B A B 7

1.8K 148 4
                                    









BILIK berdinding kaca yang terdapat tag keemasan BOD itu diperhatikan kosong. Heidi Nuffaiq tersengih sinis sebelum masuk ke dalam. Hajatnya besar datang ke mari hari ini. By hook or by crook, Nuffaiq nak selesaikan semuanya.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumsalam, Cas—"

"I'm Heidi Nuffaiq, Dato'," perbetul Nuffaiq segera sambil tersenyum.

"Heidi Nuffaiq?" Soal Dato' Firdaus seakan tidak percaya. Nuffaiq mengangguk meyakinkan lelaki yang lebih kurang sebaya dengan bapamya itu.

"Alhamdulillah, syukur uncle dengar berita baik ni" Dato' Firdaus senyum puas.

"Alhamdulillah,"

Dato' Firdaus memandang pemuda kacukan itu tidak lepas. Kacak sungguh cucu sulung arwah Tun Hawa ni. Cukup segala-galanya.

"Lama kita tak bersua, Nuffaiq sihat?"

"Alhamdulillah, sihat uncle. Terlebih sihat sekarang. Uncle sihat?" tambah Nuffaiq sambil senyum.

"Sihat juga alhamdulillah, sihat cara orang yang sebaya uncle lah" selepas itu, suasana sedikit janggal.

Hajat Nuffaiq ke mari bukan soal perniagaan. Macam mana nak mula ya?

"Saya datang bawa hajat, uncle" berani juga Nuffaiq bercakap terus terang.

"Oh really? Apa hajatnya tu Faiq?"

"It's about, Iqra Maysa" Jelas Nuffaiq tenang.

Jelas tika itu, wajah Dato' Firdaus sedikit berubah namun cepat-cepat dikawal.

"Who's she?"

"Your daughter" jawab Nuffaiq penuh keberanian.

"Uncle rasa, Faiq silap orang. Uncle tak ada anak perempuan. Ahnaf Mirza satu-satunya anak tunggal uncle" Begitu sekali Dato' Firdaus membenci anak sendiri.

"Iqra Maysa binti Mohd Firdaus, she's your biological daughter. You shouldn't do that. Iqra Maysa tak bersalah dan dia tak layak dihukum macamni sekali oleh keluarga dia. The things you should do is trust her, uncle. Trust her" ujar Nuffaiq lantang.

"Faiq nak apa sebenarnya daripada uncle?" Soal Dato' Firdaus.

"Iqra Maysa. Saya bakal suami Iqra Maysa binti Mohd Firdaus. I want your daughter to be my wife" senafas Nuffaiq berkata.

"Uncle harapkan Faiq jumpa wanita yang lebih baik dan sempurna daripada budak tu. Dia dah palit najis pada nama keluarga—"

"Untuk pengetahuan uncle, ayat seperti yang uncle cakap pada saya ni saya dah pun larang Iqra Maysa dari bercakap di hadapan saya. Dia anak perempuan yang dah banyak berkorban untuk keluarga. Dan kalau uncle nak tahu..." Nuffaiq mengetuk meja kayu jati itu menghasilkan satu irama.














           "AWAK pergi mana Heidi Nuffaiq?!" Marah Iqra dengan wajah yang menyinga. Wajah Nuffaiq berdarah sana sini dan bengkak teruk sekali. Dek geram yang tak berketepian, Iqra menekan luka tepi bibir lelaki itu sehingga Nuffaiq menyeringai kuat.

"Sakitlah Iqra Maysa!" Ya Allah, sabar je lah dengan manusia cantik di hadapannya kini.

"Kenapa muka awak macamni?!"

"I accident" tipu Nuffaiq seraya membuatkan Iqra ketawa mengejek.

"Awak ingat, saya ni budak 5 tahun? Tak reti nak bezakan cedera kena pukul or cedera accident hm?" Iqra tatap mata zamrud itu dalam-dalam.

"You tu faham tak istilah kemalangan? I ni ditimpa kemalangan lah kalau you nak tahu. You ingat kalau accident tu dengan kereta je ke?" Bidas Nuffaiq semula. Penuh kesabaran. Cakap dengan manusia cantik kena sabar....

"Habistu? Muka awak kenapa? Cuba cakap dengan sa—"

"Tak ada apalah cinta, I geram tengok muka I sebab tu I belasah. Baru perasan I ni handsome juga right?" Hah sudah, masuk bakul angkat sendiri pula.

"Euwww Heidi Nuffaiq! Perasannya..." Iqra buat muka geli.

"Ye lah, I ni perasan je lebih. Tak ada lah handsome mana. Handsome lagi Farid anak pak Aziz yang suka main moto depan kampung tu ha" Nuffaiq sudah mula drama swasta gediknya.

Anoyying tahap cipanzi.

"Cakap mengarut lah dia ni. Tunggu, saya ambilkan kelengkapan nak cuci luka awak ni"

"Mak dengan ayah mana, love?" Terus pipi Iqra merona merah.

"Err ayah pergi surau, mak ada dalam bilik. Solat agaknya" jawab Iqra gementar.

"Okay," lega sebenarnya bila Iqra tidak banyak soal lagi. Patuh saja gadis itu ke dapur.

Selamat kau Faiq!
























TBC.
26022023

Tawaran Cinta (EBOOK)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora