BAB 4

750 83 0
                                    


KANTIN penuh. Adra dan Atikah pilih satu meja yang sama. Adra makan nasi lemak. Atikah makan mee goreng. Sedap baunya. Belum makan lagi.

Adra ada duit belanja lebih, jadi dia dapatlah makan di kantin. Dia tak makan apa-apa sejak malam semalam. Perutnya kosong, tapi dia dah biasa berlapar sejak mama papa bercerai.

Agak lucu sebenarnya. Dulu dia anak pasangan yang kaya. Papa usahawan berjaya. Mama penjual kosmetik ternama. Dia hidup senang-lenang. Sehinggalah sekarang bila mama papa bercerai, masing-masing tinggal dengan keluarga baru. Hidup senang lenang di sana. Dan Adra hidup hanya dengan duit belanja papa yang sedikit tu. Syukur jugak papa masih tanggung yuran sekolah. Kalau tak, memang pastinya Adra berhenti sekolah awal-awal. Ini sekolah kluster, yurannya saja cecah puluhan ribu setahun.

Suara berbisik teruja menarik perhatian Adra dan Atikah. Mereka pandang ke pintu masuk. Tepat jangkaan mereka, ada trio baru masuk ke kantin.

Adra terus pandang makanan. Tundukkan wajah. Tak mahu sesiapa antara tiga orang itu lihat dia di sini. Apatah lagi Tengku Hayyan. Malu teringat dia marahkan lelaki itu hari tu.

Atikah pula teruja menjamu mata. Senyum lebar. Dia antara peminat ulung trio itu. Paling dia suka pastinya Tengku Hayyan.

Trio sudah duduk di meja mereka. Mereka tak perlu beratur, ada petugas kantin yang hidangkan. Mereka anak-anak orang penting sekolah. Sebab itu dilayan istimewa. Kedengaran klise sekali.

Adra makan dengan tunduk. Sebelah tangan menutup tepi wajah. Dia cepat-cepat habiskan nasi lemak, sebelum dia bangkit dengan pinggannya.

"Eh, dah siap ke?"

"Saya pergi dulu tau. Nanti jumpa di kelas." Adra tersengih kelat. Terus mencicit lari. Harapnya selepas ini hari-hari sekolahnya akan jadi lebih tenang.

Adra Hayyan (Ebook)Where stories live. Discover now