Chapter 28 : The decision I have made

659 41 18
                                    

Author mirin: Huff, huff... Di sini selamat lagi kan?

Hoshi: Apa author san buat lagi hingga semua watak citer Bbb dan rinrin readers kejar author san ni?

Author mirin: Well... Hehehe...

Hoshi: "..."

Riku: Oh, dia bunuh satu watak penting dalam ni😌

Author mirin: RIIIKUUUU!!!!

Hoshi: "..."

........

Amato dan Arie terkaku di situ lagi dengan mata masih terbuka luas begitu juga yang lain. Riak wajah mereka semua kelihatan tak percaya dan terkejut dengan apa telah berlaku sekarang.

Mata emerald Aeris mengalir tanpa dia sedar, dalam matanya hanya fokus Ren yang terlantar atas kolam darahnya sendiri.

Mereka tak nampak mata Ren sebab rambut bangsnya tetapi... Mereka sedar yang Ren seperti tidak bernafas sebab dadanya tak bergerak seolah sudah... Tidak lagi bernyawa.

"Ren?", panggil Arie dalam nada bisik dan air mata pun mengalir dari mata coklatnya. Dia tahu, dia tahu yang Ren sudah tiada sebab naluri seorang ibu rasakan. Tapi, dia tak mahu percayakannya. Arie pun mula menangis membuat mereka semua tersedar dari lamunan dan fokus terhadap Ren.

Realiti betul-betul kenakan mereka kali ni. Ren memang dah tiada.

Amato ingin pergi lihat Ren. Dia ingin pastikannya. Tetapi, lihat Arie menangis begitu membuat dia mula hilang harapan bahawa Ren sudah tiada. Anak sulungnya, anaknya yang sentiasa cuba minta perhatian darinya supaya dia lebih fokus terhadap dirinya dan Bbb sekarang... Anaknya sudah tiada.

Amato teringat Bbb, dia masih lagi sempat. Dia boleh selamatkan Bbb tetapi bagaimana? Apa perlu dia lakukan sekarang? Amato tak dapat nak fikir lagi utama lagi selepas lihat Ren dibunuh depan matanya. Otak dia seolah shutdown dan dia hanya boleh dengar suara Arie menangis.

"Tak guna kau! Kau bunuh Ren! Kenapa!!?", jerit Mechabot dengan air mata mengalir. Keres hanya beralih lihat Mechabot dengan senyuman sadisnya membuat Mechabot berasa lebih marah dan ingin tembak perempuan itu.

Kalau bukan sebab benda hitam tak guna ni...

Mechabot tengok Amato, lepas itu Arie kemudian Bbb yang kelihatan terdiam kat situ.

Jun masih lagi nampak shock lepas itu dia dengar suara adiknya, "Ren.... Tak...", mata Jik nampak dull dan nafasnya makin perlahan. Jun menangis lagi dan peluk Jik dengan erat.

"Tolong... Jangan tinggalkan abang Jik hiks... Tolong... Maafkan abang... Ren... Dia hiks! Dia sudah tiada...", Jik hanya kelip mata dan anak matanya beralih lihat badan Ren tak bernyawa di situ.

"Maaf abang... Tetapi, Jik tak rasa...", Jun hanya eratkan lagi pelukannya. Dia tahu Jik tak dapat bertahan lagi tetapi dia tak mahu kehilangan seorang lagi. Dia sudah kehilangan rakannya walaupun awalnya dulu mereka tidak rapat tetapi selepas Bbb datang, mereka semua mula rapat semula dan lupakan masa lalu.

Cakap pasal Bbb, Jun lihat melalui bangsnya. Kelihatan Bbb terdiam di situ dan Jun merasakan sesuatu akan berlaku. Tapi, bukan benda bahaya cuma masih membuatnya risau.

'Kenapa semua ni tetap berlaku? Kami semua baru gembira selepas jumpa Bbb semula dan kami juga dapat bersama Ren dan yang lain semula selepas bertahun-tahun...', soal Jun tapi dalam hati. Jun makin menangis kuat sambil peluk Jik yang hanya diam lihat abangnya, cuba tahan dirinya dari pejam mata.

'Ren... Dia betul-betul tiada... Aku pun akan ikut dia juga dan mungkin... Kami akan jumpa 'dia' semula? Tapi, abang... Maafkan aku abang sebab tak dapat bersama abang seperti kita janji sebelum ni...', Jik sekarang nyawa-nyawa ikan. Dia tahu dia tak dapat diselamatkan dan ia membuat dia ingin menangis juga. Dia tak boleh tinggalkan abangnya tapi apa dia boleh buat sekarang.

Boboiboy 2 : The Prince ElementalWhere stories live. Discover now