𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 | 𝟏𝟔

5K 266 10
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



DHARIZ yang sedang membuat kerja itu terhenti tatkala seseorang menelefonnya. Tangan Dhariz mengambil telefon pintarnya itu sebelum dia mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat nama si pemanggil.

"Assalamualaikum siapa ni?" Dhariz terlebih dahulu berkata. Orang nak buat kerja pun tak senang.

"Waalaikumussalam Riz ni mama la," ujar mak mertua Dhariz, Puan Adorah. Dahi Dhariz berkerut seribu. Dah kenapa pula mak mertua dia call dia masa dia sedang bekerja.

"Kenapa mama call Dhariz tiba-tiba ni?" tanya Dhariz. Malas nak berkhadimah terus dia tanya straight to the point.

"Mama nak kamu datang rumah mama malam ni boleh tak? Mama ada buat makan-makan," balas Puan Adorah. Dhariz berkira-kira sama ada mahu pergi ataupun tidak.

"Kalau Riz nak bawak Zehra sekali boleh tak?" kalau dia tak bawa Zehra sekali, nanti apa pula kata Zehra.

"Ala tak payah lah bawak budak bodoh tu," ujar Puan Adorah. Menyemak saja kalau Zehra datang ke rumahnya.

"Malam ni Riz pergi. Ouh ya, makan-makan tu mula pukul berapa?" memandangkan dia rasa hormat terhadap Puan Adorah semestinya dia pergi.

'Maafkan aku Zehra tak bawak kau pergi rumah keluarga kau,' kata hati kecilnya.

"Nanti Riz datang lah dalam pukul sembilan lebih macam tu. Mama tunggu tau," kata Puan Adorah lalu dia mematikan panggilan tanpa sempat Dhariz membalas.

Dhariz melihat telefon pintarnya yang sudah gelap itu. Tangannya meraup rambutnya ke belakang. Kenapa mak mertuanya menghubunginya secara tiba-tiba?

Dia nak sambung kerja pun terganggu kerana mak mertuanya. Nasib baik lah hari ini tiada perjumpaan dengan client.

Tetapi dia pelik. Kenapa mak mertuanya tidak benarkan dia untuk bawa Zehra datang ke rumah mereka? Kalau ye pun tak suka jangan lah sampai nak sisihkan dia.

Serabut. Itu yang dirasakan olehnya sekarang. Tangannya mengemas semua kertas di atas meja kerjanya yang bersepah itu. Dia nak pulang ke rumah dan berehat.

Nanti petang dia fikirkan semula. Dia rasa serba salah apabila tidak boleh membawa Zehra untuk berjumpa dengan keluarganya.

Setelah selesai mengemas kesemuanya, dia mengambil kot kerjanya lalu dia letak pada lengannya. Dia melihat bilik kerjanya buat kali terakhir.

Dia tidak suka melihat bilik kerjanya yang bersepah sebelum dia pulang. Dia akan mengemas kesemua barangnya lalu diletakkan di tempat yang asal agar nampak kemas.

Setelah semuanya nampak kemas, dia pun menutup pintu kerjanya lalu dia pun keluar dari perkarangan pejabatnya.

Dia mahu bermanja dengan Zehra. Dia mahu merehatkan diri seketika sebelum dia pergi ke rumah keluarga Zehra.

Dhariz Mikayla | EDITINGWhere stories live. Discover now