𝟏𝟏: 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐎𝐒𝐀

20 4 208
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BURU-BURU Aimée mendapatkan kereta. Pintu bahagian penumpang depan dibuka lantas ditutup rapat. Beg dinaikkan atas riba. Aimée mengeluarkan segala alat solek yang sering dibawa tetapi jarang sekali dikenakan sebagai penaik seri wajah.

Bedak.

Eyeliner.

Pemerah pipi.

Pembayang mata.

Gincu.

Alat solek tak pernah luak malah tahan selama setahun, disusun atas dashboard. Cermin bekas bedak terlalu kecil bagi memuatkan seraut wajah Aimée, maka posisi cermin pandang belakang dilaraskan hingga menampakkan hampir segenap mukanya.

Jeno bakal muncul di sekitar lot parkir kurang sepuluh minit berdasarkan keberadaan lelaki itu di dua kilometer dari syarikat tempat Aimée bekerja. Aimée harus bersiap cantik sebelum suaminya itu terpacak tepi kereta.

Span ditempel pada permukaan bedak kemudian ditepek pada mukanya pula. Terpejam-pejam sebelah mata Aimée saat debu bedak diratakan pada kulit. Sekali pandang, Aimée seakan-akan sedang mengenyit mata tetapi entah pada siapa.

"Selesai berbedak...," kata Aimée.

"... Pemerah pipi sikit. Sikit je, Aimée." Berus menyentuh permukaan pemerah pipi ala kadar lalu dicalit pada pipi mulus. Mulut merenjong bagi menimbulkan bentuk tulang pipi. Dapatlah Aimée menikmati saat kurus keding buat seketika.

"Alamak... Terbanyak pula! Kau pakai berus atau mop ni, Aimée?" gerutu Aimée sambil bersungut-sungut mencari tisu. Dilap secara teknik dab. Helaian tisu dilihat kemudian didabkan semula pada pipi hingga hati puas.

Semasa mukanya terhasil pelbagai mimik kelakar, susuk tubuh Jeno terlihat sedang berjalan menuju ke arah kereta. Aimée kalang-kabut menyimpan alat solek ke dalam beg. Memandangkan enjin belum dihidupkan dan tingkap tidak dapat diturunkan, Aimée membuka pintu dan melambai.

"Lama tunggu?" tanya Jeno sebaik memenuhi kerusi pemandu. Sempat dia melirik pada pakaian santai Aimée. Baju lengan panjang turtleneck corak dam-dam warna biru tua dan krim serta skirt paras bawah lutut warna hitam.

"Tak. Saya baru habis kerja," jawab Aimée. Iyalah tu... Habis mengerjakan muka. Aimée mengemam mulut agar tidak terlepas cakap.

Tangan Jeno mengancip tali pinggang keselamatan manakala matanya memandang atas dashboard. Beberapa batang gincu berbeza warna disusun tegak ibarat tiang bendera. Jeno memandang pula pada Aimée yang menyisirkan rambut panjang menggunakan celah jari.

"Awak dah pakai gincu ke belum?" tanya Jeno, masih belum menyetir.

Bagai orang naif, Aimée tersenyum nipis dek soalan Jeno lantas tersedar. Tiga batang gincu diambil terus dan dibelek sekejap.

𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀Where stories live. Discover now