Bab 2

830 92 5
                                    


"BAIK, tunggu pesanan sampai ya." Adra letakkan resit atas meja. Tersenyum lebar pada pelanggan.

Alhamdulillah. Adra lega dia dapat juga kerja walaupun dia masih di bawah umur. Dia kerja di sebuah restoran di tengah pekan Sungai Buloh. Dekat juga dengan sekolahnya. Mudah dia nak berjalan kaki.

Dia cuma dapat kerja petang dan malam. Itu pun kadang-kadang dia terpaksa tolak syif petang sebab nak siapkan kerja sekolah.

Syukur juga restoran ini bayar gaji ikut hari. Bermakna, setiap hari Adra akan dapat gaji mengikut keuntungan hari itu. Jadi Adra ada duit belanja.

Ada pelanggan baru masuk memilih meja. Beberapa lelaki tinggi yang Adra biasa lihat. Kak Jihan menyuruh Adra ambil pesanan. Adra melepas nafas, dia kenal kumpulan lelaki itu. Mereka rakan-rakan sekolahnya. Harapnya lelaki-lelaki itu tak kenal dia.

"Hai, nak pesan apa?" Adra bertanya ramah.

Tiga pasang mata terus memandang Adra. Adra gugup tapi dia cuba senyum saja.

Ini tiga lelaki yang terkenal betul dekat sekolah. Tengku Hayyan, Syed Waseem dan Darren William. Trio yang kononnya popular sebab masing-masing dari keluarga kaya. Tapi kenapa pula mereka makan di restoran ini?

Kami cuma nak minum air. Lepak kejap. Oren sejuk dekat aku." Syed Waseem dulu bersuara.

"Mangga susu." Darren angkat tangan.

"Plain water. Sejuk." Itu Tengku Hayyan.

Adra siap mencatit. "Itu saja, encik?" Soalnya dengan senyum lebar.

"Ya, itu je." Syed Waseem balas.

"Baik, tunggu pesanan sampai ya." Adra menundukkan kepala sedikit. Dia beredar. Melepas nafas lega bila trio itu tak kenal dia. Inilah untungnya bila jadi pelajar tak dikenali di sekolah.

Pesanan untuk trio itu dah siap. Adra bawakan hidangan pada mereka. Diletakkan gelas satu persatu mengikut pesanan.

Adra senyum bila selesai menghidang. "Jemput minum!"

"Thanks." Syed Waseem senyum kecil. Peramah betul pelayan ini.

Baru saja Adra nak beredar, tiba-tiba perutnya berbunyi kuat. Terbantut langkahnya. Trio itu pun mendengar bunyi itu. Tak jadi nak sambung berbual. Mereka pandang Adra.

Adra bulat mata. Dia tahu dia lapar, tapi tak sangka perutnya akan berbunyi.

Adra kalut melangkah pergi dari situ. Malunya. Dia harap trio itu tak dengar apa-apa.

Restoran sudah beransur tenang. Adra lincah ke sana ke mari mengambil pesanan. Dia tak sabar nak makan nanti. Dia tak makan tengahari sebab berjimat cermat. Jadinya dia sangat lapar sekarang.

Trio itu masih ada. Lama pula mereka melepak di sini. Ini bukan kedai mamak. Bukan restoran ternama. Restoran biasa-biasa dengan kerusi plastik saja. Aneh pula mereka ada di sini.

Selepas sejam melepak, akhirnya mereka bangun untuk pulang. Lega Adra dibuatnya. Mereka buat pembayaran di kaunter.

Selepas mereka beredar, Kak Jihan panggil dia ke kaunter. Dia ke sana.

"Ini..." Sekeping not 50 dihulur.

Adra bulat mata. "Apa ni?"

"Tips. Budak-budak helok tadi tu bagi. Diorang kata kau layan diorang tip top. Jadi diorang bagi upah."

Adra terkebil-kebil. Tiba-tiba dadanya rasa panas membakar. Kenapa gaya tu macam dia pelayan bar?

Adra pantas ambil duit tu. Kak Jihan pun terkejut. Rakus betul nak duit. Tapi Adra terus berlari keluar dari restoran. Dengan apron begitu. Dia mencari mana trio tadi.

Dia ternampak sebuah kenderaan mewah di kawasan parkir. Enjin hidup. Tapi tak bergerak. Adra biasa nampak kereta itu di sekolah. Maksudnya, kereta itu milik salah seorang trio.

Adra terus berlari ke kenderaan itu. Dia menerpa tingkap pintu belakang. Dia mengetuk-ngetuk tingkap. Menyuruh sesiapa saja di dalam membukanya. Dia tak nampak apa-apa sebab cermin gelap. Dahlah senja.

Pintu sebelah pemandu dibuka. Muncul seorang lelaki yang Adra tak kenal.

"Ada masalah apa ni?" Soal pemandu itu. Wajahnya serius.

"Maaf, majikan awak tercicir duit ini dekat restoran tadi." Adra tunjuk not hijau di tangannya. Nafasnya cungap sedikit tapi dia tetap bercakap sopan.

Pemandu itu berkerut. Dia kemudian menjenguk ke dalam.

"Tengku ada tercicir duit?" Soalnya pada orang dalam.

Adra terus dapat tahu orang di dalamnya ialah Tengku Hayyan. Adra tak menunggu lama, terus membuka pintu kereta. Alang-alang tak berkunci.

"Hei!" Pemandu itu menjerit.

Adra rendahkan badan. Terus dapat lihat Tengku Hayyan sedang duduk di seat sebelah sana. Langsung tak pandang Adra.

"Saya tak boleh terima duit ini. Maaf." Not hijau diletak atas seat.

Pemandu itu datang, menarik Adra menjauh.

"Gila ke apa?!" Marah pemandu itu.

Adra lepaskan diri dari pemandu itu. Pemandu itu bengis menatap Adra. Adra menatap tajam pemandu itu.

"Kata pada majikan awak, layanan baik tak perlu dibayar. Ianya percuma. Hanya dibalas dengan terima kasih. Jika dibayar, layanan tu tak ubah seperti layanan di bar. Saya tak terima bayaran begitu." Adra bersuara tegas. Dia tahu Tengku Hayyan mesti dengar. Pintu masih terbuka.

Adra kemudian beredar dari situ. Dia dengar pemandu itu membebel marah.

"Adra pergi mana?" Kalut Kak Jihan tanya bila Adra masuk ke restoran.

Adra senyum kecil. "Adra cuma bagi balik duit tu ke tuannya."

"Lahh... Kenapa bagi balik? Itu duit untuk Adra beli makanan lah! Tadi, yang pakai baju biru tu minta akak bagi duit dekat Adra sebab dia tahu Adra lapar. Tapi dia kata kalau dia belanja nampak pelik pulak. So dia kata anggap jelah ini upah sebab Adra layan diorang baik."

Adra terbisu. Pakai baju biru. Seorang je pakai baju biru. Syed Waseem.

"Di-dia seorang aje bagi, kak? Bukan diorang semua?"

"Taklah. Kawan-kawan dia tak tahu pun. Dia seorang je titip duit dekat akak tadi. Itu duit untuk Adra beli makan malam tau. Wah, banyak duit diorang. Macam tu je bagi rm50."

Adra kelu sendiri. Dia tekup mulut. Baru sedar dia telah buat kesalahan besar. Haa sudah. Tadi dia marah Tengku Hayyan... Padahal Tengku Hayyan tak tahu apa pun.

"Kenapa, Adra?" Kak Jihan pelik melihat Adra cuak semacam.

"Tak ada apa!" Adra terlalu malu teringat kejadian tadi, terus meluru masuk ke belakang.

Adra Hayyan (Ebook)Where stories live. Discover now