Chapter 29 : I'll not comeback again

530 36 27
                                    

Hai guys~ Author dah kembali~~~ Exam tu aku harap aku boleh sepak komputer tak guna tu disebabkan komputer tu aku tak sempat nak habis jawab bla bla bla bla-

Gopal and Sankyu: Ahh...

Klein: Dia nampak tak okay.

Fang: Otak dia dah tak betul.

Kenji: Tapi, dia ada plan jahat lagi tu~

Author: "..." Dasar kucing nakal

Kenji: Hiss!!

Semua: Dia makin serupa dengan kucing kelabu di istana tu ".."

.....

Cip cip cip...

Kedengaran bunyi burung berkicauan dan berterbangan di langit biru pagi yang indah di planet Zahara.

Penduduk di situ mulakan rutin harian mereka sebaik saja matahari mula mahu terbit, budak-budak berlari, berjalan atau naik basikal sambil berborak dengan rakan menuju ke sekolah dengan muka ceria mereka dan ada muka nampak letih dan mengantuk. (Macam author lol).

Mereka yang dewasa pun keluar dari rumah menuju ke tempat kerja masing-masing malah mereka yang bekerja di istana naik kereta kuda khas disediakan untuk mereka yang bekerja di istana.

Sememangnya pagi yang indah, nampak seperti mereka semua cuba lupakan apa berlaku beberapa minggu lepas utama lagi Keres.

Di istana Zahara...

Pembantu-pembantu istana, pegawai dan para pembesar mula melakukan tugas masing-masing dengan tenang dan relaks kerana selepas hampir 2 minggu sibuk disebabkan serangan Keres sebelum ini akhirnya boleh juga mereka nak berasa relaks sikit, menikmati pagi indah di planet itu.

Kelihatan Eden dan Noah sedang minum air teh yang dihidang oleh pembantu istana di situ, atas meja itu penuh dengan kertas kerja yang masih belum siap. Noah hirup air teh itu lepas itu tersenyum kecil dengan mata terpejam menikmati pagi indah itu.

Mereka dua duduk di satu meja sebelah taman. Eden pula hanya tengok ke arah taman itu dengan tatapan yang tak dapat dibaca. Noah kelihatan tidak sedar kerana asyik hirup air teh mewah itu.

"Hari ni pagi yang indah dan sunyi bukan?", komen Noah. Eden beralih lihat dia kemudian berkerut dahi.

"Jangan kata begitu Tuan Noah..."

"Berhenti panggil aku tuan, beza umur kita hanya 2 tahun dan sekarang hanya kita berdua. Apapun, apa maksud kau tadi-!"

"AAAHHHH!!!!!"

Noah terperanjat dan hampir tumpahkan air tehnya tadi kemudian dia berkerut dahi apabila dia kenal jeritan itu.

Dia pun letak air teh itu dan mengeluh panjang sambil urut dahinya dan berguman.

"Aku lupa pasal tu... Budak-budak semua tu dah sembuh dan boleh keluar hari ni. Hah... 2 minggu indah dan sunyi aku tak dapat menikmati tu", tanda tick muncul di dahinya apabila dia dengar lagi suara jeritan itu dan beberapa suara sedang menjerit juga.

Eden hanya sweatdrop, "Tempat ini tidak pernah sunyi lagi..."

Di ruang sakit...

"Mari sini kau Gopal!!!!!"

"Korang hentikan!! Fang! Gopal!", jerit Qually cuba hentikan dua kawan baiknya dari banyak bergerak kerana mereka baru sembuh dan cuba pastikan si rambut pacak dan budak gemuk itu keliar daripada situ untuk buat kecoh lagi.

Cukuplah sebelum ni, mereka kena marah oleh Noah kalau bukan sebab Bbb yang selamatkan keadaan waktu itu.

Qually merinding seram ingat muka dan ceramah neraka dari Noah masa itu.

Boboiboy 2 : The Prince ElementalWhere stories live. Discover now