B A B 8

1.8K 138 1
                                    



This chapter fefeeling nustan u hshshshsh.



.
.
.
.




SEBUAH MPV hitam kilat memasuki perkarangan rumah encik Johar dan puan Asra. Encik Johar keluar untuk melihat siapakah gerangannya.

Turun seorang lelaki berkemeja biru lembut dan diikuti seorang wanita berbaju kurung moden dan berselendang menutup kepala. Segan encik Johar jadinya.

"Assalamualaikum, Johar bin Sha'ari ke ni?" Tanya Dato' Firdaus lalu menyua tangan mahu bersalaman dengan tuan rumah.

"Ya, saya Johar. Cari siapa ya?"

"Mama? Papa?" Muncul satu suara dari belakang.

Sungguh terkejut bukan kepalang saat melihat tetamu yang diterima ayahnya hari ini. Seluruh tubuh Iqra Maysa menggeletar.

"Iqra anak mama...." Datin Marlia memanggil pilu.

Sudah genap setahun dia dipisahkan dengan anak perempuannya ini. Allah saja yang mengetahui hati si ibu yang terlalu merindukan si anak yang lama pergi membawa diri.

Takut-takut Iqra melangkah mendekati Datin Marlia. Dia menjeling ke arah papanya yang hanya diam memerhatikan dia dengan pandangan yang serius.

Takut.

Tanpa menunggu lama, Datin Marlia terus menarik tubuh Iqra dan memeluk anaknya itu erat. Sayu suasana tika itu. Encik Johar dan Puan Asra pun tersentuh melihatnya.

Di ruang tamu yang berukuran sederhana luas itu, Datin Marlia tidak lepas dari membelai Iqra. Rindu pada anaknya itu tak terungkal dek kata-kata. Iqra semakin kurus. Pipi anaknya pun sudah sedikit cengkung. Apalah yang Iqra Maysa lalui sebelum ini. Tidak boleh dia bayangkan akan nasib anaknya itu.

Pandangan Datin Marlia melorot jatuh ke perut Iqra. Baru teringat...

"Baby Iqra dah tak ada, Muhammad dah pergi. Iqra pun tak sempat tengok dia mama" bagai mengerti maksud pandangan mamanya itu, Iqra Maysa menjawab.

Pipi Iqra diusap penuh kasih.

"Tak apa ya sayang? Iqra dah redha kan?" Iqra pun mengangguk laju.

Datin Marlia berbisik perlahan pada Iqra. Iqra geleng kepala dengan mata berair.

"Iqra takut,"

"Mama ada, ayah dengan mak pun ada. Pergilah" pujuk Datin Marlia barulah perlahan-lahan Iqra bangun dan berjalan menghampiri Dato' Firdaus yang sedari datang tadi diam mengunci mulut.

Teragak-agak Iqra mahu duduk melutut di hadapan Dato' Firdaus. Mata pula langsung tidak lepas memandang wajah si bapa yang kelihatan beku saja dari tadi.

"Pa...papa?" Terketar-ketar tangan itu mengambil tangan papanya yang rapat di atas paha.

Sejuk sungguh tangan Iqra Maysa waktu itu. Seperti baru lepas direndam dalam ais batu.

"Pa-papa sihat?" Mata Iqra sudah bertakung dengan air mata. Lama dia tak menyentuh tangan tua yang sudah banyak mencurahkan kasih sayang padanya sebelum ini. Tangan yang sudah bersusah payah mencari rezeki menyara keluarga.

"Sihat" jawab Dato' Firdaus sepatah. Wajahnya masih serius. Namun hidungnya sahaja berubah kemerahan.

"Alhamdulillah," Iqra tunduk dan pegangan tangannya semakin dieratkan.

"Iqra Maysa anak manja papa, sihat?" Melingas Iqra memandang wajah papanya dengan mata yang merah berair. Iqra mengangguk laju.

"Sihat...sihat, alhamdulillah" tidak henti Iqra mengangguk dan mengemam bibir menahan dari teresak menangis.

Setitis air mata tua itu menitis dan terus Dato' Firdaus menarik tubuh Iqra ke dalam pelukan hangatnya. Pelukan yang penuh kasih dan sayangnya seorang bapa kepada anak perempuan.

"Maafkan papa sayang, maaafkan papa. Papa jahat dengan Iqra, papa dah pukul Iqra, papa buang Iqra, papa kejam dengan anak papa sendiri selama ini. Maafkan papa. Maafkan papa..." Dato' Firdaus melepaskan tangisan kekesalan di bahu anaknya.

Iqra tidak dapat berkata-kata. Hanya tangisan yang tak berlagu saja yang mampu. Teresak-esak dia menangis.

"Pa..pa, t-tak salah...ja-jangan minta ma..af de-dengan Iqra" tersedu-sedan Iqra Maysa berkata.

"Papa terlalu ikutkan rasa marah papa, maafkan papa ya?" Iqra angguk laju. Lagi pun dah lama maafkan papanya.

Semua yang melihat babak bapa dan anak itu, mereka pun menangis. Encik Johar dan Puan Asra tumpang bahagia melihat hubungan keluarga Iqra semakin membaik.

Alhamdulillah....













"SIAPA Heidi Nuffaiq tu Iqra?" Tanya Datin Marlia ingin tahu. Iqra tegak terus badan saat mendengar sebaris nama itu. Jemarinya diramas perlahan. Berkira-kira nak bagitahu mamanya atau tidak.

"Iqra ada apa-apa ke dengan dia?"

"Di-dia, tunang Iqra" jawab Iqra perlahan saja suaranya sambil mengangguk mengiyakan soalan mamanya itu.

"Really? Anak mama dah bertunang?" Datin Marlia mula teruja sedikit. Iqra jeling ke arah Dato' Firdaus yang turut tersenyum nipis padanya.

"Heidi Nuffaiq tu Caspian Heidi cucunda Tun Hawa?" Tanya Dato' Firdaus.

"Ya, dia tunang Iqra" jawab Iqra lagi.

Di dalam hati sempat berdoa, janganlah orang tuangnya menghalang hubungan mereka. Teringat kata-kata Heidi Nuffaiq sebelum ini, dia takut kalau lelaki itu berjumpa dengan papanya betul-betul merayu supaya merestui hubungan mereka.

"Dia dah masuk islam?" Nampaknya, Datin Marlia saja yang agak ketinggalan bas di situ.

"Ya mama. Dari awal, Heidi yang dah banyak tolong Iqra dan tumpangkan Iqra di sini, rumah mak dengan ayah dia. Dia juga satu-satunya lelaki yang terima segala kekurangan Iqra. Sepanjang Iqra tinggal dekat sini, Heidi tak pernah ambil kesempatan pada Iqra walaupun ada je ruang kalau dia nak buat sesuatu yang tak baik pada Iqra. Mama, papa, Iqra merayu jangan halang Iqra kalini ya? Iqra yakin dengan keputusan Iqra untuk bersama dengan Heidi Nuffaiq. Please?" Pinta Iqra Maysa penuh pengharapan.

Kedua orang tua Iqra serentak mengangguk faham. Mereka izinkan kalau itu permintaan anak mereka. Lagipun, Dato' Firdaus yakin yang Nuffaiq mampu menjaga puteri mereka itu sebaik mungkin.

"Thankyou papa,mama" Iqra memeluk Datin Marlia disebelahnya sebagai tanda berterima kasih.

Tanpa mereka sedari, ada sepasang telinga yang dari awal lagi mencuri dengar perbualan anak-beranak itu dari luar rumah.

Heidi Nuffaiq senyum puas. Akhirnya, Iqra berbaik juga dengan si bapa setelah setahun mereka berpisah. Bangga juga dia dengan keberanian Iqra Maysa yang berani memberitahu tentang Nuffaiq sebagai tunangnya.

That's my girl.....

Nuffaiq berjalan ke pintu dapur dan masuk ke dalam rumah. Biar semua orang tak tahu yang dia sebenarnya sudah pulang. Heheh.





















TBC.
27022023

Tawaran Cinta (EBOOK)Where stories live. Discover now