47 ♡Save Him♡

41 4 0
                                    

Eariq :

"Ya Allah kenapa ujian ku sesakit ini? Apakah aku tidak layak untuk bahagia bersama orang yang aku sayang dan cinta separuh mati? Apakah aku tidak layak untuk menjadi suaminya? Ya Allah aku sangat mencintainya sehingga aku langsung tidak mampu untuk membencinya atas kesalahan yang dilakukannya sekarang. Apakah benar dia yang salah atau aku yang salah Ya Allah. Ya Allah kau berikanlah petunjuk kepada hubungan kami ini , aku sangat buntu Ya Allah. Amiin" doa Eariq selepas dia selesai menunaikan solat Isyak kerana solat adalah tiang agama dan juga merupakan kewajipan daripada Allah SWT kepada umatnya. Dimana solat adalah merupakan rukun kedua dalam rukun islam selepas mengucap kalimah syahadah dan juga merupakan tiang agama bagi semua umat islam didunia

Dia benar-benar rasa kecewa dengan isterinya selepas melihat gambar-gambar yang dihantar oleh seseorang ketika meeting siang tadi tetapi dalam masa yang sama dia juga berasa serba salah akan tindakan dia yang melenting isterinya tanpa mendengar sedikit pun penjelasan daripada mulut Mikhayla.

Semasa dicafe tadi , hati dia tiba-tiba berubah ketika melihat wajah pucat Aus. Dia merasakan yang dirinya seakan-akan sudah menjumpai adik kandungnya ketika itu dan hatinya berasa sakit sangat melihat Aus yang sudah lemah sekarang. Dia sendiri tidak kenapa dirinya merasakan seperti itu tetapi dia terus melupakan perasaan itu akibat ego dan amarahnya

****

Mikhayla :

"Ya Allah kau lembutkanlah hati suamiku supaya sudi mendengar penjelasanku. Aku dan anakku sangat merindui sosok suamiku setiap masa. Aku dan anakku sangat memerlukannya Ya Allah. Aku sangat mencintainya Ya Allah sehingga aku tidak pernah terfikir untuk curang melainkan aku hanya ingin membantu dia bersatu kembali dengan adiknya , Aus sementara masih mempunyai waktu. Ya Allah jauhkanlah dia daripada rasa benci kepadaku kerana aku benar-benar tidak mampu untuk menghadapnya. Ku mohon berikanlah pertunjukkan dalam masalah kami hambamu ini Ya Allah. Amiin" doa Mikhayla selepas dirinya selesai menunaikan solat isyak sebelum membaringkan diri diatas sejadahnya. Sungguh dia berasa sangat penat akibat tidak henti menangis sehingga sakit pada bahagian perutnya berlarutan. Dia sangat memerlukan suaminya disisi tapi dia tahu perkara itu tidak mngkin akan terjadi. Mikhayla terus-terusan melayan kesedihannya sehingga dia terlelap berlapikkan sejadah.

****

"Maafkan Abang , liebe. Tolong bagi Abang masa untuk buat keputusan yang tepat. Tolong jangan sakitkan diri awak dan anak kita. Tolong berhenti menangis teruk macam ni lagi. Abang risau dan sakit lihat awak dan baby dalam keadaan begini. Tolong maafkan Abang sebab dah tengking awak tadi. Abang terlalu emosi dan kecewa dengan apa yang Abang baru ketahui siang tadi. Abang cinta dan sayangkan awak sangat-sangat liebe" ucap Eariq perlahan lalu dia menarik tubuh kecil yang pucat lemah itu kedalam pelukannya dan mengucup lama ubun-ubun isterinya.

Doa sebelum tidur dibaca lembut ditelinga isterinya supaya meresap masuk ke hati kerana Mikhayla terus terlena sebelum membaca doa tidur

بِسْمِكَ اللّٰهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ

Bismikallohumma ahya wa amuutu

《 Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati 》

Lalu dibacanya juga Surah Al-Imran (Ayat 192-194) sambil sebelah tangannya naik mengusap lembut perut bulat isterinya sebelum melabuhkan satu ciuman disitu.

Mereka masih tidur bersama juga kerana Eariq sendiri tidak mampu menahan dirinya untuk tidur asing dengan isterinya. Akhirnya Eariq bertemu lenanya ketika dirinya setia memandang wajah dan mengusap lembut perut isterinya yang sudah dibuai lena didalam pelukannya.

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Where stories live. Discover now