𝟕: 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀

19 4 202
                                    

SUIS lampu ditekan, menebarkan cahaya sebuah bilik agar terang-benderang

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

SUIS lampu ditekan, menebarkan cahaya sebuah bilik agar terang-benderang. Seseorang mendatangi meja dan melihat beberapa keping gambar yang semakin digemari dan dibuat tatapan harian. Bibir dikemam rapat. Buntu bergelumang. Sukar baginya memilih puluhan foto yang diperoleh seperti sebuah koleksi. Dia duduk menopang dagu, menyetarakan anak mata pada tiap-tiap figura dalam gambar berkenaan.

"Aku pilih ni..." Sekeping gambar diambil setelah pemilihan dilakukan lagi.

"Ini..." tangan yang sama mengangkat gambar dari meja tanpa menjatuhkan pilihan pertama.

"Ini..."

"Ini juga..."

Kepingan gambar ditepuk pada tapak tangan sambil dia berjalan menuju papan gabus. Pin tajam dari bekas bulat diambil dan dilekatkan kesemua gambar mengikut susunan sebaris. Kerjanya dilakukan begitu kemas. Gambar tidak senget dan dicucuk empat pin pada setiap bucu.

Dia puas hati lalu kembali ke meja, bertentangan arah dari papan gabus tadi. Segera dia mencapai sebilah pisau tajam. Sebelah mata dipejam setelah sasaran ditentukan. Pangkal pisau bermain-main di tangan lantas ia dibaling laju secara memutar.

Pap!

"Kena pun!" rai si pelaku, menggerakkan penumbuk setelah mendapati salah satu gambar kerabat diraja dibenamkan mata pisau.

Dia menari berpusing-pusing, melayan dunianya sendiri. Apabila tubuhnya berhenti menyambut kejayaan sekecil kuman itu, dia menoleh bagi melihat semula gambar-gambar yang ada. Senyuman yang sukar ditafsir datang daripada hati yang sukar diertikan. Dia berlagu riang lalu keluar dari bilik berkenaan bersama rancangan yang sudah diatur.


"KAU serius ke?"

Mengharapkan berita tadi adalah satu canda namun wajah Hendery berkerut cemas. Begitu dia mengenali Heum, dia tahu lelaki itu jarang sekali bergurau sebaliknya sering melayan gurauan dengan senyuman murah dan tawa kecil.

Kali ini cukup berbeza. Riak Heum riak beku. Keras lidahnya setelah memberitahu sesuatu yang mendatangkan kejutan teramat buat Hendery. Bagi mengusir rasa kurang enak yang semakin menebal, Heum berjalan sambil memerhatikan haiwan di habitat yang dicipta manusia. Sesuai dengan habitat semula haiwan berkenaan.

Hendery membuntuti ke mana sahaja langkah tempang Heum tuju. Dua sepupunya seolah-olah ingin menutup terus dan membuang jauh tajuk perbualan yang dimulakan sendiri.

Melihat Heum ralit dengan kerja-kerja di zoo seperti mengesahkan tahap kesihatan haiwan yang diperiksa, buat Hendery berdepan dengan kesabaran yang menipis. Sedangkan beberapa kali lelaki beza umur dua tahun daripadanya itu mengeluh.

"Habis Heum, kita kena buat apa?" soal Hendery mendesak. Otaknya jadi serabut.

'Kena buat apa' itulah soalan paling sukar hendak dijawab. Atas keperluan dan tindakan bagaimana yang dirasakan wajar untuk dijalankan? Heum bingung. Dia hanya mampu memasang wajah tenang bak air tidak bergelora.

𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀Donde viven las historias. Descúbrelo ahora