B A B 4

2.3K 169 2
                                    









PENUH sabar Nuffaiq menunggu Iqra yang sedang berteleku di depan pusara anaknya. Sekarang baru Nuff faham perasaan para ibu bagaimana sakitnya bila susah payah mengandungkan anak sendiri tetapi tak sempat pun melihat wajahnya.

Ralatnya Iqra rasakan bila melihat pusara kecil ini. Lemahnya dia sebagai ibu untuk mempertahankan satu nyawa yang tidak berdosa.

"Shhh, ayah angkat saya cakap Muhammad tengah bermain di taman syurga. Don't be sad Iqra Maysa" pujuk Nuff yang tidak mahu Iqra terus tenggelam dalam rasa sedih.

"Saya ni ibu yang lemah ke?. Saya gagal lindungi bayi saya" tutur Iqra tenggelam timbul suaranya.

"I think you're mistaken Iqra Maysa. You're the most strongest women ever. Even my mom, she couldn't do what you could do. Muhammad is lucky to have you as his mom. Trust me," Nuffaiq meyakinkan Iqra lagi sekali.

"Awak ni siapa sebenarnya encik Heidi Nuffaiq?" Soal Iqra tiba-tiba saat dia bangun dan berdiri menghadap lelaki tinggi lampai itu.

"Siapa? Siapa maksudnya?" Nuffaiq tidak begitu faham dengan soalan yang diajukan padanya.

"Kenapa awak tiba-tiba muncul dan banyak hulurkan pertolongan untuk saya? Awak ada muslihat ke?" Tuduh Iqra menyerkap jarang.

Nuff buat muka terkejut dan terus menggeleng kepala.

"Astaghfirullahalazim, tak baik tuduh saya. Salah ke saya nak tolong awak?" Tanya Nuff sambil mengekori langkah Iqra.

"Tak salah, tapi...ish!" Iqra menjatuhkan bahunya. Putus asa mahu terangkan pada lelaki yang tak pakar bahasa melayu ni. Karang dia cakap lain Nuffaiq faham lain.

"Finish your words please,"

"Kalau saya cakap pun, encik Heidi bukannya faham. Tak apalah, lupakan" balas Iqra bercelaru.

Tengoklah Nuffaiq sekarang. Muka mat saleh habis, tapi dengan baju melayu teluk belanganya dengan sandalnya hish! Macam model tak siap. Dengan muka blurnya lagi.

Ergh...

Masuk saja ke dalam kereta, Nuffaiq menyuruh Iqra membuka dashboard kereta. Satu beg kecil diambil.

"Ini apa pula encik Heidi?" Tanya Iqra seram sejuk.

"Buka lah, itu harta you" arah Nuffaiq.

"Jangan-jangan encik Heidi ni nak jadikan saya keldai dadah. Stop! Saya taknak, saya nak turun dari kereta ni!" Iqra tiba-tiba kalut mencabut tali pinggang keledar.

Zaman sekarang, semua orang tak boleh dipercayai. Silapnya dia, boleh pula pergi ikut si mat saleh celup ni ke sana ke mari.

"Astaghfirullahalazim, Iqra Maysa wait!" Mujur tindakan Nuffaiq mengunci pintu kereta lebih cepat.

"Apa ni?! Bukalah!" Iqra memberontak mahu keluar.

"Oh my god, stubborn woman tch!"

"Aduh! Sakitlah!" Aduh Iqra saat dahinya dijentik boleh tahan kuat oleh Nuffaiq. Sabar saja lelaki itu dengannya.

"Ini barang you Iqra Maysa. Kalau you taknak, I boleh gadai" kata Nuffaiq.

Teringatkan sesuatu, terus Iqra jadi normal kembali dan perlahan-lahan membuka isi beg tersebut. Rupa-rupanya itu barang kemas yang diberikan mama buatnya. Bibir Iqra menggeletar menahan tangis. Dibawa barang kemas tersebut ke dadanya.

"Mama..."

Nuffaiq diam membiarkan Iqra begitu tanpa berniat untuk menyampuk.

"Turunkan saya dekat sini encik Heidi?" Pinta Iqra dengan wajah yang merah.

"Why?" Nuffaiq semakin pelik.

"Saya tahu encik Heidi ni lelaki yang baik. Encik lelaki yang paling baik yang pernah saya kenal. Terima kasih banyak atas bantuan encik selama saya terlantar tak sedarkan diri di hospital. Semoga Allah swt sahaja yang mampu membalas jasa baik encik. Saya harap setakat ini saja tempoh perkenalan kita, inshaallah, ada rezeki kita jumpa lagi. Saya dah taknak susahkan encik lagi. Biar saya bawa haluan saya sendiri. Assalamualaikum—"

"Waalaikumsalam. Wait Iqra Maysa!" Halang Nuffaiq.

"You dah habis cakap panjang kan even I tak faham sangat apa you cakap. Sekarang, ikut I balik rumah keluarga angkat I dulu. Dekat sini bahaya. Hutan kiri kanan. Kalau kena rompak macam mana? I, kalau orang tak dengar cakap I lepastu accident, I taknak dah tolong" kata Nuffaiq. Lebih kepada mengugut secara halus.

Iqra merengus kasar dan memeluk tubuh sendiri.

"You ada RM300 cash?" Tanya Nuffaiq tiba-tiba.

Iqra geleng kepala saat menoleh ke arah Nuffaiq. Kenapa? Nuffaiq dah mula meminta dibalas budi ke?

"Kalau tak ada, pakailah seatbelt. I tak suka membazir bayar saman orang," kata Nuffaiq selamba.

Iqra rasa tersindir. Dia menjeling lelaki itu geram. Menanglah tu.

Tengok tu, lagi sekali Iqra mendengar cakap Nuffaiq tanpa dibantah-bantah. Siapa Heidi Nuffaiq ni? Ilmu apa yang lelaki ini guna pakai sampaikan Iqra boleh percaya dengan mudah saja?




















TBC.
25022023

Tawaran Cinta (EBOOK)Where stories live. Discover now