6 : Who's there?

8 5 3
                                    

Tumpahan yogurt di lantai direnung lama. Ramai yang memandang seorang gadis di bahagian sejuk beku minuman. Ditangannya masih ada sisa tumpahan yogurt.

"Awak, saya minta maaf. Saya tak sengaja. Awak okay tak?"

Seorang lelaki tinggi lampai cuba memujuk. Masing-masing yang ada disitu cuba mengecam wajahnya. Namun gagal. Topi yang tersarung dan pelitup muka putih dikenakan. Siapa saja dapat mengecam?

Dina menggeleng lemah. "Tak apa. Saya okay."

Kaki Dina diturunkan ke lantai. Bekas yogurt dikutip dan matanya meliar ke sekeliling kawasan pasaraya. Mencari dimana kedudukan tong sampah diletakkan.

"Saya tolong buangkan." Dia sendiri berasa janggal apabila tak tahu nak bertindak bagaimana. Nak panggil cleaner, takkan nak biarkan gadis ini seorang diri pula? Nak tolong lapkan, tisu pula tak ada.

Akhirnya, ada beberapa wanita lain datang menolong. Memanggil tukang cuci, dan menolong Dina bangun. Lantas mencari tong sampah berdekatan.

"Awak. Boleh tak yang dah tumpah tu saya bayarkan? Sekali yang ada dekat tangan awak?"

Langkah Dina menuju ke kaunter dikejar laju. Niatnya nak beli pewangi dan sabun mandi dibiar tergendala. Rasa bersalah terhadap gadis itu masih terbuku.

Sebaliknya, Dina tidak menjawab. Hari-harinya dalam seminggu ini ada saja yang tak kena. Tolonglah, dia hanya nak cepat sampai ke rumah saja.

"Awak...dengar tak saya cakap ni?"

Dina menoleh dan menatap mata lelaki itu dengan tajam. "Boleh tak awak jangan ganggu saya lagi? Cukuplah tadi awak dah minta maaf. Saya maafkan. Dan kalau awak tak ada depan mata saya sekarang ni, saya rasa lebih bagus."

Kata-kata Dina buat dia terdiam. Kali ini, wajah mulus Dina dapat dia lihat dan baru sekarang wajah gadis ini dicam sepenuhnya.

"Awak...Dina eh?"

Bayaran di kaunter dilangsaikan oleh Dina sendiri. Lelaki itu tak putus asa mengejar langkah Dina hingga ke kawasan parking kereta.

"Macam mana awak tahu nama saya? Ada saya cakap ke sebelum ni?"

Ah, dia silap langkah. Sepatutnya dia tak perlu mendekati Dina dengan cara begini. Itulah, gosip Dani tentang Dina dah berbakul dalam kepalanya. Hari-hari kalau berjumpa dengan Dani mesti akan cakap tentang Dina. Bukannya memuji. Tetapi memperli. Sampaikan dia naik hafal muka Dina. Tapi tak sangka pula macam ini pertemuan dia dan Dina buat kali pertama.

"Saya...Juan. Kenal tak?" Tali pelitup muka dibuka sebelah kiri. Senyuman mesra dihadiahkan pada Dina.

"Tak kenal." Dina membuka bonet kereta. Barang-barang basah disumbat ke dalam satu per satu.

Juan mengigit bibir sendiri. Rasa geram pun ada. Namun tangannya membantu juga serba sedikit memasukkan barang-barang ke bonet kereta Dina.

Betul kata Dani. Gadis depan matanya ini boleh jadi garang dan lemah dalam masa yang sama. Tersenyum dia mengingatkan itu. Memorinya sebelum masuk penjara dulu.

"Seriuslah tak kenal? Akulah yang berlakon dalam cerita KB Gangster. Lepastu, Adnan Rempit, Hantu Kak Limah balik hotel dengan Gangster Tak Celop. Ingat tak?"

Melihatkan Dina tak melayan, Juan cuba menahan pintu kereta Dina daripada ditutup. Posisi Dina di tempat pemandu dipandang penuh minat. Tak sangka Dina kelihatan comel bila jumpa depan-depan.

"Awak nak apa lagi? Nak duit? Saya bagi." Dina menarik beg tangan dan mengeluarkan not Rm10. Itu sahaja yang dia ada sekarang ini.

"Rm10 aje? Haih, kata kerja dengan Shinsu. Takkan Rm10 aje duit cash." Perli-perli dia pun, Juan tetap mengambil duit tersebut. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari.

Drama. [OG]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें