3

129 10 0
                                    

Tempat berkumpul Eariq dan Aryan

"Tak guna!! Kalau lah perempuan tu dengan anak dia tak masuk family aku rasanya daddy takkan sanggup pukul aku sampai macam ni, lebih baik aku mati je daripada asyik terseksa macam ni. Mummy tolong la datang ambil Eariq dan bawa Eariq sekali duduk sana bersama, Eariq dah tak sanggup nak hidup sekali bersama daddy dengan perempuan dan anak dia tu" kata Eariq sambil mengamuk dan merosakkan barang disekitarnya sendirian

Beberapa minit kemudian,

"Woyyy!! Kau punya bengap ni dah sampai tahap mana ha?! Aku tahulah kau yang paling kaya, yang paling boleh beli apa je kau nak dengan sekali petik je tapi tolong la jangan suka-suka kau je nak rosakkan barang kat sini, bukan kau sorang je yang beli semua ni guna duit kau tapi ada yang guna duit aku juga. Tahu tuan muda tapi kau jangan fikir yang kau sorang je tuan muda, aku pun sama je level dengan kau. Kau jangan sampai aku ambil spana kat bengkel kilang papa aku untuk ketuk kepala kau supaya hilang bengap tu, haishh geram aku" bebel Aryan sambil mengemas barang-barang disitu sementara Eariq diam membisu mendengar bebelan sahabat baiknya itu

"Kau ni kan aku dah cakap banyak kali kalau ada masalah terus bagi tahu aku, luah kat aku bukan dengan macam ni, tak payah gatal nak pendam bagai, macam la aku tak tahu kau tu macam mana, serius aku cakap kalau kau macam ni pon memang takde apa ke...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau ni kan aku dah cakap banyak kali kalau ada masalah terus bagi tahu aku, luah kat aku bukan dengan macam ni, tak payah gatal nak pendam bagai, macam la aku tak tahu kau tu macam mana, serius aku cakap kalau kau macam ni pon memang takde apa kebaikan pun, masalah takkan selesai, s-" sambung Aryan tetapi terhenti selepas dirinya dipeluk erat oleh Eariq lalu dengan segera dirinya membalas pelukan tersebut dan memujuk Eariq yang sedang menangis teresak-teresak didalam pelukannya, ya memang dia berasa bersalah kerana memarahi Eariq ketika itu di mana Eariq dalam masalah tetapi semua itu juga demi kebaikan Eariq sendiri. Setiap kesakitan yang dihadapi oleh akan dirasai oleh Aryan, seperti saudara sedarah tapi tidak kerana mereka hanya sekadar sahabat baik yang sentiasa memahami keadaan masing-masing

"Aku rayu sangat-sangat dekat kau Aryan tolong jangan marah dan bebel dekat aku sekarang, aku perlukan pelukan kau untuk menenangkan aku, aku sakit dan aku takut, kau jangan tambah ketakutan aku sekarang" rayu Eariq sambil menangis didalam pelukan Aryan

"Maaf, aku bukan nak marah kau saja-saja tapi demi kebaikan kau, ok sekarang aku takkan marahkan kau sampai kau dah ok baru aku sambung bebel yang tadi, sekarang kau hanya perlu tenangkan diri kau, nak peluk aku berapa lama pun ikut kau la tapi amaran aku ialah hari ni takde main motor disebabkan keadaan kau yang tak berapa baik ni, ok?" pujuk Aryan sambil mengusap pundak belakang Aryan

"Ok" balas Eariq yang berada didalam pelukan Aryan. Aryan sahabat baiknya yang sentiasa ada disisinya dan juga merupakan seorang pemberi semangat, ketenangan kepada Eariq apabila berdepan masalah. Apabila emosi Eariq dalam keadaan kacau, Aryan lah orang pertama dan satu-satunya yang dia cari untuk meluahkan kesemua yang dia hadapi dan untuk mendapatkan pendapat serta ketenangan. Aryan yang merupakan seorang abang yang bertanggungjawab dengan rela hatinya menjaga sahabatnya itu. Walaupun Eariq lebih tua beberapa bulan daripada Aryan tetapi perbezaan mereka sangat ketara dimana Aryan lebih kepada pemikiran dewasa manakala Eariq lebih kepada pemikiran kebudakkan lagi disebabkan dia kekurang kasih sayang daripada seorang ibu selepas kematian mummynya. Aryan seperti seorang abang apabila Eariq dalam keadaan kacau dan seperti sahabat baik apabila Eariq dalam keadaan sebaliknya.

 Aryan seperti seorang abang apabila Eariq dalam keadaan kacau dan seperti sahabat baik apabila Eariq dalam keadaan sebaliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Badboy-Liebe [Diterbitkan]Where stories live. Discover now