𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟏𝟖

5.2K 309 34
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



DHARIZ pulang ke rumah. Anak matanya melihat jam di dinding. Sudah hampir pukul dua belas tengah pagi. Pasti isterinya sudah melelapkan mata.

Dia naik ke atas untuk membersihkan diri. Badannya pun sudah sedikit melekit. Setelah selesai dia membersihkan diri, dia keluar dari bilik air sambil tangannya memegang tuala untuk mengelap rambutnya yang basah.

Dia melihat isterinya itu sudah tertidur sambil tangannya masih lagi memegang telefon pintarnya. Tergeleng kepala Dhariz melihatnya.

Dia pergi ke arah isterinya sebelum dia mengambil telefon pintarnya lalu diletakkan di atas meja. Kemudian dia baringkan diri di sebelah Zehra. Wajah Zehra ditilik olehnya.

Wajah gadis itu sangat cantik meskipun tidak dikenakan apa-apa jenis solekan pada wajahnya. Bahkan wajah gadis itu sangat berseri macam bidadari syurga.

Zehra Mikayla bidadari dunia milik Dhariz Aydan. Zehra hanya milik Dhariz.

Tangan lelaki itu naik mengusap rambut isterinya lalu tangannya mengusap pipi gebu isterinya. Lalu tangannya ditekan sedikit pada pipi gadis itu.

Sampai sahaja di bibir gadis itu, dia memikirkan hal di rumah Puan Adorah dan Tuan Affan. Sanggup kah dia berpisah dengan gadis kesayangannya.

Dia tak sanggup tapi apakan daya. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia lemah sangat. Kata-kata Puan Adorah membuatkan dia termenung.

"Mama nak kamu kahwin jugak dengan Zahra. Mama tahu kamu tak sentuh Zehra lagi kan?"

kata-kata itu bermain dibenaknya. Sekali lagi dia tidak boleh melawan kata Puan Adorah.

'Maafkan aku Zehra. Aku tak mampu nak pertahankan rumah tangga kita,' kata hati kecilnya.

Sungguh dia tidak mahu Zehra tersakiti lagi. Hatinya sakit melihat layanan keluarga isterinya melayani Zehra. Mereka layan Zehra seperti orang gaji.

'Aku tau apa yang aku buat ni mungkin kau akan sakit, tapi percaya la, aku sayangkan kau Zehra.'

Hatinya yang baru saja ingin menerima Zehra dalam hidupnya runtuh kerana kehadiran kakak Zehra, Zahra Aleysha.

'Aku tak boleh janji Zehra yang aku akan sentiasa ada disisi kau,' hatinya sakit melihat penderitaan isterinya.

Makin lama matanya sudah memberat sebelum lena menjemputnya.



Makin lama matanya sudah memberat sebelum lena menjemputnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now