BAB 5

853 85 0
                                    


HUJUNG minggu, Adra kemas rumah dan memasak untuk dirinya seminggu ini. Sejak tinggal sendiri, dia masak hanya pada satu hari. Satu lauk, dimakan seminggu lamanya. Kadang dimakan pagi. Kadang dimakan malam.

Ketika Adra mengemas ruang tamu, tiba-tiba pintu rumah dibuka. Terkejut Adra. Dia berpusing dengan tangan spontan menutup kepala.

Nafasnya dihembus lega bila lihat papa di pintu.

"Tak dengar ke enjin kereta aku?" Papa tanya bila Adra nampak terkejut sangat.

"Tak... Sorry. Papa kenapa datang sini?" Adra pantas bertanya. Sambil dia susun vakum ke tepi dinding. Dia tak ada masa nak basa basi dengan papa. Itu bukan caranya sejak papa dinobatkan curang lima tahun lepas.

Papa lepas nafas. Dia labuhkan duduk.

"Duduk sini. Aku ada benda penting nak cakap."

Adra duduk di sofa.

"Aku ada masalah kewangan sikit baru-baru ini. So, aku terus-terang saja dekat kau, aku tak mampu dah nak tampung makan minum kau. Juga yuran sekolah kau."

Adra diam. Dia dah dapat agak satu hari mesti akan jadi begini.

"Aku kena tanggung lima anak lain. Aku tak mampu nak tanggung kau." Sambung papa. Langsung tak berperasaan.

"Kenapa papa lebihkan mereka berbanding anak kandung papa sendiri? Adra anak kandung papa." Adra bertanya. Perlahan saja suaranya.

"Mereka semua lahir dari rahim wanita yang aku cintai. Sedangkan kau lahir dari rahim perempuan tak guna tu. Jadi, kau kena lah faham siapa aku lebih patut utamakan." Nada papa dah makin kasar.

Adra diam. Mengetap bibir. Ada satu rasa sakit menoreh dadanya.

"Dahlah. Satu lagi benda penting aku nak cakap ni, rumah ni... Aku nak jual. Jadi kau kena keluar dari rumah ini. Bulan ini last. Bulan depan kita dah ada pembeli baru."

"Papa!" Adra terkejut mendengarnya. Bergetar suaranya.

"Kau... Kau tinggal dengan mak kau yang jahanam tu. Suka hati dia lepaskan penjagaan kau dekat aku! Sukalah kan hidup dengan balak baru! Kata dekat orang curang, padahal diri sendiri lebih teruk." Papa tertawa sinis.

"Aku balik dulu. Lepas ni jangan sibuk call aku melainkan aku yang call kau. Aku settle pasal rumah, lepas tu aku tak nak tengok muka kau."

"Apa salah Adra, papa?" Adra bertanya dalam suara tertahan-tahan.

"Salah kau sebab jadi anak minah tu. Aku meluat kau tahu tak. Meluat. Tengok muka kau je dah rasa nak muntah."

Adra terkedu dengar jawapan itu. Papa dah berlalu pergi. Dibiarkan pintu terbuka.

Adra tutup wajah dengan lengan. Menahan tangisan. Akhirnya dia teresak-esak juga. Terduduk di tepi sofa. Hancur berkecai dadanya.

Adra Hayyan (Ebook)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang