𝟒: 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀

23 5 183
                                    

PERLAWANAN tegah-menegah dimenangi oleh Aimee

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

PERLAWANAN tegah-menegah dimenangi oleh Aimee. Pakaian tambahan iaitu apron disarung ke tubuh Aimee sebagai hadiah. Bibir cawan terletak di mulut Jeno tanpa lelaki itu melakukan hirupan. Jungshin di tepi meja berdiri tegak bak tiang bendera sambil memerhatikan Aimee menyental perkakas masak dan sarapan pagi.

Dua orang lelaki itu berpandangan. Jungshin bermata kuyup. Jeno mengangkat kening. Jungshin mengharapkan usaha terakhir Jeno agar tugas mencuci diserahkan kepadanya. Jungshin tidak suka kerjanya diambil orang. Puas dia menghalang tetapi kepala Aimee kepala yang jarang ditemui.

Kepala batu. Keras. Degil.

Jeno bangun setelah air teh halia habis diminum. Dia mendatangi singki tempat Aimee menikmati tugas pertama sebagai seorang isteri di dapur.

"Aimee. Saya tahu awak pakar cuci-mencuci tapi saya kahwini awak bukan untuk jadikan awak bibik," tegur Jeno. Hilang kata-kata seterusnya apabila cawan di tangan diambil Aimee. Terus dibasuh bersih lalu ditos ke dalam ruang singki sebelah.

Jeno memandang Jungshin lalu menggeleng hampa. Harapan tersungkur di pusingan pertama, Jungshin...

Perasan serba salah bikin Aimee tidak selera makan apabila hidangan pagi siap disediakan Jungshin. Tiada satu yang kurang di atas meja. Jadi biarlah dia bereskan bahagian singki pula.

"Saya tak nak goyang kaki dalam rumah. Ayah masakkan sarapan pagi. Saya tak sempat tolong apa-apa. Ayah tu dah tua. Kena banyak berehat. Kerja macam ni biar saya buat. Kalau saya penat, saya berhentilah," hujah Aimee, ralit menghabiskan kerja di dapur.

"Saya penjaga Tuan Jeno, puan. Bukan ayah sesiapa." Jungshin kurang selesa dipanggil begitu. Jeno tidak boleh dianggap anak secara membabi buta. Aimee juga sama. Dia meletakkan rasa hormat ke atas wanita itu setara Jeno. Apa yang dibalas adalah sebaliknya. Gelaran ayah yang belum pernah dipegang secara langsung atau tidak, digunapakai Aimee.

Aimee menutup pili paip dan merenjiskan tangan yang basah ke arah singki. "Tapi Jeno kenalkan ayah sebagai penjaga. Itu dikira sebagai waris, kan?"

Perkataan penjaga dalam kamus hidup Jeno dan Jungshin adalah orang yang memelihara atas dasar keselamatan dan keperluan. Tiada ikatan kasih sayang kekeluargaan yang menghubungkan mereka. Jeno tidak pernah menganggap Jungshin sebagai ayah. Sama juga sebaliknya.

"Tak apalah, Aimee. Awak panggillah Jungshin ayah tapi bersyarat. Tinggalkan tugas-tugas ni. 20 tahun dia bekerja sebagai pembantu dan penjaga. Belum pernah ada orang buat dia macam ni. Jangan bagi dia tertegun macam orang tak ada jiwa. Naya nanti. Tanggalkan apron tu. Bagi balik dekat Jungshin." Jeno terpaksa bertegas saat muka Jungshin bertukar mendung.

Aimee mengamati Jungshi dari tempatnya berdiri. Dia mengalah lalu dia dibawa Jeno ke ruang tamu, meninggalkan apron kepada Jungshin yang kembali bersemangat. Pantang tugasnya direbut orang!

Televisyen terpasang di ruang tamu namun rancangan pagi tidak menarik perhatian tontonan Aimee. Di tengah-tengah ruang, beberapa buah beg disusun dan Jeno duduk berhampiran beg-beg berkenaan. Dia menepuk lembut hamparan karpet, mengajak Aimee duduk di sebelahnya. Dia ingin memujuk Aimee yang tangannya antara anggota badan yang tidak reti duduk diam selain mulut.

𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀Où les histoires vivent. Découvrez maintenant