10

100 7 0
                                    

*** Selepas Eariq telah bergerak hilang sepenuhnya daripada pandangan Aryan ***

"Aku harap kau ialah jodoh adik aku , Riq , sebabnya aku dah kenal kau jadi aku tak payah susah-susah nak kenal dengan bakal adik ipar dah nanti , tapi tulah masalah kau pun terhuyung hayang merata lagi , baik kau selesaikan masalah kau dengan family kau tu baru yang lain" kata Aryan seorang diri lalu kembali masuk ke dalam rumahnya untuk menunggu pesanan Eariq

*** Di sisi Eariq ***

"Arghhh ngantuk nya!!" Kata Eariq sambil membawa motor

"Rasa malas gila nak pergi mana-mana , kalau boleh aku nak tidur je tapi tulah dah janji dan aku takut nanti aku tak boleh nak jumpa diorang dah" tambah Eariq sambil meneruskan perjalanannya

Jarak diantara rumah Aryan dengan rumah Eariq memakan masa selama satu jam untuk sampai ke destinasi jadi agak memenatkan dan membosankan sedikit

Sudah beberapa kali Eariq menguap akibat terlalu mengantuk tetapi disebabkan dia sudah dipertengahan jalan jadi dia tetap meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah. Eariq juga sudah beberapa kali terlelap ketika itu tetapi masih boleh dikawal sehingga

BUMMM!!!

Satu pertembungan yang kuat berlaku dan menyebabkan semua orang disitu sangat terkejut akan kemalangan itu dan dengan segera datang untuk membantu mangsa-mangsa kemalangan. Kemalangan itu terjadi dengan sangat cepat dimana Eariq dilanggar oleh sebuah kereta 4x4 yang keluar simpang tanpa toleh kiri dan kanan serta tidak mengikut lampu isyarat. Kemalangan ini menyebabkan bahagian hadapan kereta itu rosak teruk kerana berlanggaran dengan motor Eariq lalu batas penghadang.

Eariq? Eariq pula selepas dilanggar , dirinya terpelanting jauh daripada tempat kejadian dan menjadi separuh sedar akibat hentaman yang kuat. Walaupun Eariq membawa motor dalam keadaan yang agak bahaya akibat mengantuk tetapi dia masih sedar dan berhati-hati , tapi apakan daya "malang tidak berbau" , kita berhati-hati macam mana sekali pun kalau telah ditakdirkan mengalami sesuatu perkara itu memang takkan boleh dielakkan.

Eariq dengan ikhlas menerima takdirnya yang menjadi semakin teruk ini dan juga terima jika ditakdirkan dia untuk pergi selamanya tetapi dalam masa yang sama dia masih berharap diberi peluang untuk hidup kerana dia masih tidak puas bersahabat dengan Aryan dan masih tidak mampu membalas keinginan mummynya sebelum meninggal.

"Adik? Adik tahan sekejap ya ambulance tengah dalam perjalanan datang ke sini" kata seseorang yang datang membantu Eariq

"Nak telefon siapa ni untuk inform?" tanya orang awam lain yang sedang berbincang untuk siapa yang mereka boleh telefon untuk beritahu tentang kemalangan itu

"Kau telefon contact yang paling terbaru dalam senarai panggilan dia , mana ambulance ni , pendarahan teruk sangat ni kat mangsa" balas seorang lagi

"Itu la, ambulance tak sampai lagi , pemandu kereta tu macam mana?" tanya orang awam yang memberitahu bahawa ambulance dalam perjalanan

"Pemandu kereta tu ok je tapi tadi dia hampir nak lari tapi nasib kitorang sempat tahan dia" balas orang awam ketiga tadi

"Perempuan ke pemandu tu? Memang tak reti ke bawak kereta sampai langgar orang macam ni" balas orang awam ke empat

"Haah perempuan , itu la pasal teruk kot dia langgar sampai pendarahan teruk macam ni , dah la ambulance tak sampai lagi" balas orang awam ketiga

"Aku dah telefon yang bernama Aryan tu tapi tak angkat jadi kejap lagi la bagitahu lain pasal kemalangan ni memandangkan ambulance dah sampai" kata orang awam kedua lalu mereka segera membantu para petugas untuk membawa Eariq ke hospital

Eariq telah pun tidak sedarkan diri sepenuhnya semasa dalam perjalanan ke hospital kerana terlalu lemah akibat pendarahan teruk.

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Where stories live. Discover now