Teaser 2

778 70 0
                                    

"Mestilah

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Mestilah. Sentiasa terbuka untuk Adra."

Adra terdiam memikirkannya. Jari ditindih sesama sendiri. Jauh dia fikirkan keputusannya.

"Adra nak duduk sini?" Dek terlalu lama Adra diam, Bonda Unaisa dulu bertanya. Dia faham mungkin Adra segan mahu memberitahunya.

Adra tertunduk menekur kasut. Dia ketap bibir. Perlahan dia angguk.

"Adra nak jadi kuat tanpa orang dewasa." Adra menatap Bonda Unaisa dengan wajah tekad.

Bonda Unaisa senyum melihat keazaman Adra. Dia usap bahu Adra.

"Mahu jadi kuat tanpa perlu bergantung pada sesiapa... Itu jalan yang tidak mudah, sayang. Adra harus bergantung pada sesuatu yang sangat besar."

Adra berkerut mendengarnya.

"Adra perlu jalani proses yang sangat panjang tapi percayalah, hanya kemanisan yang Adra rasa nanti."

Adra terpinga-pinga. Dia menatap Bonda Unaisa dengan wajah bingung.

Adra Hayyan (Ebook)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang