𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟐𝟒

4.6K 246 8
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





"JAGA diri. Duduk je dalam rumah diam-diam faham?" Zehra menganggukkan kepala tanda faham. Lalu tangan suaminya diambil dan dicium olehnya.

Kemudian dahi Zehra dicium oleh Dhariz. Zehra melambaikan tangannya kepada Dhariz. Dhariz membalas lambaian tersebut.

Sebaik saja kereta mewah milik Dhariz meluncur keluar daripada rumah, Zehra menghantar bayangan kereta suaminya dengan mata.

"Oh my god tengok lah siapa kat sini," ujar Zahra secara tiba-tiba itu membuatkan Zehra berpaling ke arah Zahra.

"Berani kau eh perempuan rampas kekasih aku," sambil berkata tangannya juga menunjal-nunjal kuat kepala Zehra.

"Sejak bila Zehra rampas? Kalau bukan sebab kakak lari, Zehra takkan kahwin lah dengan Dhariz," jawabnya. Kalau bukan sebab kak Zahra larikan diri masa hari nikah mereka, tak adanya dia nak gantikan kakaknya.

"Mentang-mentang lah kau kahwin dengan kekasih aku lepastu nak berlagak pulak wah," katanya lalu dia menepuk tangan.

Zehra memandang memandang wajah kakaknya. Entah kenapa mereka semua bencikan sangat padanya.

Tetapi dia sedar, dia tak sempurna macam kak Zahra. Apa yang gadis itu ada dia tiada. Tapi itu bukan tiket untuk kakaknya jatuhkan dia.

"Kenapa Zehra nak berlagak sedangkan Dhariz dah jadi suami sah Zehra," dengan nada yang tenang Zehra membalas.

"Kau," anak matanya mencerlung tajam ke arah wajah Zehra sebelum tangannya laju menarik rambut Zehra.

Zehra yang tak sempat berbuat apa terus mengerang kesakitan. Wajah Zahra waktu itu memang puas sangat.

"S–sakit kakak," tangannya cuba untuk melepaskan tangan Zahra dari rambutnya. Sakit dia tak payah cakap lah.

"Padan muka kau, ni baru sikit budak tak guna," selepas itu Zahra ketawa persis orang gila.

Hampir saja Zehra menitiskan air jernihnya. Kenapa mereka nak sangat jatuhkan dia.

Sedangkan hidup dia selama ni memang dah terseksa. Mungkin mereka mahu dia mati dulu baru hati mereka semua tenang.

"Kenapa korang semua benci sangat dekat Zehra?" tanya dia dengan tersedu-sedan. Dia hampir ingin berputus asa dengan kehidupannya.

Dia cuma nak tahu kenapa semua orang tak suka dia. Itu saja. Zahra pandang Zehra sambil tersenyum sinis lalu dia menjawab.

"SEBAB KAU PEMBAWA MALANG. KAU ANAK YANG TAK BERGUNA DALAM KELUARGA NI!" bahu Zehra sedikit terhinjut akibat jerkahan Zahra. Kelopak mata Zehra semakin berair sebelum ia jatuh menyembah lantai.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now