𝟔: '𝐁𝐔𝐃𝐀𝐊 𝐇𝐈𝐓𝐀𝐌'

17 4 224
                                    

HURUF menimbul membentuk perkataan

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

HURUF menimbul membentuk perkataan. Perkataan berjela-jela membariskan ayat. Ayat berpanjang-panjangan menyatukan perenggan. Gambaran kertas di skrin komputer riba kini memuatkan lima isi kandungan hasil menaip si Vivian. Dia menekan simbol noktah. Muka terus diusap sebelum menurun pada mulut yang menguap.

Jarum jam menyatakan pukul 10 malam. Waktu yang terlalu awal baginya beradu tetapi badan keletihan meminta untuk direhatkan. Anak mata dan kelopak bersetuju memanggil lena dan menjemput mimpi tetapi ditahan mentaliti yang melarang Vivian merebahkan diri ke katil. Vivian mengambil keputusan memadam komputer riba dan meninggalkan meja telaah.

Melepasi ambang pintu lalu berjalan menyusuri laluan ke ruang tamu, Vivian menemukan Hendery yang sedang membersihkan kamera DSLR. Badan kamera dibuka dan digilap mengikut cara yang betul. Tumpuan Hendery hanya pada objek tersebut di mana kemunculan adiknya di situ tidak disedari.

"Abang nak ke mana pula lepas ni?" soal Vivian kedengaran basa-basi.

Hendery separa terkejut. Vivian dipandang sebelum kerjanya disambung. "Pulau Rimba Kuning. Dekat belah timur rasanya. Kawan Ten ada buka resort. Saja abang nak pergi. Tengok apa yang menarik dekat sana."

Ditanya satu, dijawab juga satu namun ditambah sempat penjelasan lain. Vivian berpendapat abangnya bakal merangkul gelaran pelajar cemerlang bidang komunikasi media yang diambilnya sekarang. Berbaki dua semester sebelum graduasi serasa sepuluh semester menunggu Vivian di depan. Lupakan seketika tentang pelajaran. Vivian melabuhkan punggung tidak jauh daripada Hendery.

"Minggu depan ada majlis penyerahan yayasan. Sempat ke abang nak kejar? Siap nak pergi bercuti pula tu. Abang kalau bercuti tak cukup dua tiga hari." Vivian mengingatkan Hendery mengenai tanggungjawab lain yang lebih besar daripada vlog dan kamera DSLR milik lelaki itu.

"Sempat. Ini Henderylah... Risau apa? Vivian yang patut risau. Assignment dah siap ke belum? Kenapa keluar bilik?" Hendery menempelak Vivian yang kini bersandar setelah alat kawalan jauh televisyen dicapai.

"Sejak bila pula Vivian tak boleh keluar bilik? Ingat Vivian apa? Haiwan dekat zoo?" rungut Vivian, mencari siaran dan rancangan yang telah direkodkan sejak kelmarin.

"Tak kisahlah haiwan zoo atau hutan. Kalau pointer Vivian teruk, mommy daddy cari abang. Payah jaga kau ni, tahu tak?" bebel Hendery, tidak mahu memulakan pertarungan rampasan alat kawalan jauh TV. Vivian bakal memperoleh kemenangan walaupun badan wanita itu ibarat papan dan boleh terlungkup ditiup angin. Vivian bakal menyepak kamera Hendery tanpa belas kasihan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kamera terdedah seperti sekarang.

Sebelah tubir bibir Vivian menyenget ke atas. Alasan Hendery terlalu kuno!

"Abang sesedap rasa pergi bercuti. Vivian kena study sampai pecah kepala. Jangan sampai Vivian pecahkan kamera abang. Masa tu baru abang tahu apa itu belajar sampai mati." Vivian mengetap bibir dan mengangguk, kata-katanya dipersetujui diri sendiri.

𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀Kde ÅŸijí příběhy. Začni objevovat