7 : Emotion Potrayed

6 2 0
                                    

Enjin kereta dimatikan. Pelaras ketinggian kerusi diturunkan ke bawah. Badan disandarkan selesa ke kusyen. Moodnya tiada lagi untuk menjamah kemeriahan kawan artis yang lain diluar. Baru pukul 8 pagi, masih awal untuk dia ukir senyuman palsu.

Sambil-sambil menutup mata sendiri, telinga Dani mendengar perbualan Eskandar Abu dengan Marsha di luar.

"Juan tu, datang ke harini?" Abu menyoal. Telapak kaki memijak jalan tar berkali-kali setempat. Gementar soal Juan.

"Aku rasa, ya. Dia ada harini. Kan dia bawa watak cameo kawan Dani. Tak perlu risau lah."

Marsha menipu saja tentang perasaan dia sendiri. Menutup segala kegelisahan dengan beriak biasa. Sedangkan, ini kali pertama dia nak berjumpa Juan semula selepas lelaki itu keluar dari penjara.

"Aduh, aku bukan apa Mar. Tapi dia tak boleh bawa hairstyler sendiri ke? Aku tak gemar lah sentuh dia. Lagipun, dia baru keluar penjara pula tu." Abu memang terkenal dengan kebolehan dia mendandan rambut artis lelaki. Lebih lagi apabila Shinsu Production menghantar Abu ke kursus khas setiap tahun. Namun, Juan tetap bukan artis yang dia selesa untuk didandan.

"Alah, Dani boleh. Rafael boleh, Ayunda pun boleh. Takkan Juan tak boleh, Abu?" Walaupun Eskandar Abu ini orangnya memang asyik cakap lepas dengan diri Marsha, tapi mereka kenal sangat perangai masing-masing.

Belum sempat Eskandar Abu membalas, George datang dari arah belakang. Mengetuk tingkap tinted kereta milik Dani. Lantas, George mengatur langkah beredar ke set semula. Hanya memberi signal untuk Dani keluar; memulakan sesi mengecam lokasi set untuk dilakonkan sekejap lagi.

Lagi dibiar Dani dalam kereta tak hidup enjin, lagi menempah maut sajalah jawabnya.

"Kau dengar ke kitaorang borak tadi?"

Dani yang baru keluar dari isi kereta, mengangguk senyum. Eskandar Abu dan Marsha hanya melepaskan keluhan berat. Masak sangat dengan perangai Dani yang satu ini. Suka mendengar perbualan orang dan menilai dengan telahan yang entah apa.

Tanpa tunggu lagi, masing-masing lantas bergerak ke set penggambaran. Mengatur berus-berus solekan di bahagian solekan. Merevisi skrip lakonan di bahagian penulis skrip dan pengarah. Manakala kru-kru layar cahaya, menetapkan kedudukan cahaya pada tempat sepatutnya.

Dina tiba di set tepat jam 9 pagi. Mengambil pesanan air seperti hari-hari sebelumnya. Sambil-sambil dia turut serta melihat bagaimana kerja-kerja disebalik tabir filem dijalankan.

"3, 2 and... action!"

Dani bergerak masuk ke kawasan taman sepertimana latihannya setengah jam lepas. Pakaian yang dikenakan ada sedikit persamaan dengan harian Dani. Cuma ada perubahan di bahagian rambut. Mungkin atas watak yang dilakonkannya. Lelaki bujang yang inginkan cinta dia diterima.

Disudut lain pula, Arfeen duduk di bangku taman sambil mengendong dua bayi kembar. Wajahnya disolek sedikit serabai dan tak terurus. Memandangkan Arfeen membawa watak sebagai seorang ibu. Suami bekerja di seberang lautan, iaitu Sabah.

"Berapa kali saya nak cakap, Hun. Saya ni dah jadi isteri orang. Awak tak nampak lagi ke?"

Bagi Dina, Arfeen melakonkan wataknya cukup baik. Dia kagum melihat perubahan emosi Arfeen di depan kamera.

"Iya. Isteri orang pun tak boleh ke kalau saya masih cintakan awak?"

Sebagai orang yang dah melalui era percintaan, Dina faham watak yang disampaikan oleh Dani. Lantas bagi Dina, watak kedua-kedua yang dilakonkan itu menyedihkan. Masing-masing saling mencintai walau disakiti dengan cara yang tak dapat diubati. Hanya dengan satu cara saja, si wanita taat pada suami. Si lelaki pula mencari pasangan yang lebih baik.

"Kayla! Awak dah lupa ke janji masa kita belajar dulu? Walau apa pun yang jadi, awak akan tetap pilih saya?" Dani menggengam erat butang baju Kayla di pergelangan tangan. Dia masih tahu jaga halal haram walaupun dalam lakonan.

"Janji? Awak masih boleh ungkitkan soal janji lepas nampak kembar dua ni?" Arfeen menarik nafas dalam. Lengannya direntap kasar daripada dipegang lagi oleh Hun.

"Saya dah tak nampak cinta saya pada awak Hun. Tolonglah cari orang lain. Bukan saya seorang yang ada dalam dunia ni. Ramai lagi yang boleh tolong awak untuk teruskan hidup."

"Cut!"

Masing-masing terkesan dengan lakonan Dani dan Arfeen. Shinsu juga bangkit dari kerusi pengarahnya untuk memberikan tepukan. Sebelum menyambung babak seterusnya, masa rehat 20 minit diberikan.

Pada masa yang sama, Juan datang ke set. Masing-masing terdiam memandang ke arah Juan. Baju kemeja hijau cair bersama seluar jeans. Penampilan yang sangat jarang dilihat. Permulaan hidup baru dia ke atau macam mana?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Drama. [OG]Where stories live. Discover now