52 ♡Obsession♡

65 5 0
                                    

"Sedap?" tanya Eariq sambil memandang isterinya yang berselera memakan waffle yang dibeli tadi didalam kereta dengan mulut yang comot. Beselera sungguh sampai tak ingat suami yang tengah mendukung kedua anak mereka disebelah ni. 

"Sedap!" balas Mikhayla gembira

"Abang nak?" tanya Mikhayla sambil menyuakan wafflenya yang satu lagi kepada suaminya. 

"Boleh juga. Abang nak rasa sebab awak kata sedap." balas Eariq lalu menggigit waffle yang disua isterinya itu

"Abang nak lagi?"

Dia berpegang dengan kata-katanya dalam melayan keperluan sumai untuk mendapat keredhaan daripada suaminya.

'Penuhkan perut suami dahulu baru perut sendiri jika mahukan keredhaan daripada suami'

_Tengku Arda Mikhayla

"Tak nak dah. Awak makanlah bagi habis" tolak Eariq lalu Mikhayla segera menyambung memakan wafflenya

Tritt Tritt

"Sapa call tu Abang?"

"Hay" balas Eariq lalu segera mengangkat call tersebut. Dia sudah berasa tidak sedap hati ketika itu.

******

"Dyan! Qan! Hay!" panggil Eariq. Dia bergegas mendapat mereka bertiga selepas mendapat berita daripada panggilan telefon tadi

"Adik aku macam mana?" tanya Eariq dengan nada yang ketar dan risau. Dia betul-betul takut sekarang jika adiknya pergi berjumpa Mummynya dahulu sebelum sempat dia meminta maaf atas segala kesalahannya

"Suhu badan dia naik mendadak tiba-tiba tadi dan sekarang doktor tengah rawat" jelas Hayyan mewakili mereka bertiga. Adyan dan Isqandar hanya mendiamkan diri mereka yang juga sedang bertarung dengan kesedihan itu

"Allah..." serentak itu Eariq jatuh melutut.Dia masih tidak bersedia untuk kehilangan adiknya lagi. 

"Abang!" panggil Mikhayla risau dengan keadaan suaminya sekarang

"Ahli keluarga Ekmal Rizqi?" celah Doktor Naqib tiba-tiba

"Saya Abang dia , doktor. Macam mana dengan keadaan adik saya sekarang?" tanya Eariq dengan nada penuh ketar

"Dia ok cuma kekurangan air sahaja. Dia dibenarkan keluar selepas selesai drip 4 botol air. Dan buat masa sekarang biarkan dia sendirian dulu" jelas Doktor Naqib. Mereka semua yang berada disitu terus berasa tenang.

"Baik doktor , terima kasih"

******

"Kau ok? Boleh jalan sendiri?" tanya Adyan memecah kesunyian

"Boleh" balas Aus lalu segera membuka langkah. Tidak sampai selangkah dia hampir terjatuh kerana tubuh dia terlalu lemah ketika itu. 

"Biar aku bantu kau. Nah kunci. Kau bawa kereta pula , Dyan" kata Isqandar lalu segera mencepung tubuh Aus. Kunci keretanya dihulur kepada Adyan yang sedang berdiri disebelah kanan Aus.

"Ok" balas Adyan lalu mengambil huluran kunci kereta daripada Isqandar.

"Ehhh Aus ok lah. Jangan susahkan diri korang"

"Diam." arah Isqandar tegang manakala Adyan memandangnya tajam. Aus serta-merta mendiamkan dirinya takut dimarahi oleh Adyan dan Isqandar.

Eariq dan Mikhayla sudah selamat sampai di cafe yang dirancang awal tadi. Hanya mereka bertiga sahaja yang menunggu Aus sehingga siap kerana tidak mahu rancangan mereka itu kantoi.

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang