𝟏𝟑: 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐓𝐀𝐊 𝐁𝐎𝐍𝐃𝐀

15 4 196
                                    

TERBARINGNYA seorang pelakon popular menampakkan kecederaan menimpa diri lelaki itu. Keliling katil didatangi beberapa orang pelawat. Tidak ketinggalan jururawat dan doktor yang menyelam sambil minum air. Sambil-sambil berjalan di wad kecemasan, mata mereka tertacap pada penghuni katil. Wajah Dejun diamati selagi boleh hingga ada yang tersadung di kaki katil. Hampir bertaburan peralatan merawat pesakit atas lantai.

Pengurus Dejun menutup langsir, memberi ruang privasi kepada ahli keluarga melawat pelakon berkenaan lebih-lebih jika terdapat wartawan yang pantas sahaja menerima berita. Dia mengawasi luar wad dengan persoalan yang berlegar.

Bukankah dua orang pelawat merupakan putera Antap Puspa?

"Apa nama dia...? Sayang? Yangyang? Heum?" teka pengurus, bagai bercakap melalui cermin. Adakah pelanduk dua serupa?

Untuk seketika dia memandang pembantu yang datang bersama Presiden Puppets. Pembantu itu turut mengawal sekitar agar tiada yang mengambil gambar atau merakam video.

"Tangan aku terkehel je. Korang datang sekampung macam aku koma," omel Dejun kurang selesa. Jika Yangyang turut hadir, bermakna pihak istana juga telah maklum keadaannya. Teruklah Dejun dimarahi Raja Jaejooong yang sememangnya kurang gemar Dejun melibatkan diri dalam bidang lakonan sejak dahulu.

"Kalau kemalangan ni tak disengajakan, tak ingin aku datang. Pengurus kau beritahu kami tali tu terpotong cantik. Ada orang aniaya kau. Confirm!" tekan Yangyang penuh yakin, dipersetujui sebahagian mereka yang lain.

Dejun menjeling. Dia duduk bersila sambil memerhatikan balutan di pergelangan tangan. Mengingatkan semula kejadian lewat petang tadi, Dejun agak bingung. Sebelum dia melakukan aksi terjunan, semua aspek keselamatan telah dipastikan. Bagaimana tali tersebut boleh terputus pula?

"Macam mana kau nak cuci berak nanti?" tanya Hendery lagak kasihan. Dejun menyeringai.

"Tangan aku masih berfungsi dengan baik," balas Dejun kesebalan.

"Tak ada sesiapa yang mencurigakan dekat set penggambaran?" celah Jeno, gemar mengetahui punca sebenar kecederaan Dejun daripada menatap sakit lengan si dua pupunya.

Sejak kebelakangan ini, keselamatan mereka seolah-olah sedang diancam. Siapakah orangnya? Mereka hanya fikir seorang bekas banduan.

"Marcus? Kau maksudkan dia?" tanya Dejun, tidak lagi mengusap tangan.

"Tak mungkin dia. Atuk kata pihak istana mengawasi Marcus 24 jam. Mungkin orang lain yang simpan rasa dengki dekat kau." Heum beri pendapat, mencari-cari kerusi yang membenarkan dia duduk. Hal dia menerima panggilan misteri dipendam untuk tidak menakut-takutkan mereka yang lain.

Lekas-lekas Vivian menarik sebuah kerusi berhampiran buat Heum.

Hendery memerhatikan tindakan adiknya itu. Perlukah dia menghantar Vivian pulang ke rumah orang tua mereka atau tinggalkan sahaja Vivian di bawah penjagaan istana? Kebimbangan semakin menebal dan menyempit dada.

"Vivian. Viviab kena balik rumah daddy mommy. Kamu sambung belajar dekat Malaysia. Pack barang Vivian malam ni. Abang tempah tiket flight. Esok kamu fly ke sana." Cekap Hendery buat kerja. Aplikasi penerbangan antarabangsa dibuka. Dipilih masa dan hari bagi penerbangan ke negara disebut tadi.

Harga tiket melambung sekalipun, Hendery tidak peduli. Keselamatan Vivian dititikberatkan walaupun adiknya itu bukan sasaran si Marcus.

Sepantas jari abangnya meleret skrin, Vivian mengetuk telefon hingga paparan pembelian kembali ke skrin utama telefon. Hendery menegang wajah. Tidak perlu ditanya kenapa Vivian menghalang.

𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀Where stories live. Discover now