Title: Tawaran Cinta Date: 24 February 2023 Status: Completed Tags: Short story, romance, general fiction "Hidup sebagai anak buangan itu menyakitkan"- Iqra Maysa "I dah pernah rasa sakit tu Iqra"- Heidi Nuffaiq Iqra Maysa tidak meminta lebih. Cukuplah dengan mendapatkan semula kepercayaan daripada Dato' Firdaus. Dia rindukan kasih sayang orang tuanya. Apa yang jadi dulu, bukan silapnya. Iqra berani bersumpah. Hadirnya Heidi Nuffaiq, si jutawan muda yang dengan baik hatinya mahu menemani Iqra sewaktu dia kesunyian. Namun lama-kelamaan, niat baik Heidi itu berubah pula. Mahu menemani Iqra Maysa sehingga hari tua. "Ahnaf Mirza satu-satunya anak tunggal uncle"-Dato' Firdaus "Saya bakal suami Iqra Maysa binti Firdaus"-Heidi Nuffaiq Selepas beberapa bulan mereka berumah tangga, satu kebenaran terungkap. Musnah semua impian Iqra. Wanita itu jatuh tersungkur. "Kau lelaki jijik! Aku benci kau Heidi Nuffaiq! Aku benci kau!"-Iqra Maysa "Hukumlah I semahunya Iqra, bencilah I sepuasnya. Tapi jangan pergi dari hidup I. I merayu..."-Heidi Nuffaiq Siapa yang pertama mencipta harapan dan siapa yang terlebih dahulu memusnahkan impian? Iqra Maysa dah terlalu penat. Macam-macam yang dia hadap. Lebih banyak duka daripada suka. Dapatkah Nuffaiq membaiki semula apa yang sudah musnah? Atau membiarkan saja lalu memilih jalan hidup masing-masing?