24

10 3 62
                                    

。 . ✧ ˚˖ - ̗̀[ ikigai ] ̖́- ˖˚ ✧ . 。

⚠️warning⚠️
fiksi ini mengandungi kata-kata kasar . jika tidak selesa , maafkan saya — author🎀

"ish kayi ! itu kan sudu aku asal kau ambik ?! sudu kau kat belah kiri kau tu lahh!!" aimy memukul kuat bahu si kai setelah dapat tahu yang dia ambil sudu aimy

"alahh ! aku dah pakai yang ni! kau amik la yang lain" kata kai pula mempertahankan sudu yang dia dah guna itu

mereka berdua rebutkan sudu . padahal banyak lagi sudu depan mata

"aipp.. jangan gaduh-gaduh ! lelaki perempuan kalau gaduh, lama-lama kahwin nanti " marah nenek karina membuatkan aimy dan kai serentak terdiam .

"kau nak kawin dengan aku tak aimy ?" kai memandang aimy

"KAU AMBIK JELA SUDU TU CELAKA" amuk aimy lalu dia bangun dan duduk disebelah demian

"tch-" kai mencebik lalu dia mencucuk sudu yang dia pegang tadi ke mangkuk nasi alex yang duduk di sebelahnya

"eh celaka kau dah pakai , kau kasi aku lahanat ?!" amuk alex pula

"kau pakai la-" belum sempat kai mau menghabiskan ayatnya, karina sudah mencelah

"silap-silap korang berdua yang aku kahwinkan nanti !" amuk karina

"jangan gaduh depan makanan cu.." pesan atuk karina

"baik tok.." serentak aimy , kai dan alex

demian mengambil sudu baru dari dalam bekas sudu lalu dia mengelap sudu itu pada tisu sebelum diberikan pada aimy "nah pakai.." kata demian

"thankyouu icuki !" aimy mengambil sudu itu lalu dia bangun mahu mencedok sayur yang sedikit jauh daripadanya .

"ish.." demian menarik lengan baju aimy yang sedikit berjuntai terkena nasi lalu dia lipat sehingga ke siku kemudian dia bangun dan mendekatkan pinggan sayur pada aimy

"terima kasihh" aimy memandang demian dan demian hanya mengangguk

"tadi kamu semua ni datang naik apa ke sini ?" tanya atuk membuatkan kelima-lima mereka memandang atuk

"kami naik train tok.. lepas tu nak ke sini naik grab" jawab aaron yang duduk disebelah atuk karina

atuk hanya mengangguk

"maaf la rumah nenek ni kecik.. nanti kamu ramai-ramai tidur je dekat ruang tamu ye ?" nenek karina pula mencelah sambil mengisikan satu persatu nasi ke pinggan masing-masing

"takpe nek.. kami tak kisah.." kata demian pula

"aim.. aku sebelah kau" kai mengangkat keningnya berkali-kali memandang aimy

manakala aimy mengerutkan dahinya dengan menayangkan reaksi wajah geli .

"dia sebelah aku.. bapak dia dah arahkan dia untuk duduk disisi aku" demian mencelah

"jom aa rank subway.. siapa menang dapat aimy" cabar kai

"okay deal" demian yang pantang di cabar itu terus terima cabaran kai

"celaka aku jadi bahan taruhan" monolog aimy

"SHH !" karina memandang tajam pada demian dan kai membuat kedua lelaki itu kembali makan dengan senyap .

"kamu semua datang sini.. dah minta izin ibu ayah belum ?" tanya atuk

"sudah tok.." serentak kelima-limanya

"baguslah macam tu.. tinggal la dekat sini lama sikit.. boleh tolong atuk dekat ladang dengan kandang.." kata atok

"boleh je tok.." jawab aaron sambil menayangkan senyuman ikhlas

𝗶𝗸𝗶𝗴𝗮𝗶Where stories live. Discover now