4 : New day, New smile

16 7 8
                                    

"Selamat datang Dina!"

Masing-masing tunjuk wajah mesra dipagi hari. Kalaulah secara hakikatnya begitu, kan lebih bagus. Tak perlulah dia berpura-pura membalas senyuman palsu mereka. Sepertimana Syafiq selalu memperlakukan dirinya dan juga situasi sekarang.

"Dina, jangan lupa I punya caramel machiato, dua cawan. Tepat pukul 12 tengah hari nanti, I nak air tu ada dekat tangan. Panas-panas." Ditajamkan perkataan terakhir itu biar Dina dengar sejelasnya.

"Okay, Mia." Artis muda 21 tahun. Dari prospek pandangan Dina, Mia ini macam Ain Edruce. Tapi yang ini jenis penyeyap sikit. Tak termasuk apa-apa yang berkaitan caramel machiato.

"Dina, dino, Dina!" Panggilan mesra Madam Erita terhadapnya. Dari arah pintu kedai nyonya lama; lokasi penggambaran hari ini, hingga ke posisi Dina berdiri. Madam Erita tunjuk sikit skill tariannya.

"Yes, madam." Dina mengangkat seluar palazo pink dia hari ini paras buku lali dan tunduk hormat. Serupa cerita puteri-puteri barat zaman dulu.

"I macam biasa ya sweetheart. Kopi hitam tanpa gula. Boleh kan?"

"Boleh sangat, Madam." Senyuman manis ditayang lalu Dina melangkah pula ke kawasan pengarah dan penulis skrip. Namun terserempak pula dengan Ayunda, pelakon wanita tersopan yang Dina pernah jumpa.

"Hi, Ayunda. Hari ini you masih dengan Sirap bandung kan?" Walaupun jarak antara umur Ayunda Arwin dengannya 10 tahun, Dina sikit pun tak merasa janggal. Lagi dia suka bertanyakan pada Ayunda dari pelakon-pelakon yang lain.

"Ya, Dina. Masih sama."

Dina angguk erti dan beredar pergi. Nak tanya pula bahagian kru solekan. Tapi George, selaku penyelia skrip kedua menahan Dina dengan gulungan skrip dekat tangannya.

"Kau dah tanya semua belum?"

Dina menggeleng. "Saya baru nak pergi tanya."

"Okay, tak apa. Tunggu sini."

George mengambil pembesar suara dan berdiri di tengah-tengah halaman bunga raya rumah nyonya. "Minta perhatian. Semua kru-kru bekerja. Semua masih nak air sama kan? Teh O Limau Ais lebih?"

"Ya!" Semua kru menggangguk dan sambung semula kerja. Bagi mereka, itu saja air yang selamat. Pesan air pelik-pelik nanti mau sakit perut, lagi menempah maut.

George menepuk bahu Dina tanda setel. Bukan apa, bagi memudahkan lagi kerja Dina aje. Tak perlulah dia tengok lagat Dina ke hulu ke hilir macam ibu ayam hilang anak.

"Terima kasih..." Sejujurnya, Dina malu diperlakukan sebegitu. Kan senang kalau dirinya diterima masuk dalam group whatsapp filem ini. Namun kata mereka, Dina diterima bekerja ikut wayar atas. Siapa lagi kalau bukan dari pengarah? Shinsu Robert. Jadinya, dia dianak tirikan sehingga filem ini berakhir.

[Arfeen Azwandi] annouced to all members

Tugasan Shafika Irdina (gadis poyo)
Siapa tak setuju, mohon left.

1. Bulan Pertama :
Belikan air untuk setiap dari kita.

2. Bulan Kedua :
Turutkan apa-apa permintaan kita.

3. Bulan Ketiga :
Jadi kuli tetap Kyle Dani buat sebulan.

Ada yang tak setuju? Boleh left sekarang ya. Kekal dianggap setuju.

[R. Shinsu and 102 more seen]

Dah kalau pengarah sendiri tinggalkan pesanan seen, nak tak nak Dina terpaksa terima. Selepas duitnya habis dilabur pada Syafiq, niatnya untuk pindah ke luar negara harus diteruskan! Barulah boleh hidup sebagai wanita berdikari.

Oh, pasal Kyle Dani itu? Dina tiada komen. Arfeen menetapkan Dina sebagai kuli tetap Dani selama sebulan disebabkan dia tahu, Dani rimas dengan orang baru. Jadinya, Dina dapat diperlekehkan lagi. Tapi, itu cuma andaian semata-mata. Belum terjadi lagi.

"Rafael, ni air teh o ais limau you."

Dina menghulur sebaik saja dia hampir sampai ke set. Perasaan serba salahnya masih lagi menggunung tentang kes dua hari lepas. Lagipun, Dina kena ulang alik dari trak coffee ke sini. Itu pun bernasib baik ada orang yang nak beli sendiri. Jimat sikit tenaganya.

Dalam perjalanan pulang ke set, Dina nampak Rafael baru keluar dari tandas. Memang waktu yang baik untuk mengurangkan bebanan tangan.

"Eh, masa bila pula aku order air teh O ais limau?"

"Bukan tadi...?"

"Kau ada dengar dari mulut aku sendiri tak? Tak kan? Jadi jangan buat keputusan sendiri." Rafael atur langkah semula ke ruang solekan. Rambutnya masih lagi serabai.

"Err..." Itu kesilapan Dina? Ok, dia akui.

"Jadi, nak minum air apa harini?" Dikejar langkah Rafael dan berperang hebat dengan keyakinan dirinya yang tipis. Kalau tak ditanya, satu hal lagi pelakon itu berhausan.

"Tak apa. It's okay. My assistant will buy for me soon."

Walaupun Rafael dah menetapkan keputusan, Dina masih lagi tercegat disitu. Dia buat silap lagi ke? Dia perlu minta maaf sekarang? Atau macam mana?

"Dina, rasanya you dah boleh pergi. I nak makeupkan Rafa." Eskandar Abu. Lelaki yang ada ciri-ciri kewanitaan. Artis solek yang paling handal setakat ini.

Dengan itu, Dina menempah malu dengan Rafael buat sekali lagi.

Drama. [OG]Where stories live. Discover now