakap.

Selepas habis makan, Zehra mengambil pinggan dan cawan mereka yang kotor itu untuk dibawa ke dapur. Nak cuci la apa lagi, takkan nak main sabun pulak kan.

Tangannya sedang membuat kerja, tetapi otaknya memikirkan hal lain. Dia memang berharap benda tu takkan terjadi. Dia juga berdoa kak Zahra tak balik langsung.

Bukan apa, tapi siapa suruh lari dari pernikahan sendiri. Last-last dia juga yang kena jadi isteri tak rela Dhariz. Apa la nasib.

Selesai dia membasuh pinggan dan cawan, dia mengelap tangannya yang basah itu pada kain yang sedia ada di tepi singki itu. Kemudian dia menapak ke arah Dhariz.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now