42 ♡Malam pertama♡

99 6 0
                                    

"Morning Abang , mari lah sarapan dulu. Hari ini Khayla masakkan nasi goreng favourite Abang" Khayla membuang egonya dan rela memujuk dahulu suaminya selepas perbalahan mereka semalam. Dia mengaku perbalahan itu berpunca daripadanya jadi dia yang perlu memujuk dahulu.

Ajakan daripada isterinya , Tengku Arda Mikhayla hanya dibiarkan seperti angin lalu , Eariq dengan segera mengambil kunci kereta dan terus bertolak ke syarikatnya. Tengku Arda Mikhayla sudah tidak bekerja di syarikat keluarganya atas permintaan suaminya dengan alasan mahu isterinya mempunyai lebih banyak masa dan dirinya sahaja sudah mampu menyara Mikhayla dan bakal anak mereka. Mikhayla hanya mengikut permintaan suaminya kerana apa yang dikatakan oleh suaminya adalah benar dan dia juga bila-bila masa sahaja boleh kembali bekerja kerana Alongnya sedia untuk menerima dia kembali.

Tengku Arda Mikhayla terduduk lemah di kerusi makan mereka. Dia agak terkilan dengan perbuatan suaminya tetapi dia cepat-cepat sedar bahawa perkara itu terjadi kerana dirinya yang memulakan jadi dia tidak boleh berputus asa untuk mendapatkan kemaafan daripada suaminya.

******

Malam ini Mikhayla menelefon abang sepupu kesayangannya , Tengku Adyan Mateen Bin Tengku Luth Ilham untuk mendapatkan bantuan kerana sudah 2 hari berlalu selepas pergaduhan antara dia dengan Eariq sehingga suaminya itu merajuk teruk dan dia sudah tidak sanggup untuk meneruskan suasana begitu

"Hello Abang Ayan , Khay ganggu ke?"

"Tak , why little girl?"

"Errr...Khay nak tanya lelaki yang merajuk selalunya dia terpujuk tu dengan apa?"

"Are both of you fighting?"

"Ehhh tak la sahaja tanya , Khay baru lepas baca story dekat wattpad ni dan chapter dia tergantung sebab tak complete lagi. Last chapter dekat lelaki dia merajuk dan dia cuba nak pujuk so Khay nak tahu juga dalam real life"

"You not good on lying dear. I know that you hiding the truth from me but it's ok i'm not gonna force you and for sure cara pujuk lelaki ni berbeza setiap orang. Ada yang kena bagi hadiah baru dia nak terpujuk , ada yang kena bagi kiss and hug dan ada yang kena bagi belaian dan hak dia jika dah bersuami. That's all"

Cara satu dan dua yang disebut oleh Tengku Adyan Mateen sudah dia cuba cuma yang ketiga , perkara yang membuatkan dia dalam dilema sehingga kini.

"Wow complicated ye"

"Perempuan lagi terbukti complicated daripada lelaki. Sendiri yang cari pasal akhirnya diri sendiri yang tak senang duduk bila suami palau" senada tapi betul-betul menusuk tajam ke hati Tengku Arda Mikhayla. Apa yang dikatakan Tengku Adyan Mateen memang benar menggambarkan situasinya sekarang. Tengku Adyan Mateen benar-benar hebat dalam membaca fikiran orang , tak kira melalui mata atau percakapan , awal-awal lagi dia dah kantoi. Memang layak betul dia yang jadi leader Diaz Vercetti

Tengku Adyan Mateen melepaskan keluhan berat daripada seberang sana "Pujuk la suami awak tu little girl , jangan biarkan hubungan kamu berdua dingin terlalu lama , takut akan ada yang tawar hati nanti. Cuba lupakan trauma tu , you already have a husband now and macam mana pun awak tetap hak dia yang sah. Memang dia cakap dia mampu bertahan tapi siapa tahu seorang lelaki itu menahan nafsunya macam mana , it's a bit hurt dear. Kamu berdua tu dah nak dekat setahun kahwin , esok dah anniversary kamu berdua jadi sampai bila lagi nak tahan hmm? Bagilah hadiah special dekat dia , trust me he will like it" pujuk Adyan

Hadiah special? Dia bukan bodoh untuk tidak faham akan maksud Tengku Adyan tapi dia masih dilema dan takut.

"Hmm I try"

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Where stories live. Discover now