Chapter 16: invitations and missions

860 57 8
                                    

Selepas Bbb hilang...

Mereka semua masih termenung di situ. Para ejen yang lain hanya mampu tengok kawan2 dan keluarga Bbb masih menangis dan ada yang terdiam terkaku di situ. Mereka mungkin tak rapat sangat dengan Bbb macam yang lain kecuali ejen Jik dan Jun yg jaga Bbb sebelum ni.

Tapi, kehilangan Bbb meninggalkan kesan besar dan Bbb merupakan sunshine bagi semua orang di situ. Malah mereka pernah bermain bersama Bbb kecil sebelum ni. Ini membuat mereka berasa suram.

"Hiks... Kenapa? Hiks... Hiks... Kenapa Bbb? Aku... Lagi sekali gagal lindungi dia... Hiks hiks", soal Ren masih lagi menangis. Amato masih belum lepaskan pelukan tersebut dan diam saja. Mechabot pandang tempat lain dengan muka geram.

Laksmana dan Maksmana hanya mampu melihat mereka. Maksmana genggam kedua-dua tangannya kerana geram. Laksmana pulak seperti ingin bunuh orang dah rupa dia.

"Ren...", guman Stacy suara serak sedikit. Boleh nampak mukanya comot sebab menangis tadi. Stacy tunduk kepala semula. Dia tak tahu nak buat apa atau cakap apa sekarang. Lagipun, Amato ada dengan Ren. Sekarang, dia perlu cari Sankyu-

"Aku nak Bbb balik!!", jerit Leo tiba2 tarik perhatian yang lain. Air mata mengalir dengan deras. Leo tidak selalu tunjuk emosinya jadi mereka semua terkejut melihatnya. Begitu juga, Stacy.

"Leo?", Air mata masih mengalir dari mata Sankyu. Dia terkejut melihat Leo macam tu. Stacy sekarang sedang memeluk Leo untuk tenangkannya.

"Betulkah ni?", guman Lay tak percaya. Berasa bersalah makin menyebar di dalam dirinya.

"Itu... Mustahil...", guman Lisa juga sedih.

"Aku tak boleh percayakannya", Ramenmen kelihatan geram kerana gagal melindungi junior mereka. Dia mungkin tak rapat sangat dengan Bbb tapi Bbb masih budak dan adik kepada kawan dia.

"Cih! Tak guna!", Kaizo pun geram juga dan tatapan matanya tajam seperti ingin bunuh orang. Dia masih lagi memeluk Fang. Fang sudah tenang sekarang dan tersenyum kecil mendengar abangnya sumpah macam tu.

Gopal dan Qually duduk diam sambil tunduk kepala ke bawah. Yaya dan ying pun sama. Naeva pulak jauh dari mereka dan dia tunduk kepala ke bawah. Aeris tengok Naeva dengan tatapan tak dapat dibaca.

"Boboiboy.... Maafkan ayah...", guman Amato masih peluk Ren. Ren pulak tertidur selepas beberapa lama dia menangis. Dia sangat letih dengan apa semua berlaku. Amato usap rambut ke tepi.

Amato berasa bersalah kerana gagal lindungi Bbb. Dia gigit bibirnya hampir nak berdarah.

"Amato, kau perlu beritahu Arie dan Tok aba. Mereka perlu tahu pasal ni dan... Ini bukan masa kau nak salahkan diri kau", tanya Amato kat Mechabot yang kelihatan serius.

"Apa maksud kau?"

"Aku tak rasa Bbb dah mati. Dia masih lagi hidup aku rasa... Kemungkinan dia dah dibawa pergi"

Gasp. Mereka semua terkejut dan saling memandang. Naeva terperanjat sedikit dan genggam kedua-dua tangannya.

"Bbb masih lagi hidup! Jam kuasanya masih menunjukkan nadinya tapi... Aku tak dapat kesan Bbb...", cakap Ochobot tiba di situ dengan komander Kokoci, Nut dan Kapten Papa.

"Jadi, Bbb masih lagi hidup... Kita mesti cari dia!", cakap Sankyu pulak mula berasa gembira, lega dan semangat semula.

"Tapi, siapa yang ambil Bbb?", tanya Klein membuat mereka semua terdiam dan saling memandang.

"Kita akan lakukan misi mencari dan penyiasatan esok. Buat masa sekarang, korang semua perlu terima rawatan. Aku akan bawa Ren balik ke biliknya", cakap Amato tanpa pandang mereka semua dan mula bawa Ren masuk ke dalam stesen. Mechabot dan Ochobot ikut dari belakang.

Boboiboy 2 : The Prince ElementalWhere stories live. Discover now