Chapter 22

734 36 4
                                    

"Well, this is a mafia life. What can we do? And you"...dia- sebagai Tyler- memandang tajam ke arah aku dan tanya"...you already know that this is no normal family right, Alora Katz? Or should I call you Moon Ae-Cha?"

And he ended that sentences with a scary smirk on his lips.

___

"Alora sweetie, you think I don't know you are a clever girl huh? And you think I don't know that kau..." Tyler mendekatkan dirinya ke arah aku "...sengaja biarkan kau bocor, sebab kau nak keluar dari mansion kan?"

Udara di sekeliling aku terasa semakin sejuk, namun rasa itu bukan datang dari aircond, tapi dari Tyler. Walaupun dia tengah tersenyum, namun aku rasakan lelaki ni, boleh membuatkan aku cakap semua benda yang aku fikirkan.

How come I don't know this is an abnormal family?

___

Flashback...

(Chapter 8-9)

Aku terus berlari masuk ke dalam bilik aku apabila aku sudah dapatkan phone aku.

Aku memasukkan kata laluan phone aku. Apabila screen phone dah unlock, aku terus membuka google map untuk tengok lokasi semasa aku. Tapi, apa yang mengejut adalah apabila lokasi menunjukkan bahawa sekarang, lokasi aku adalah di dalam hutan.

Hutan? No way, takkan rumah sebesar alam ni dalam hutan? Ke aku dah masuk alam bunian?

Namun, setelah aku periksa lokasi aku, masih sama. Aku sekarang berada di dalam hutan dan jalan raya yang terdekat berada 5 km dari lokasi semasa aku.

Aku terus membuka google dan menaip 'Katz Mansion'. Namun, apa yang keluar hanyalah maklumat tentang rumah yang bukan di mana aku memetap. Aku terus delete search aku dan menaip 'Raphael Katz'. Hampanya, tiada satu pun maklumat mengenai Mr.Katz yang aku maksudkan.

Rasa curiga, was-was dan takut mula mengalir dalam diri aku.

Siapa diorang semua ni? Apa kaitan diorang dengan aku? Betul ke aku ada kaitan dengan Mr.Katz?

Huh... aku melepaskan keluh yang panjang. Namun, sebelum aku sempat keluar dari google, satu artikel yang tertulis di main page telah menarik perhatian aku.

[Korea] Kisah tragis perjumpaan seorang ibu dan anak perempuan di alam lain...

Tanpa membuat masa, aku terus menekan artikel itu dan membacanya selaju yang mungkin.

___

Seoul : Seorang wanita berusia 38 tahun ditemui maut di sebuah lorong gelap di kawasan perumahannya. Mangsa dipercayai dirompak sebelum ditikam dengan pisau di perut.

Pihak polis mengatakan yang mereka menerima sebuah panggilan kecemasan pada pukul 10.54 p.m oleh salah seorang penduduk di sana apabila dia terdengar suara jeritan seorang wanita.

Namun, apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, mangsa sudah tidak bernyawa dan beg mangsa tiada bersamanya.

Seminggu selepas kejadian ini pula, terdapat sebuah kebakaran yang berlaku di rumah mangsa dan mangsa bagi kes kebakaran ini pula ialah anak perempuan mangsa yang berumur 14 tahun.

Punca kebakaran dikatakan berpunca dari kerosakan pendawaian elektrik di rumah mangsa dan mengakibatkan litar pintas. Hal ini telah mendorong kepada kematian gadis berusia 14 tahun yang baru sahaja kehilangan ibunya.

Pihak polis mengatakan bahawa....

___

Aku mengekup mulut aku sendiri. Jelas terpampang bahawa rumah yang terbakar itu adalah apartment aku dan artikel ini merupakan artikel tentang aku dan mak aku.

Masa bila aku dah mati? Tarikh artikel ni memang sama dengan hari semasa aku dibawa pergi oleh Felix.

Aku terus mencari contact aku boleh aku call. Tapi aku nak call siapa? Tiada satu contact pun yang aku boleh percaya. Aku membuka app Whatsapp dan melihat ke dalam group chat kelas aku. Tiada sesiapa pun yang mention pasal kematian atau kehilangan aku. Tiada sesiapa pun yamg tanya keberadaan aku. Dan tiada seorang rakan kelas aku pun yang hantar pesanan kepada aku. Selalunya ada satu atau dua notification dari group chat kelas atau kawan sekelas aku. Tapi, whatsapp aku terlalu senyap. Macam... aku dah hilang.

Air mata mula mengalir dari mata aku. Aku tak tahu sama ada jni disebabkan sedih atau takut.

Aku mula perasan satu perkara lagi, nombor aku, email aku, semua dah lain. Mereka semua hampir sama tapi aku tahu, itu bukannya nombor dan email aku.

Phone aku kena hack ke?

Air mata aku mula menjadi semakin deras. Aku tak tahu apa yang dah jadi dekat aku. Sumpah aku keliru.

Apa yang jadi dekat aku?

Tap. Tap.

Aku mendengar suara tapak kasut dan aku tahu itu bunyi tapak kasut Mr.Katz. Kenapa dia kat sini?

Perasaan takut aku semakin tak boleh dikawal dan kepala aku sibuk memikirkan tentang alasan kalau dia tanya aku menangis.

Bunyi tapak kasut itu berhenti dihadapan pintu bilik aku. Tanpa sengaja, aku terbuat bunyi 'hiccup'. Dengan gelabahnya aku memikirkan alasan untuk diberikan kepada Mr.Katz. Aku memandang skrin telefon aku dan terus membuka game Obey Me!. Dan secara tiba-tiba, pintu aku dibuka luas.

"Alora! What's wrong?!"

Speak of the devil, Mr.Katz.

End of Flashback

____

Tbc...

Sabar eh, nanti sambung. TT

Mafia's little princessWhere stories live. Discover now